Followers

Friday, February 11, 2011

rindu..


rindu itu apa..?
sepertinya bagaimana..
menanti titisan hujan ya..
yang terselit rahmat NYA..
pada satu2 gerimis di dunia..

oh rindu itu apa..?
pada jiwa yang terseksa..
rindukan dunia..
atau rindukan si DIA..

pastinya rindu itu pada  siapa..?
sebodoh majnun merindukan laila..
yang mati dalam durjana..
atau semanis hamba rindukan pencipta
yang akhirnya ke syurga..

rindu itu bagaimana..?
kutanya pada mereka pintar..
pintar tentang cinta..
kerana rindu itu cinta..
kerana cinta rindu ada..

rindu itu akhirnya di mana..?
masih jawapannya tiada..
mendefinisikan rindu itu apa.. 
dan jiwa terseksa..
kerana rindu yang tiada..

ah Tuhan itu maha pintar
menciptakan satu rasa..
rindu dinamakan NYA..
manis sebenarnya..
jika rasa itu kena..

No comments: