Followers

Showing posts with label luvily tales. Show all posts
Showing posts with label luvily tales. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

monolog 2 tentang cinta

"hati, siapa nama yang terpahat di dadamu..?? jauh ke dalam, kabur tetapi sirnanya silau"

entah, aku tidak tahu, sejak bila, mengapa, dan siapa..sungguh aku tidak tahu..tanyalah pada mata..dia pernah melihat..


"duhai mata, siapakah dia..?"

aku tidak tahu..aku pernah melihatnya pertama kali 2 setengah ataupun 3 tahun yang lampau..kemudian selepas beberapa tahun aku melihatnya kembali..aku tidak tahu apa keistimewaannya sehingga gambaran wajahnya melekap di retina..namanya kukuh terpahat di hati...walau cuba ditanam jauh ke dalam..namun sinarnya tidak pudar pada pemilik ku..ahh cuba kamu tanyakan pada jantung..pada degupannya setiap kali mata bertentang..

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)"

"duhai jantung. ingin aku bertanya..bagaimana keadaan mu..sejak tuan kita mula memahat nama seseorang di hatinya..?"

aku sakit sekali..degupanku sudah tidak berirama..setiap kali aku terpandang matanya, walau jarang sekali..rentakku lari, sesekali ia seakan terhenti, acap kali ketika tuan ku cemburu tidak menentu terasa tulang-tulang rusukku menghimpit erat jasadku..


duhai, akal..terjemahkan ini..apekah rasa ini..

duhai hati, mata,  dan jantung..tahukah kamu inilah cinta..cinta itu datangnya dari banyak faktor.biarlah iman berbicara..kerana kata-kata iman itu penyelamat kamu..untuk hati..sedaya aku menjaga kamu..kerana dengan menjaga kamu.aku berharap agar imanku turut terpelihara..

bicara iman..

tenanglah sahabat..cinta itu lumrah, cinta itu fitrah..tetapi dengan cinta kamu bisa binasa atau kamu bisa bahagia..lalukanlah cinta kamu berpaksikan Allah..bukankah telah aku ingatkan kamu berkali-kali..cinta Allah itu selama-lamanya..tanpa luka, tanpa kecewa..namun kamu manusia biasa..yang punya cinta pada manusia jua..maka telah Allah gariskan pada kamu garisan-garisan cinta yang tak patut kamu langgar..ikatlah cinta kamu pada satu ikatan sah..supaya hati kamu terjaga, supaya aku iman..kukuh di hati kamu..kerana aku jua pinjaman dari Allah.berharaplah kamu supaya aku tidak pergi..tanpa aku..kamu pasti binasa..

duhai sahabat..


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: 

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]


aku pohon pada kamu..ingatlah..dalam setiap air mata, dalam setiap kesedihan..telah Allah aturkan pada kamu kebahagiaan yang tidak mampu kamu impikan..cuma pada kamu aku harapkan..janganlah kamu putus asa pada Allah..tanpa kasih sayng serta rahmat Allah..kamu bukan siapa2..di langit, di bumu dan di alam semesta..duhai hati..cukup2lah kesedihan kamu..tenanglah kamu dalam zikir-zikirmu..

berharaplah..seandainya sungguh dia milikmu..temukan dia dan kamu dalam satu ikatan..semoga antara kamu bahagia dalam kasih sayang Allah..=)

Sunday, April 10, 2011

get well soon =)


untuk kamu:

"It isn't always easy, but when you're not feeling well... hope it helps to know others are thinking of you... and hoping that you'll be better very soon. Take good care of yourself. Get well soon". 

dari saya yang bukan siapa-siapa~


Saturday, April 9, 2011

bahagia melihat orang lain bahagia

assalamualaikum..

tiba2 tergerak rasa nak tulis mende ni..

bahagia melihat orang lain bahagia..walau diri hebat dirundung gelita..

atau

saya nak jugak dia..nak jugaaaaaakkkk..x kire gune bomoh ke..doktor ke..hape ke..NAKK JUGAKKK (sambil guling2)

arm tak tahu berapa lagi orang macam ni yang wujud..dalam dunia yang selfish ni..sanggup orang buat macam2 mengambil kesempatan atas kesimpitan..siapa yang mahu melabur dalam pelaburan yang tidak menguntungkankan diri nya sendiri kan..hurmm..macam mana nak mulakan situasi ini ye..tak tahu nk bagi contoh macam mana..

1st situation:-

seperti kalau kita minat seseorang..kemudian orang yang kita minat tuh da ada someone..n kita tahu yang dia dan someone ni ada konflik..dan kita yang sememangnya rapat ngan dia..cuba mengambil kesempatan atas kesempitan dan akhirnya kita dan dia bersama selepas berusaha nak pisahkan dia..adil x.?

tapi..berapa ramai orang yang snggup buat macam ni..

2nd situation:-

kita tahu dia sayang someone..dalam masa yang sama kita sayang dia..walau dia rapat ngan kita..tapi kita sentiasa nasihatkan dia supaya still ngan org tuh sebab kita tahu dia bahagia lagi dengan orang tuh dari ngan kita..dan akhirnya kita sedih sorang2 after dia happily ever after...adil x..??

adil tuh apa..?

adil tuh meletakkan sesuatu pada tempatnya..seperti lawan adil, zalim iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..

owh  untuk 2nd situation tuh boleh dianggap orang tuh bodoh dan bebal tak..kerana x reti nak ambil kesempatan dan konon2 budget macam baik hati sangat..owh saya x tahu nak cakap orang macam ni sebagai ape..

tapi yang pasti..saya percaya..dan orang yang second itu juga percaya..bahawa apa yang Allah kurniakan itu adalah memang yang paling baik.......sedih atau tidak tuh kemudian kira..bukankah hidup kita penuh warna warni..hitam itu juga adalah warna..jika warna hitam itu di hias..ia juga akan indah kan..?jadi hiasi warna2 kesedihan dengan hiasan yang menggembirakan..

owh am apekah ko merepek..?

-tamat-

Thursday, April 7, 2011

warkah rindu buat ayah dan ibu

pada mata tua yg redup memandang
pada kedut penuh sayang..
pada lembutnya belaian..
pada santunnya gurauan..

pada jelingan yang tajam
pada teguran yang mendalam
pada cubitan yang seram
pada sinaran yang x pernah kelam

sungguh aku rindu
pada dia kupanggil ayah dan ibu
pada suara yang lunak merdu
menuntun nasihat tanpa jemu
membimbing tangan kecilku..
sehingga kini menjadi aku..
yang patuh pada pencipta ku
kerana rahmat-NYA
aku masih mampu merindu

sumpah aku rindu
terlampau rindu
tidur dalam dakapan syahdu
penuh rasa dilindungi ayah ibu

ucapan sayang ku hulur..
sayang tidak berpenamat..
rindu menjalar tiada penat..
tanpa sebab..
tiada alasan
kerana sayang yang terpahat
xkan lekang tiada tamat

Tuesday, April 5, 2011

warkah rindu..

izinkan aku..mencuri sedikit masa..dalam kepenatan serta keemoan mengejar ilmu..izinkan aku melayangkan warkah rindu ini..dari hati ke hati..

aku tak tahu mengapa..
tinta rindu ini datang menjelma..
aku tidak pernah menyapa..
apatah lagi meminta..
melorekkan warna-warna indah..
pada lukisan ku panggil cinta..

pada kanvas yang tiada..
tinta ini gila meluah sisa..
dengan dakwat yg sentiasa ada..
walau selaut air mata
cuba menjadi penghapus rasa
tetapi warna2 rinduku semakin gila..

ku kurungkan rindu..
dalam kurungan baldu
ku harap agar pada rinduku
tiada datang sendu tiada datang syahdu..
namun hakikat rindu itu..
penuh dusta berkalang pilu..

dan..
walau dipisah laut biru
walau dipisah awan sendu
aku masih melorek cerita rindu
pada kamu 
yang sedang merindu
tapi pasti..org itu bukan aku..
dan aku..
terus melakar cinta itu
sedang cintamu utuh dan jitu
pada si dia srikandi yang satu

kamu tahu..begitu jua aku..
yang takut pada hakikat nyata
ku ingin kamu jadi perwira
yang setia gagah perkasa
biarkan aku sendiri melakar
pada kanvas yang tiada makna
cerita aku dan cerita kamu
cerita senduku
biar tinta indah itu bertukar warna
dari titisan2 pelangi indah
menjadi titisan2 darah
kerana cerita ini tiada sudah

Tuhan hukum aku.
kerana melingkar rindu
tanpa restu..

p/s: izinkan hati aku menjadi gagah perkasa.kerana aku tak mampu menanggung kesakitan rindu itu.

Monday, April 4, 2011

untuk kamu semua

trimas untuk hadir selama 4 tahun..dalam menemani perjuangan serta berkongsi tawa dan air mata..TERIMA KASEH!



Lirik Perpisahan Ini 1st Edition ft. Aizat

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Sunday, April 3, 2011

d GLAMZ N GLITZ NITE


assalamualaikum n hai reader!!

sebelum ape2 jom jamah mata korang dengan mereka2 yang glemm n meletss ni!


semalam..cik arm pi dinner almaklumlaaa student final year katakan (i`Allah)
tengok..abes sumer org meltupss gitu..tenggelam I..

tapi apa2 pon dinner semalam memang d best..how to stori..a LOooong Storri to tel..

btw taching gile biler sir Azmir a.k.a lec ktorng sanggup nek ke pentas nyanyikan lagu..waaahh!! meletups! d great!tros kami nobatkan lagu itu sebagai lagu tema dinner malam tu! sini2 ye lagu nye~




the kerusi perak:- pemandangan paling hebat! (sila translate ye!)

dan kemudian biarla gambar bercerita~

dan untuk meja paling HOT


ni laaa meja paling bising..n meriah!! dat's our night kan!



d housemates yg gilak~




x ketinggalan..ade gak sweet kapel kt xni..isk2 hahaha



si gediks and her bestiest.




p/s: bnyk lagi gambar x dpat..nak upload gambar bakal2 optometrist 2nd batch from UiTm!!!

n untuk adik2 yang berusaha begitu sebuk dlm jadual yang sgt pack~ syg korunk..muaaah!tenkiu gilerr!

Friday, April 1, 2011

derita dan cinta

duhai cinta..
yang aku panggil cinta..
bila hadirmu amat mempersona..
bila datangmu aku bahagia..
bila bersamamu aku terasa ada.

duhai derita..
yang hadirmu bersama cinta
yang tegar bersama air mata..
yang menguji kekuatan cinta
jua menyedarkan mereka yang buta..

duhai cinta dan derita..
mengapa kamu ditakdir bersama
antara bahagia jua air mata
antara setia atau sebaliknya..

duhai teman..
cinta itu temannya derita
disebalik derita,
tuhan sediakan bahagia
pada kamu yang buta
lihatlah,hidulah
cantiknya pelangi selepas hujan
hujan itu aromanya segar
itu cara Tuhan mengajar si buta
menilai hikmah di sebalik derita
iaitu hadirnya cinta
kerana itu cinta itu adalah derita
dan derita itu adalah cinta..
=)


p/s: katakan aku jiwang..pening buat case analysis!! oouch!

