Followers

Wednesday, November 28, 2012

mental break down

dear blog...

tak tahu kenapa..tak tahu mengapa..I'm sad..so sad..

semalam menangis teresak-esak..sedu sedan dan pelbagai lagi..rasa2nya tak pernah menangis seteruk ini selepas putus cinta 4-5 tahun lepas....hehehe..

It's just..I'm become so sensitive...sensetive sebab period kah...? everybody busy..time orang nak merisik sumer tak de..mujur uat merisik..kalo bertunang mesti sumer orang pun tak de..so sad..

sebab ni kah..?
alahaii cik maryam jameelah bt noh...awak ni serapuh ni ke..? takk kan sebab ni berjurai-jurai air mata tu keluar..tahu x..dalam tears tu a lot of protein n antibody inside..kenapa nak bazirkan macam tu je..? hahahaha

I dont know may be sebab masa kot...time kene part hari plng sensitif hehehe..sabo je la

Monday, November 12, 2012

Benci

Benci raksasa jahat..!!!

Its just about 3 weeks to go..but we fight like hell..menyampah!!y dont u calm me down as usual..knapa nak tunjuk ego macam ni. Kenapa time2 macam ni...I hate raksasa jahat..benci!!?benci!! I know it my false..but it yours too..da mnta maaf. ..its over isnt it..damn..suddenly hate my self even more..

Hope its over..

Its just a habit dat u need him by ur side..when u overcome dat habit..it will gone..u can do it..just what u did before..he's nothing special..he's nothing..yet y u cry like hell..dammit!!

Wednesday, November 7, 2012

D time of my life

Hehehe abes sudah membaca ini buku...suddenly teringat..buku cclia yg i suruh one of my ex tolong belikan...ngatkan leh dapat free upe2nye kena bayor gak..even he's richer than me...hehehhee
But now..i've got someone..even not rich as him..not clever as him..but lg pemurah dr dia...love me so much compare to him...amboiii mngungkit nampak hahahahhaa..
Mana ada just tringt..d old time..

Thursday, October 18, 2012

khas untuk U


I rasa dunia ini tidak adil..”
“mengapa..?”
“ I tidak pernah merasai perasaan dicintai..dan mencintai..sepanjang I sekolah I tak rapat dengan mana-mana lelaki..semasa di Universiti, orang kata tempat jumpa jodoh di library la..mana laa..hurmm hampeh taka da pun..kadang-kadang I tengok..perempuan tu fuuhh cantik..tetapi boyfriend dia..macam kapal pecah or sebaliknya..tapi kenapa untuk I tak ada pengalaman tu?”
“hahahaha…u ni…”

Dear friend,
Bagus apa you tak pernah rasa perasaan tu..U tahu tak..dalam hidup ni..Ada orang yang nak mencapai kejayaan memerlukan usaha berpuluh tahun..dan ada orang mencapai nya dalam sekelip mata..ada orang yang Berjaya dengan 1 perkahwinan sudah bahagia..ada yang terpaksa berkahwin 3,4 kali baru berjumpa dengan jodoh yang sesuai…ada yang perlu bercinta dengan ramai orang..merasakan sakit perit putus cinta..dan ada yang sekali berjumpa terus bahagia..(bahagianya jika you adalah orang itu.)

You,
U tahu tak bertapa peritnya putus cinta..U kalau U rasa sakit putus cinta ni..mesti U dah tak nak bercinta lagi (aplikasi untuk orang yang betul2 sayang then ditinggalkan)..U tahu tak..rasa dia macam jantung ni mengecut..tak mampu nak pam darah ke seluruh tubuh..terseksa U..U tahu tak..memang nikmat bercinta..tapi setiap detik U sulam dosa..U rindu pada yang tak sepatutnya..U cakap benda tak penting…U tahukan lelaki perempuan itu suaranya aurat..walaupun U tahu..bila U dah terjebak dalam jerat percintaan (klass kau jemah ayat ni) U tak boleh nak jaga semua ni..U percaya lah…
Dear You,
U nak tahu kenapa ada orang muka pecah dapat model..? or ade si jejaka tampan cam aaron aziz dapat perempuan cam muka kampong..?
U tahu tak..cinta ni buta dari segi rupa..(kadang-kadanglah)..kadang-kadang laki tu suka sangat tengok perempuan tu senyum..walau tak lawa tapi setiap kata-kata perempuan tu menyenangkan hati..U tahu tak..hati tu lebih penting dari rupa..u elok macam mana pun tapi mulut U busuk macam kandang babi kat valdor ni..U ingat ada jejaka tampan gagah perkasa or yang muka macam pecah rumah nak sangkut kat u..? mungkin la sangkut sebab u cun..tapi bila u cakap..semua lari..jadi budi perkerti melambangkan siapa U sebenar…
I Nampak u ni baik..suka ketawa macam I hik..hik…Cuma U x segedik I..mungkin sebab u pemalu depan mereka..I doakan U supaya jumpa dia yang saying U..seriously U akan jumpa..
U kene percaya Allah itu adil..dia dah jadikan U ni berpasang-pasangan..mungkin pasangan U x cukup baik untuk U setakat ini..jadi Allah sedang mengajar dia untuk jadi sehebat U..wahh klass lah U lepas ni dapat lelaki best..weeiiiwwwtttt

Mungkin U cakap..eh,..pompuan ni cakap senang la..kau da ade boyapren..(buat muka itik setempet..) Ah, U kalau di beri pilihan I nak jadi single balik..single is simple..tapi I x sanggup nak lepaskan buah hati I sekarang hik hik..dia awesome sangat U tahu…I rasa bahagia dalam duka dengan dia (ayat nak kene tabuh cirit!) hik hik…oklah U..kadang-kadang I selalu terkeluar cerita pasal en.kesayangan or raksasa jahat dekat U..I sorrylah ye..I rindu dia je..

Eyh2..stop sampai sini..untuk U bertabahlah  J


ni barulah pinang di belah dua...(sila tampar laju2) hehehe



Wednesday, October 17, 2012

monolog


buah hati yang dirindui...

cinta yang di sanjungi...

kekasih pujaan hati..



pujangga arab..

"KEKASIH/ TUNANG ADALAH PENIPU"

 sendiri mau pikir la..

cahaya bergerak pantas...tetapi cinta lebih pantas kerana cahaya perlukan medium untuk bergerak tetapi cinta..tanpa mendium terus menyentuh hati...

cinta..pada siapa harus di sandarkan? sampai bila jika tanpa sandaran Tuhan..bermula dari mana tapi infiniti akhirnya..siapa pernah merasakan cinta..siapa pernah terbenam teruk di belasah cinta..? umpana mati hidup kembali..hidup bertukar menjadi raksasa tanpa iman jika pernah kehilangan cinta..tapi mengapa bercinta jika sepatutnya cinta itu membentuk manusia..tapi kamu bertukar menjadi raksasa..mengumpul hati yang suci supaya robek seperti kamu..mengumpul manusia menjadi raksasa..

itu kisah dia..seorang manusia menjadi raksasa..

bagaimana kisah cinta yang terobek..menukar raksasa menjadi manusia..? if u ever brave to say goodbye..world will reward u to new hello..berfikiran positif kah kamu..?

 raksasa menjadi manusia..hebatnya cinta..umpama magis beuty and the beast..cinta tukarkan beast menjadi jejaka tampan...cinta tukarkan katak menjadi putera..cinta juga sedarkan puteri yang memakan racun epal dari ibu tirinya...ah, cinta datang bersama/dari perasaan hasad..hasad dengki melahirkan cinta..? seburuk itukah asalnya cinta..? 

itu kisah mereka di barat..bagaimana budaya timur kita..?

cinta islamkan abu talhoh..subhanallah..cinta lahirkan mujahid dan mujahidah..cinta satukan zainab dan suaminya..cinta satukan pemuda epal dengan istrinya yang Subhanallah seorang mujahidah dan lahirkan imam yang terkenal..

berbeza cinta barat dan timur...

cinta itu sihir yang memukau..sihir yang mampu menukar manusia menjadi raksasa dan menukar raksasa menjadi manusia..cinta itu mampu lahirkan cinta..cinta itu mampu lahirkan benci..cinta itu membina..cinta itu memusnah..

cinta itu penuh kebaikan..cinta itu penuh kebahagiaan..cinta itu penuh keindahan..kerana Allah itu maha sempurna..mencipta perasaan cinta itu hadir dalam setiap makhluk bernyawa..

cinta itu penuh kebusukan.,.penuh hasad kebencian..kerana syaitan itu sombong mahu mengakui keindahan cinta..berusaha menggunakan sihir cinta dengan cara sendiri..

pilihan jalan ke syurga dan neraka..adalah di tangan kita..

pilihan menjadikan cinta itu indah atau dusta adalah pilihan kita..

pilihan...
(hurmmmm)

Friday, October 5, 2012

Dear Allah..

Aku serahkan semuanya kepada Mu...
Kerana aku tidak tahu rencanaMu...
Cuma yang aku tahu..
Engkau telah lakarkan..
Kisah yang terbaik buat ku..


Thursday, October 4, 2012

Positive dear


pandangan



di tempat baru..tanpa sesiapa..selalupun terasa keseorangan..

Dear hati..
biarkan orang mengata..kerana mulut itu tak pernah berhenti berbicara..

kerana kejayaan itu tidak mudah datang..kerana mereka tak pernah mahu mengenali..kerAna mereka terlalu memikirkan kamu..kerana kamu adalah kamu..

dear hati,,

mengapa sentiasa rasa keseorangan..kenapa tidak terasa Allah bersama kamu..kenapa merasa sedih...sedangkan Allah mahu kembalikan kamu supaya kekal denganNya..saat kamu bergembira bersama mereka yang menjaga dan menyayangi..kamu selalu terasa jauh dengan Allah..kamu selalu meminta agar Allah mendekatkan kamu kembali..

kini Allah buktikan kasih sayangNya pada kamu..
dekatkan hati pada Allah..
dekatkan diri pada Allah..
muhasabah diri..
ini masanya..

Apa yang kamu harap dari pandangan manusia..
apa yang kamu mahu manusia memandang kamu..

sedangkan pandangan Allah itu utama..
itu yang patut kamu cari...

berharaplah hanya pada Allah..
berharaplah...

Wednesday, October 3, 2012

Monday, October 1, 2012

betul..salah..betul

Assalamualaikum..

hai readers..hai blog..hik hik dah lama tak mengexercise jari ni..memandangkan tengah tak de keje ni..terpksalah melawat dan mengupdate incik blog kesayangan ni..

well lets imagine..korang pernah tak rasa keputusan yang korang buat tu kadang-kadang di rasakan tepat tapi sebenarnya memberikan kesan yang mendalam dalam hidup korang..?haisshhh...dan kadang-kadang rasa tak tepat juga.

*dizzy*

keluar dari comfort zone...siapa sanggup..? angkat tangan..eii busuk nampak bulu ketiak hak hak hak...

sejujurnya...pada usia awal duduk di sini terasa olehku satu keputusan yang amatlah salahnya..! huhu

*nak menangis*

Dahulu segala-galanya indah belaka..punya rakan-rakan yang baik...tempat kerja yang indah...suasana kerja yang menyenangkan..bos yang baik..*rindunye suasana time dekat uitm* owh dem!


Bekerja dalam suasana yang terasa macam anak tiri..ok fine! I baru habis belajar..baru habes ke..? dah setahun..tak la banyak sangat ilmu..tapi jangan pandang I sebelah mata ok..it's not that i'm too young..and too new..and di campakkan sorang-sorang dalam a place of nowhere and nothing here that I can praktis..hurmmm..~

*menyakitkan*

ah, kedengkian memang membunuh..bencilah! optometrist dapat budget banyak pon nak bising..helloo~ new post kot..apa pon x dak lagi what do u expect..nak bagi budget bape 1k..? bli ishihara pun x ckup *sigh*

haa kan da beleter kat sini..kat sini jela nak meluah perasaan..tak taw la sapa yang paham...

tindakan sekarang...

#bersangka baik dengan Allah..Allah letak aku di sini ada hikmahnya#

mengajar hambanya yang hina dina ini untuk menjadi insan yang lebih baik..lembut dalam tegas..

ya i'll be the one who lembut dalam tegas..biarlah apa orang nak kata..padangan Allah lebih utama..

*dizzy jugak* bilik kosong..tak sabar nak hias bilik..:)

Tuesday, June 26, 2012

As u wish dear..



macam mana korang tunjuk korang tengah marah..? mak? beleter..? bagi makan tangan n kaki..? pi makan banyak..??

well i think the great suffering when u keep silent..haaa amek ko..ko salah ape..sume orang tak taw..ko diam je..mesti perit kan orang yang tak taw ape kesalahan dia..(well this is my way..)

TIBE2 TERINGAT QUOTE NI...

I'M NOT BROKEN..JUST BROKEN HEART'S MAN..

Sunday, June 24, 2012

definisi kejayaan

am mesti da berjayakan?

kenapa tanya macam tu..?

am mesti dah tukar kereta kan? da berjaya la tu...

errr x tukar lagi la


kalo ko rasa dengan kereta adalah ukuran kejayaan..ko silap besar..sebab ko memang tak pernah nak faham yang duit tu bukan ukuran kejayaan..tolongla aku dah muak dengan sikap ko yang x habes2 nak agungkan duit..

Monday, June 18, 2012

A moment to love..





Assalamualaikum...
apa khabar sahabat..??

saya baru pulang langkawi yeay!@!!!
ada seminar..hehe

a moment to love..

love shopping at langkawi..walaupun tengah bulan..walaupun poket kering and gaji nak habis..tapi nak buat macam mana naluri seorang  perempuan  memang tetap dengan shopping nya kan..hehe

dan..

saya bernasib baik..sebab encik di sebelah itu ikut bersama dengan dua orang lagi rakan sekerja..k.peni n is besaw hehe...

thanks sebab bawakkan barang saya dan barang soping saya yang baaanyaakk...lain kali nak soping saya bawak awak lagi ye...

untuk awak..

hari ini kita diuji..
ujian kepercayaan dan ujian kasih sayang..
kepercayaan saya terhadap kasih sayng awak..
kesabaran awak terhadap fitnah yang menimpa..
mungkin patut awak marah..
nama awak di jaja..
kepercayaan saya jadi taruhan..

tapi bersabarlah..
saya dan dia tahu..
itu bukan awak obviously..


tak tahu siapa dia..yang penting dia memang KEJI + JAHAT..
memainkan 3 hati...

sedih..

ya, haruslah saya sedih..
ini ujian kita..
nampak seperti ringan dan senang..
tapi hati ini menanggung perit..
air mata ini milik saya..
kesakitan hati juga pada saya..
saya tahu awak jua terluka..
seperti kata awak..

banyak lagi ujian menanti..
kita perlu kuat dan percaya..
pada hubungan yang telah kita bina..

kata saya..

saya redha dan berserah
saya berdoa..
jika awak milik saya
semoga kita cepat di satukan..
semoga..

awak..

dan

saya..

sentiasa bersama..

tapi..

jika awak bukan milik saya
pergilah sesaujana mata memandang..
maafkan saya..
saya percaya..takdir kita Allah telah tuliskan..sebaik jalan cerita..seindah pengakhiran..

semoga kita menjadi lebih kuat..

semoga awak menjadi pelindung saya..di dunia dan dari api neraka yang panas membakar..

Tuesday, May 29, 2012

pening...

it's hard to gamble in life..even i'm always doing it.. hehe

penat nak cari rumah sewa....haipp

Sunday, May 27, 2012

doa..

"bila tiada yang tinggal, maka jangan di lupa kita masih ada doa"

itu salah..

doa adalah senjata orang mukmin..bukan bila tiada apa yang tinggal maka kita berdoa..tapi kita selalu berdoa,,hingga tidak pernah tuhankita tinggalkan kita tanpa apa-apa..

ayah, emak n k.long baru melangkah menunaikan umrah..menziarahi makam nabi..melawat rumah Allah..ah, cemburu..awal sungguh Allah menjemput mereka pergi melihat tanah suci..

apa lagi..berderu-deru doa yang di kirim..

tiba-tiba..adik yang seorang..

"emak, doakan eim supaya eim boleh memberi syafaat kepada orang."



Saturday, May 26, 2012

itu penting...

Assalamualaikum..

apa khabar imanmu sahabat.? =)

important..penting..so apa yang comes out dari minda ada..?

sesuatu yang penting akan sentiasa di ingati..di simpan dalam sesuatu tempat yang selamat..even dalam checklist..itu yang nombor 1 kan.??well can also called precious things..precious things are important doh! (OH MY ENGLISH!) hehe


jadi macam mana kita menjaga harta yang paling penting..?

adakah macam ini..?

(kunci dalam kotak kejap2..?)

atau
(sepahkan mcm kucing gemok yang mals ni.)

dude..ini bukan pada benda je tau..ia di aplikasikan untuk perasaan jugak..

sama goes to feeling..kalo kau rase dia penting..musti la kau ingat segala-galanya pasal dia kan..besday da bile..bile korang jumpe..anniversary..tapi ni tak di applikasikan oleh sume..mostly kaum adam always lupa mende ni..tapikan..(except ayah) hehe..tapikan..everybody had their own way to shows their love..betolkan..sometime en.gagah perkasa ni memang la selalu lupa but they oll selalu sabar layan karenah kite..tapi x puas ati gak..kenapa boleh lupa!


yes sulking..!! i'm not this kind of girl..(yeke..?) hehehe
of course..how much i think of it..arhhh damn hurting..huhu

nape xde da calon laki macam ayah..huhu he had 7 upss 8 (include luvly mummy) and he can remember each of our birthday and anniversary too...
sobbing..


y u cant remember that simple things..?? it just a date.. at least 2 number..

ok dah abes frustrated luah kat sni fuuh~




p/s: i hate u...

i hate u damn much...

why u keep make me falling for u..

why u love me so much..

i hate for ur patient..


thanks for luving me..its not much to mumble here...






Wednesday, May 23, 2012

R.E.J.E.C.T.I.O.N


REJECTION:..macam mana perlu di huraikan perkataan ini..ah, huraian aku rasa tidak memerlukan huraian untuk perasaan ini. cukuplah sekadar menggambarkan bahawa perasaan yang menyakitkan.

hurm..
sejak kebelakang ini..terasa banyak rejection yang berlaku pada diri ini..dan banyak jua tawaran yang menggembirakan..

ah, apa lagi yang engkau perlukan hati..kerana engkau tidak suka pada penolakan itu..maka kau butakan hati melihat nikmat yang datang bergolekkan..?

manusia, insan..

pelupa, jua mungkin boleh aku katakan buta..
buta pada nikmat..tidak terlihat erti syukur..kufur pada nikmat..
kerana itu yang dikejar..hingga tidak terlihat nikmat yang mendatang..

ini peringatan..
buat diri yang lupa..
jua buat sahabat yang mungkin memerlukan nya..=)




(gambar di paksa delete):

p/s: padan muka..muka tak hensem :p

(habisla kalau dia baca huhu)

Friday, May 4, 2012

life must go on..

Assalamualaikum...

ladies and gentleman..here i'm present u a..bla..bla..bla..fuhhh dah start merepek..~

so today's life must go on.also for tommorow..it's a beautiful day but my heart full of sorrow...why..me neither had no answer..it's just start when my life start to unorganize..a lot to think..(pe dia ntah pikir banyak-banyak) a lot of work to do (i donno what work)sound like busy..tettt~~~

don't ask me either i'm ok not..u should know the answer right now..of course i'll answer yes i'm ok..everything fine..nothing to worry..but i had a lot in my mind..did I start to think about tomorrow that i'm not enjoying the present..? oh, come on arm..u seriously are not like this..u are a girl.., a woman that full of fun..u laugh a lot..u cry easily and after a second u'll laugh again..u make everything, around you like a very beautiful moment..u smile, u make other smile..u mean too...u hurt other and make them into ur friends..u may not have a lot of friends but seem you choose the best among the best to be by your side..*sigh* habis positifkan diri sudah..

so motifnya..I didnt know what happen to me lately..it's just my work seem so terabur..my time not like before..my dear friends start to be ignore..my dear incik kesayangan pon lately asyik kena marah..huhu hurmmm

arm wake up..!! come on baby..get back into ur self..a.s.a.p!

need time for my self..~



Sunday, April 29, 2012

bersih..bersih..dan bersih..

Assalamualaikum..eceh..eceh..

ehem..x habis lagi nak kupas isu bersih hik..hik..bio la..biar ramai yang mengutuk..biar ramai yang mencaci..biar lah..pandangan manusia itu berbeda..ada yang kata itu buang masa..ada yang kata itu pengkhianat negara..biarkan..biarkan..

ada yang kata bersih itu bagus..tindakan berani..kerajaan yang zalim harus di ajar..biar 200 k rakyat berkumpul..malah lebih lagi menyokong bersih..biar mereka kata mereka ini buta..lupa daratan pada kerajaan yang baik hati memberi segala kelengkapan..biarkan..biarkan..

ok habis di situ..


erk..alamak..macam nak kene migrain..berpinau2 je rasanya ini huhu..kenapa ye..

ok..

apa nak cerita ye..

-to be continue lah hihi-

Friday, April 13, 2012

From sg.buloh to terengganu

Bismillah n salam hari.jumaat..moga hari ini hari yang dberkTi untuk semua.. Hish terSa sangtlah awkwarDnye bila menulis dengan phone ini hehe

Separuh perjalanan menuju destinasi..pergi ganu kite..walau atas dasar urusan keeja anggaplah ini sayu percutian yang best hehe

Pergi ini lillahi taala i'Allah.

Ok update later pening da ni

From sg.buloh to terengganu

Bismillah n salam hari.jumaat..moga hari ini hari yang dberkTi untuk semua.. Hish terSa sangtlah awkwarDnye bila menulis dengan phone ini hehe

Separuh perjalanan menuju destinasi..pergi ganu kite..walau atas dasar urusan keeja anggaplah ini sayu percutian yang best hehe

Pergi ini lillahi taala i'Allah.

Ok update later pening da ni

Wednesday, April 4, 2012

10 month...

Bismillah...




10 bulan yang lalu..
kita telah dipertemukan oleh takdir..

tak tahu mengapa..
saya bukanlah seperti gadis idaman awak..
cantik, bersopan, cantik malah amat cantik..
saya seorang gadis biasa..
yang ada hanyalah senyuman yang saya mampu lemparkan..
sebagai tanda perkenalan kita..
bermulanya kita sebagai sahabat..
sahabat sekerja di masa itu..

10 bulan yang lalu..
awak jua bukanlah putera yang saya idamkan..
tinggi lampai, berjuang demi agama, putera agama...
yang mampu membimbing saya..
yang mampu menenangkan hati saya..
tapi awak punyai senyuman yang manis untuk saya
awak punya telinga mendengar setiap masalah saya
dan awak jua punya penawar untuk setiap luka yang di toreh di sana..

5 bulan yang lalu..
kita di pisahkan sekali lagi oleh takdir..
kita hanya sempat bersama 5 bulan
tetapi terasa cukup untuk mengenali..
ah, tidak cukup sebenarnya..
jarak menguji kita..
menguji kesetiaan kita..
menguji sejauh mana kesungguhan kita..
kesungguhan awak dan saya..

2 bulan akan mendatang,,
menggenapkan 12 bulan perkenalan kita..
dan mungkin jua
bermulanya satu lagi ikatan baru..
dengan izin Allah..

mungkin awak punya masa silam..
saya jua begitu..
kehebatan bukan di bina dari kesempurnaan
tetapi dari pelajaran
yang dipelajari
dalam setiap kesilapan yang kita lakukan..

terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
mungkin awak merasa awak sangat tidak sempurna untuk saya
dengarlah..
saya ini insan biasa..saya ini hamba Allah..
saya tak mengharapkan awak punyai segulung ijazah,
saya tak mengharapkan awak punya harta menggunung tinggi..
cukuplah awak punya semangat untuk terus belajar
mendekati Allah..
cukuplah awak sayang pada saya..
cukuplah dengan apa yang awak ada..
saya mahu seorang yang menerima ketidak sempurnaan saya
supaya saya sempurna..
jua saya jua mahu menyempurnakan hidup awak..
mungkin hari ini awak untuk saya..
mungkin esok tidak lagi..
saya terima takdir Allah..

seperti bersyukurnya saya tika Allah temukan saya dengan awak..
begitulah saya akan redha..
jika suatu hari nanti..
Allah pisahkan kita..

awak jua perlu begitu~

cc: Mr. MI

regards: miss MJ

Tuesday, April 3, 2012

segalanya..pasti indah..

melihat dengan hati yang indah...
pasti segalanya menjadi sangat indah..=)


Monday, April 2, 2012

ini hari yang indah

Bismillah..

Ini hari yang indah..walaupun di pagi hari begitu mencabar untuk bagun..walaupun sangat sedap tidur di waktu hujan..walaupun rasa nak ambil cuti...haishh begitu susah nak melawan nafsu tidur..

hari ini begitu indah..apabila melihat seorang yang begitu baik hati membelikan makanan kepada seorang pengemis..ermm mungkin orang yang kurang bernasib baik..sarapan..nasi, yang amat banyak..pakcik ambil je pak cik nak makan apa..Subhanallah..semangat terus nak kerja..indah bukan di beri peluang melihat kebaikan..ah, alngkah indahnya jika diri ini yang membuat kebaikan itu..huhu


Hari ini begitu indah..dalam perjalanan nak naik office tadi, terlihat, seorang anak mematahkan roti or belah dua la kot..bagi ayah dia..sharing is caring..ah, kenapa hari ini indah sangat!! seronok tengok berjuta kebaikan depan mata..Subhanallah...

Semoga hari kamu jua indah...

di sulami dengan sejuta dan berjuta-juta kebaikan...
semoga bukan sekadar melihat..tetapi tangan ini juga turut memberi kebaikan...

InsyaAllah...

Sunday, April 1, 2012

redhakah kamu..?


Bismillah..
terasa lama jari jemari gemuk ini tidak bersenam..yap mari jejari gemukku..kita menari di atas pentas hitam ini..

