febuari..
bulan cinta kata mereka..
bukan..
bukan mereka..
tapi si valentino celaka..
paksi apakah cinta dia..
dari panahan si bogel.
yang membawa panah hati..
membawa kau, aku menjadi kita..
tanpa ikatan suci antara duanya..
sekadar ucapan di bibir mati di hati..
hadiah yang tidak seberapa..
maka si perawan menjadi rawan..
wahai perawan..
wahai jelitawan..
mari ku kabarkan..
satu cinta..
cinta agung..
maha hebat dari teori si celaka.
sedarkah di kau akan hadirnya pelangi..
indah bukan..
pada susunan warna yang mempersona..
cinta itu indah..
seindah pelangi selepas hujan..
mahukah engkau ku kabarkan..
cinta yang 1000x lebih indah dari pelangi..
mahukah dikau..
berpaksikan cinta sejati..
di dunia hingga ke syurga dia kau miliki..
mahukah kamu jelitawan..
di sisi kamu seorang pahlawan..
yang melindungi dari jahannam yang mnyakitkan..?
binalah cinta
bukan dari si celaka
tapi hadirnya dalam sisipan doa..
hadirnya kamu serahkan pada Pencipta..
binalah cinta..
berasaskan cinta Pencipta..
kerana Pencipta itu bisa memelihara..
tulus suci cinta..
binalah cinta..
dari kisah2 agung pencinta..
yang kamu baca..
dari warkah cinta..
dari nun langit sana..
No comments:
Post a Comment