=) let's smile..

assalamualaikum..n hai!!!

jom2 kempen senyum hari ni..=) hee mengapakah..??
sekarang ni musim hujan..da 2 hari hujan x berenti di puncak alam..


macam ni..hari pon mendung tanpa matahari..owhh..
tapi dalam berita..banjir dekat perlis..owh bagaimanakah..?
semoga mereka2 yang terlibat dengan banjir tuh bersabar..Allah menguji hamba-hambaNya..
untuk melihat tahap keimanan mereka..=)

owh berbalik kesah hujan..
bukan hujan yang datang dari awan mendung..
tapi dari hati yang terluka..(hish poyo sungguh!) 
macam ni..ceh da tua2 pon nak nanges buruk sungguh!
tapi..
Allah da beri pelangi..tibe2 hati yang musim tengkujuh tuh tumbuh cendawan..
ye la cendawan kan tumbuh selepas hujan..
hehe ada hati lam taman..taman cendawan..huahuahua


owh am ape ko merepek ni..?? homaigod!!!homaiiigod! am ko sedor x ko banyak keje nak buat..??sambil lempang2 diri sendiri dengan contton bud!sedar laa cik arm oiii


okeyh2..p/s: am x botak macam tuh oke!jom buat keje sambil senyum..xdek da nak jiwang2 nak emo2 ke.....ciss arm!

ok sebelom tuh marilah kite berpesan-pesan kepada kebaikan..ahaks!





untuk readers yang meleets..


owh terasa macam buat kempen smile kat klinik!dem!dem!dem!

(klinik mata da tuko jadik klinik gigi!)cett haha




Thursday, March 31, 2011

n it's continue til now

Assalamualaikum..

he..baru balik from HKL..wow best posting HKL too many cases sampai ase nak ckap..Dr. I want to help..n for a moment I'm forgot that I carried my broken heart together to HKL..

yeay this is d situation..
(tp serius lupa haha)


ok.look at them..am very d very insaf..serius 30 years with glaucoma dengan medan penglihatan yang berkurang..dan still..boleh senyum dan sembang macam biasa..n yet me..? ouch..so fragile..so weak..owh Allah hamba Mu ini malu dengan kelemahan diri..U, yes U listen..no..READ =P

u see all above in me rite..??



trying to fixed the broken heart dat r mine...
trying so hard..


and i'm upset..bcoz


but..all i can do..is nothing..


and for u..yes u again~
=) 




Saturday, March 26, 2011

kursus kahwin bab 1

assalamualaikum n hai readers!!!

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

kita mulakan dulu entry ini dengan hadis di atas..tengok2 sunnah nabi taw kahwin..so jom kahwin!! hehe ingat simply ct je ke nak kawen..rupa-rupanya banyak tanggungjawab kene penuhi..ececee mentang2 la baru balik kursus kawen..(tapi esok ada 1 lagi) jom share ilmu2 sikit..

kami ada 4 slot..slot yang berlainan penceramah let me discuss kesimpulan yang arm dapat dari 4 orang penceramah tersebut..pertama2 arm akan ringkaskan je..sebab tak larat tulis panjang2 plus da lupa sket2 sebab gelak banyak sangat T_T

penceramah 1:-

kesimpulan pertama: jangan kahwini lelaki yang ada sejarah parents dia ada kawen ramai..sebab ustaz tuh ada 3 bini huhu dia cakap ayah dia (the great), tok moyang dia sumer kawen ramai..so kire cam keturunan gak la -->(gileeerr gross kesimpulan aku buat!)

well slot 1 ni banyak kepada borang2 nak kene isi..prosedur2 untuk akad nikah dan susur galur keturunan..so far i`Allah lah kalo nak isi borang kahwin arm lepas!

Penceramah 2:-
(seorang peguam -- wanita)

ok..ustazah ni suara dia sangatlah lembut dan jelas sebutir-sebutir dia cakap (ok ni xde kene mengena) ustazah ni cakap dulu2 dia trauma nak kahwin sebab time dia jadik peguam awal2 dulu dia kene kaunsling pasangan bermasalah (walopon dy bujang!) OK  ceramah dia sangatlah best sebab dia banyak cerita pasal kes2 dekat mahkamah..let me share some ok! dalam slot ke-2 ni ustazah banyak cakap pasal hukum2 talaq..owh n i get someting new too!!