Redha..5 huruf yang amat payah untuk hadir dalam hati kita..tidak seperti CINTA..yang sentiasa ada..jua BENCI yang mewarnakan sedikit tompok-tompok hitam di kanvas hati..Ungkapkan REDHA..apakah itu redha.? redha menerima nasib/takdir yang sudah tersurat..? ah, kamu yang bermulut manis, kamu yang tidak berada di tempat dia..kamu yang hanya bahagia dengan hidup kamu..memandang kesusahan orang lain dengan simpati..kamu tidak merasai..apakah kamu jua boleh menjadi redha jika itu berlaku pada kamu..?

manusia cakap:-

"akak menyesal berkahwin, suami akak, semuanya perbelanjaan rumah bergantung pada akak. Susu anak, beras, topup dan bil2 semua akak bayar.."

"kau maryam, tak payah nak kahwin...indah itu hanya setahun dua..selepas itu kau tahulah natijahnya.."

"perkahwinan ibarat berjudi..kamu tak tahu nasib kamu selepas itu..antara kamu menang atau kamu bankrup.."

"ah, lelaki..habis manis sepah di buang..dahulu janji-janji manis sahaja..sekarang selepas badan akak mengelebeh sana sini..lahirkan anak dia jugak..dia tinggalkan akak kahwin lain.."


PESANAN ALLAH DAN RASUL UNTUK KITA


Hindun, ibunya Muawiyah, bertanya kepada Nabi SAW, "Ya Rasulullah, Abu Sufyan suamiku seorang yang kedekut, apakah aku boleh mengambil wangnya sedikit secara sembunyi-sembunyi?" Nabi Saw menjawab, "Ambillah dengan cara yang makruf (baik) untuk mencukupi keinginanmu dan keperluan anak-anak kamu." (HR. Bukhari) 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
 Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Tuhan saya...Tuhan kamu..
Setiap satu hal tentang perkahwinan Dia coretkan penuh keasyikan..
maknanya..
Itu satu keindahan..syurga kamu di dunia..
untuk di bandingkan dengan syurga di sana 
yang beratus kali lebih indah....
supaya ..
dalam setiap langkah serta helaan nafas kamu..kamu menuju ke syurga..

hal ibu mertua..
bukankah itu jua ibu kamu..
layani lah dia dengan kasih dan sayang
otang yang membahagiakan adalah orang yang bahagia..

jika kamu di uji dengan pasangan yang tidak seperti kamu..
ingatlah Asiah isteri Fira`un itu ujian dia lebih kuat dari apa yang kamu rasa
Jika kamu di pukul oleh suami mu..
dan memarahi Tuhan kerana tidak adil..
ingatlah Asiah tersenyum tatkala suaminya yang durjana membakar tubuh mulusnya
"Tuhan, binakan aku aku istana disana"

Jika kamu merasa terbeban dengan duit belanja rumah,
ingatlah Siti Khadijah..
seorang hartawan..
yang tidak lokek membelanjakan hartanya
untuk menyokong suaminya..

Jika kamu merasa susah hidup bekeluarga..
ingatlah puteri Rasullullah yang paling di sayangi..
mengikat perut ..menguli roti sendiri
membuat semua kerja dengan tangannya..
membesarkan Hassan dan Hussin..

Jika hari ini kamu lelah untuk bernafas..
Jika hari ini kamu terasa cukup menderita..
Jika hari ini kamu terasa dunia ini tidak pernah adil..
Jika kamu merasa Tuhan menaniaya kamu...

Selami hati kamu..carikan 5 patah perkataan itu.
pastu kamu tidak menjumpainya..
REDHA..

p/s: semoga kau, aku dan kita semua..termasuk di dalam orang-orang yang redha dan bersyukur..=)




Saturday, March 24, 2012

rndu..

Ya Allah, aku jatuh cinta dengan makhlukMu..Izinkan lah dia menjadi pasangan hidupku..Pertemu kami dalam redhaMu..♥


ya Allah..aku rndu..pada dya...


terasa lama tdak berbual..


maaf terlampau sbuk


maaf 100000000 alasan..
tp sungguh sangat sbuk...






er..terasa lama tak berborak panjang...huhu sorry


tag: leha, amy, jll, en kesayangan (<3), shuk

Friday, March 23, 2012

reward~

Assalamualaikum..=)

hehe dah lama rasanya tak mencoret-coret dan menconteng arang di sini..hehe..

apa khabar sahabat..?kawan-kawan..? sihatkah..?

ok semalam gaji..*just to let others know* hehe

so it's almost 9 bulan dah kerja..Alhamdulillah..event ekonomi sendiri tak stabil lagi..saya dah penuhkan hajat saya untuk rewards my parent before my self hehe..