ada talaq yang boleh diserahkan pada wanita (i forgot d term! sorry) kaedahnya..macam mana talaq ni boleh jatuh..kalau seorang suami dia cakap macam ni

"saya serahkan kuasa talaq kat awak, sukati awak la nak talaqkan saya dengan talaq berapa"

den isteri sambut dengan serta merta

"saya ceraikan awak dengan talaq 1"
maka gugurlah talaq!  
ok ni terjadi bila isteri smabut serta merta..kalau istri pikir2 dulu..pi solat istiqarah ke mandi dulu ke..makna kata ada gap masa..maka lpas tuh kalo isteri tuh cakap..talaq tak gugur ok!

ok yang lain korang cari la..ok antara kes2 yang ada..

case 1:
sepasang suami isteri, suami umo 80++ isteri 70++..datang mahkamah isteri bertongkat..
sebab..
isteri tuh cakap suami dia ceraikan dia dengan talaq 10..
tapi suami nafikan..suami cakap x ingat..
den mahkamah panggil saksi..anak (sebab after suami cakap mak dia tros citer kat anak dia) n doktor yang rawat suami..
doktor tuh cakap suami ade pre nyanyuk..but mahkamah sahkan talaq tuh..sebab doktor tuh bukan doktor pakar..maka jatuhlah talaq 3 pada isteri..sedihkan..
kisah dy..
suami mintak air kat isteri..isteri kan da tua pakai tongkat lagi so jalan slow la sikit..katala pukul 8 dia mintak air..pukul 9 batu dapat..da la dapat air panas..terus suami tuh pi simbah air kat muka isteri n lafazkan talaq..tnpa sengaja..maka tetap sah

case 2:
pasangan baru kahwin..sedang menonton drama melayu..si suami habit suka sambung ayat lam drama..den suami tuh cakap

dalam drama tuh..ada adegan gaduh suami-isteri..
den suami (realiti) cakap
after this mesti hubby (plakon) tuh cakap..aku ceraikan engkau..
den isteri dia pi layan tanya..talaq berapa bang..
talaq 3 suami jawab 
(x de niat kan?)
hukumnya
gugur talaq..x pasal2 bercerai..

banyak lagi2 kes2 bodoh sperti itu..duhai mereka yang bergelar suami kuasa talaq di tanganmu..Allah bagi 3..peganglah..gunalah sebaiknya..


penceramah 3:
(ustaz hensem tapi da kawen)

ok yang ketiga ni banyak kepada akhlak dan ni la yang paling banyk gelak..gelak gila2 ok..sebab ada la unsur2 ilmu rumah tangga yang diselitkan..bersama tips2 (hehe)..ok tapi bukan itu yang ingin di bncangkan..tertarik arm pada akhlak Rasullullah yang ustaz ni ceritakan..


panggilan Rasullullah pada isteri2 baginda..baginda memanggil Siti Khadijah dgn panggilan ummul mukminin..Aisyah dgn humairah..dan mereka menaggil rasullullah dgn Rasullullah..
jdik ustaz pesan..
kalau suami bakal engineer..pnggil la suami dengan panggilan
wahai suamiku si engineer (T_T) 

kedua cara Rasullulah mendidik dan menegur isterinya..contohnya..ada seorg isteri Rasullullah yang mmg pndai memasak (sorry again i forgot d name!) sampai rasullullah terkeluar kat mulut bagitaw saidatina Aisyah..jadik 1 ari saidatina Aisyah masak, dengan niat nak lawan madu beliau..beliau masak sup..den apabila Rasullullah makan..masinnnn yang teramat. tapi nabi x marah or maki2 Aisyah..baginda panggil Aisyah, duduk sebelah baginda dan ingin menyuapkan Aisyah dengn roti yang dicicah dengan sup tuh..(sebelum tuh nabi cicah roti tu lama2 lam sup tu) bila Aisyah makan, Aisyah keluarkan balik smbil cakap "Ya Allah, masiiiinn nye", den nabi balas.."ya Humairah..aku tidak berkata apa2".. 

tengok2 bakal suami..tegur isteri baik2..hehehe

penceramah 4:-

citer pasal aqidah dan ibadah dalam rumah tangga..

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk 
memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

tengok2..macam mana boleh lengkap SEPARUH..ok SEPARUH bukan 1/3 ke..1/4 ke..susah tuh..antara kebaikan berkawin..bila suami isteri berpegangan tangan maka gugurlah dosa2 kecil di celah2 jari mereka SUBHANALLAH..bila mereka bergurau senda, maka ia dikira ibadah dan diberi pahala, bila suami mencium isteri di kira ibadah..segala apa yang suami isteri buat dikira ibadah..SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..aaww22 senang2 je nak dapat pahala dan dosa digugurkan..best2 kan..!!


kesimpulan dari sume2:
 memanglah best kawin ni..sape kata x best..tapi banyak lagi perlu arm pelajari supaya mnjadi isteri solehah..supaya berkekalan kemesraan hingga akhir hayat..
so korang rasa mcam mana..?da sdia kawen...? yang dah kawin lak..anda rasa kawen ni menenangkan jiwa atau menmbahkan beban..? sharing is caringgg u'olss..=)



Thursday, March 17, 2011

pelajaran beharga

bismillilahirahmanirrahim..
assalamualaikum =)

jom2 nak share something..d precious things that i've learn today..=)


ok gmbar di atas xde kene mngena..saja je gatal nak letak..=)

d precious word is: treng teng2..sambil buat muka hepi giler..glowing2 siap ade kelip2 menerangkan word ini..(ini exxegerate ok) =P

"jangan tengok apa yang ada pada diri..tapi tengok apa yang ada di sisi Allah, tengok pada khazanah Allah yang maha luas"

so..macam mana nak aplikasikan ayat ni supaya hati sentiasa ada perkata "la tahzan"

kisahnya begini..ada seorang sahabat..sahabat yang baik..sahabat yang mengerti..berjaya dalam pembelajaran nya..menamatkan ijazah pertama dengan berjaya..walau tidak secemerlang mereka yang lain...

waktu pekerjaan tidak seindah khabar..walaupun sahabat saya ni termasuk dalam mahasiswa yang kerjayanya dalam bidang tersebut terjamin..dengan izin dan jaminan Allah tempat pekerjaan di merata-rata..malangnya..pekerjaan itu menghalang nya untuk solat jemaah..

maka sahabat saya memilih satu kerja yang 360 dgree dari ijazahnya..mengapa..seek for keredhaan Allah katanya..saya mahu solat jemaah..saya mahu jaga solat jemaah saya..i`Allah rezeki Allah maha luas..itu jawapan dia pada saya bila saya bertanya..

Alhamdulillah..
 saya semakin kagum padanya..

berjumpa dengannya pada kesekian kali..setelah hampir setahun kami tidak berjumpa..

"saya berhenti kerja" itu katanya..mengapa..?bukankah kerja itu mnguntungkan kamu..

"saya dapat tawaran sambung belajar untuk master, bawah satu syrikat yang besar sebagai penaja. tapi jangan beritahu orang..saya malu..kerana saya tidak pandai..nanti orang akan bertanya bagaimana saya mendapatkan tajaan itu..sedangkan selama ini pekerjaan saya bukan dalam bidang saya..sedangkan saya dapat peluang sambung belajar ini dalam bidang saya..saya x tahu bagaimana mahu menjawab" itu jwapan nya

maka..saya pun menjawab kembali..

"sahabat, bukankah rezeki itu Allah yang beri?  Allah tidak memilih pada mereka yang pandai untuk Allah beri biasiswa..Allah tidak memilih pada mereka yang kerja dalam bidang yang mereka pelajari untuk menyambung pelajaran sahaja..rezeki Allah itu luas..rezeki kita kan da tertulis..kamu yang mngajar saya ini kan..?"

dia tersenyum..

"arm sambung la belajar..perempuan tak elok keje sampai malam"

ye..kerja kami memerlukan pengorbanan 10 pagi-10mlam..

"arm takut..takut x mampu"

maka katanya

"jangan tengok apa yang ada pada diri..tapi tengok apa yang ada di sisi Allah, tengok pada khazanah Allah yang maha luas"

alhamdulillah saya dikurniakan sahabat yang baik..sahabat yang sempurna..yang mengajar saya erti tawakkal..erti percaya..



Sunday, March 13, 2011

maaf dari hati

assalamualaikum..=)

akhirnye berkesempatan gak nak tulis entry yg "entry" hihi

thesis..? of course x siap lagi..biar laa tak larat da huhu

maaf untuk teman yang sentiasa di sisi..emosiku tidak stabil..tekanan terlampau..



walau ada salah mu yang sekecil kuman aku perbesarkan..

maaf dari hati kuhulur padamu..

akal aku terlampau dangkal..

terlupa pada sejuta kebaikan yang engkau taburkan..

kerna pada secubit kesilapan yang engkau lakukan..

maaf sekali lagi dari hati aku..

walau aku tahu kemaafan sentiasa kamu berikan..

kerana aku sahabat yang kamu sayang..

dan 

kerana kamu sahabat yang paling aku sayang

terlampau sayang..

Sunday, February 27, 2011

miss my best friends


let just pics describes all..










p/s: miss the time we laugh so hard together..

incomplete

hai readers..

something missing today..there's something that the so called "habit" dat i'm missed..
ape eyh... macam ade 1 mende yang tak buat..but cannot rule out that "mende"..owhh nak tidur baru teringat something..

ok..habit tuh rahsia! hehe


tapi..terasa empty..kosong..waaahh..baru sehari! huhu ciss apa aku merapu nie..tto2..seok bgn awal...
good nite everybody!!

p/s: abaikan entry ini..sekadar meluah rasa yang kosong..

Friday, February 25, 2011

=)

Rindu..
jangan di tanya berapa banyak rindu ku..
mungkin sebanyak bintang dilangit..
yang bertabur tidak tersusun..
seperti perasaan pada kamu..

semakin ku menjauh..
kamu semakin hampir..
semakin ku menyepi..
aku semakin sunyi..
akhirnya..
pada kamu tawaku kembali..

bukankah telah ku katakan
seperti pada awalnya..
senyuman aku milik kamu..
tidak perlu kamu meminta..
kerana sejak awalnya
kamu adalah pemilik nya..

Monday, February 21, 2011

monolog..

"kamu percaya Tuhan itu ada..?"

"sungguh saya percaya 150%"

"kamu yakin bahawa janji Tuhan itu benar..?"

"harus!"

"jadi, jangan tunggu dia.."

"mengapa..?"

"tadi bukankah kamu berkata kamu percaya janji Tuhan.?"

"ya, tapi bukankah manusia harus berusaha..?"

"ahh usaha, ke arah mana usaha kamu..?kebaikan.?maksiat..?"

"err..kebaikan ada juga.."

"kamu pernah menangis kerananya..?"

"pernah"

"kamu pernah menangis kerana takutkan Tuhan..dalam doa-doa syahdu kamu..dalam solat sepertiga malam kamu..pernah..?

"err....tapi saya sayangkan dia.."

"berpaksikan apa..cinta semata..?"

"ya..cinta itu buat saya kuat, cinta itu hidup..cinta itu pelengkap..saya cuma manusia biasa..."

"ahh kawan, cintailah kerana Tuhan..berjanjilah kerana Tuhan..kamu percaya janji Tuhan itu benarkan..jadi mengapa harus kamu tunggu..?mengapa harus kamu terus berjumpa..?andai kamu memang ditakdirkan..maka seisi dunia tidak dapat menghalang kamu..tapi jika takdir kamu bukan dia..maka sekeras usaha kamu kamu pasti tidak mendapatkannya.."

"kamu cemburu..kamu cemburu kerana tiada yang mahukan kamu.."

"maaf, cinta saya kerana Allah..siapa mahukan saya kena melalui Allah..saya hamba, Dia Tuan..jika mahu saya perlu minta izin dari Tuan saya.."

"bagaimana..?"

"dari doa-doa penuh syahdunya, dari akhlak yang terpancar dari hatinya, dari dekatnya hati dengan Tuhannya.."

"manusia sekarang pandai berpura..bagaimana kamu menilainya..?"

"saya punya Allah, saya tanya pada Allah..bukankah kamu percaya pada Allah..?pada solat yang ku panggil istikharah..dekatkan hati kamu dengan Allah, semoga hati yang dekat dengan Allah juga mendekati kamu"

InsyaAllah (^_^)

Saturday, February 19, 2011

cinta yang masih tidak sempurna

"awak kahwin ye..awak mesti kahwin, jika ada orang baik-baik, jika ada orang yang suka dan awak suka dia, awak mesti kahwin. Ingat taw!, jangan degil-degil..jangan tunggu saya"  masih panas lagi terasa pesanan itu..pesanan dari seorang sahabat untuk sahabat yang dia sayang..

"saya akan kahwin, dengan lelaki baik, tinggi, putih eyh hitam manis dan sedap mata memandang..awak jangan risau, saya kan baik mestila dapat lelaki yang baik kan! Tapi saya nak tunggu awak.." sayu aku menjawab..

"x boleh, saya x boleh..awak x boleh tunggu saya..saya punya 1 janji..janji yang saya x boleh bagi tahu awak..saya minta maaf.."

awak, saya bukan nak paksa awak..awak dah berjanji, tunaikanlah janji awak..awak, mungkir janji itu kan ciri2 org munafik..awak tahu tak, saya x nak awak termasuk dalam golongan itu, golongan apabila ia berjanji ia mungkiri, apabila dia bercakap, dia berbohong, awak tahu sebab apa..sebab

"dan janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan solat untuk seorang yang mati di antara mereka (orang-orang munafik), selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakanya) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka ingkar pada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik. At-Taubah; 84..

awak gerun x..? Allah x bagi nabi mensolatkan mahupun mendoakan..awak, kekasih Allah itu punya kuasa untuk memberi syafaat pada kita..kalau tiada dia..siapa kita di sana..?

awak sahabat saya kan..? sebab itu saya ingatkan awak..dan juga saya ingatkan diri saya..

"dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang ma`aruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka akan di beri rahmat oleh Allah. Sungguh Allah maha perkasa dan maha bijaksana. At Taubah; 71

=)

Friday, February 18, 2011

nak kawen hahaha

sumpah saya cemburu..bila melihat dinding di laman sesawang..pada mereka yang sudah halal..ahh abang sayang..auu cemburu..pernah bersuara..

"emak adik mahu kahwin"

laju emak memotong.."calonnya..?"

"tiada" (sambil menunjuk sengihan kerang busukku)

yang halal itu sentiasa indah..itukan seruan Tuhan..kahwin itu pelengkap agama..asalkan kedua calon nya mempersiap diri dengan ilmu agama..kahwinlah kerana mahu ibadat mu sempurna..bukan nafsu semata..

p/s: agaknya bila aku berpeluang mengupload gambar kad jemputan ku disini..?hehe gatal!

Monday, February 14, 2011

tak tahu

tak tahu kenapa..
padangan mu ku ambil kira..

tak tahu bila..
bicaramu ku suka..

tak tahu mengapa..
senyumanmu tidak ku lupa..

tak tahu mengapa..
tawamu pengubat duka..

tak tahu..
ku tak tahu..
semua di luar kawalanku..
senyumanmu,
tawamu,
bicaramu,
renunganmu..
mengisi ruang2 di hatiku..

andai ku bisa lukis takdirku kembali
pasti kamu ku padam dari diri..

kerana aku..x sanggup menanggung rindu
pada teruna yang tak pasti milikku.