untuk bunda tersayang: TAHNIAH! u've got a pair of spectacle multifocal transition!yeay!! boleh bergaya hehe

n untuk en.cik ayah yang tercinta: u got samsung tablet 10.1' lagi!! hehe even I dont have and tak tukar henpon lagi..huhu

now bulan depan masa untuk reward diri sendiri pulop hihi..

for my self..i want to save at least thousand per month..that's enough for me..hihi alamak kene jimat-jimat huhu..

susah dahulu kan..? nak beli rumah..nak beli perabot yang cantik-cantik..and everything..tak sabar..!!

p/s: gtg banyak kerja ni bye!


p/s: untuk mak ayah, thanks for always supporting n fulfill my wish..n now it's will be me to support n fulfill ur wish..time to pay! yeay! i'm enjoy doing this hehe

Saturday, March 17, 2012

Thursday, March 15, 2012

=)

cinta dia untuk DIA...
cinta dia untuk saya...

planning masa depan: ada bisness sendiri..

tiba-tiba depan mata kitaorang ada contoh suami isteri yang ada bisnes sendiri dalam usia yang muda..kemudian banyak bergaduh dari mesra..yang suami dengan egonya dan ister dengan pendiriannya...tapi harusla isteri kena dengar cakap suami kan..?

"awak, nanti dah ada bisnes sediri jangan jadi macam dia ye.."

"erm, yang, kita jangan buka bisnes dulu lah ye..tunggu kita dewasa, matang skit..ni tengah darah muda janganlah yang ye..kita kumpul pengalaman dan jadi matang.."


" tapi kan awak nak ada bisnes sendiri..?"

"saya rela kerja macam ini, kalau dengan ada bisnes tu boleh buat kan kita bergaduh. Saya nak dekat awak, bukan sebab bisnes..kalau takde bisnes saya masih akan kahwin dengan awak"


" terima kasih..saya sayang awak"

p/s: kadang-kadang kita terlampau mengejar sesuatu hingga kita kehilangan sesuatu yang amat berharga tanpa kita sedari. Mungkin kita sedang bahagia kerana harta yang melimpah ruah di dunia..tapi masih lenakah tidurmu? memikirkan perniagaan dan lain-lain. Kamu kehilangan nikmat Tuhan yang kamu tidak dapat beli dengan duit...kamu mengejar sesuatu untuk dunia..pasti kamu kehilangan sesuatu yang lebih berharga..jika kamu mengejar akhirat, pasti dunia bersamu =)

p/s/s: awak tahukan..saya sentiasa menyokong dan membantu awak di saat awak jatuh dan bangun..sebab awak sentiasa menjadi tongkat di saat saya hanpir tersungkur. awak sentiasa ada untuk pastikan saya tak kan terluka. Saya juga akan menjadi plaster awak, menampal setiap luka yang ada, dan saya juga akan jadi ubat parut untuk membuang semua parut yang mereka tinggalkan..

Tuesday, March 13, 2012

love story let make it history


saya cuba..

saya sedang cuba..

saya tahu awak suruh saya bertahan...

I will..



hidup..

hidup...

adakalanya amat pelik..
membuat pilihan yang terbaik dalam hidup..
memilih jalan yang terbentang..

*diam*

manusia..

mengapa..
jalan bahagia terbentang luas..
mengapa kau memijak rumput berduri..?
alasan..
kau mahukan cabaran..

kemudian..
kau menyesal tidak bertepian...

manusia..

mengapa harus menyesal
pada jalan yang kau pilih..

ah, senang
andai itu salah..
lakukan U-turn..
andai itu benar
teruskan berlari lagi..

tuhan tu bijaksana..
mengapa kau tidak percaya
pada sebuah janji
yang kau pegang
sejak di alam rahim

*diam*

mode homesick..ergh!

Wednesday, March 7, 2012

i heart u

i love u...






















and it's true..

even u always doubt..

but ts true that u r here deep in my heart



but to 

Tuesday, March 6, 2012

cinta silap mata, can a..?

"awak.. saya nak beli la CD magic tu.."
"awak nak buat apa..?"
"saya nak belajar magic la..nanti saya tunjuk kat awak"

selepas 2,3,4 bulan...

"awak, nak tengok sesuatu x..??"

apa2..--> sambil muka excited!

"tengok no..tadaa!!"

eyh awak..napa awak menggeletar..awak nervous ea..? hahahaha!!

"jahat la awak n..mesti la saya nervous..saya nak awak jadi orang pertama tengok show saya."

hehehe ok!! relek la awak..saya je kan..

selepas,2 bulan lagi...

"awak, saya ada skill baru."

awak, saya tahu awak buat macam mana..ehehe...syiling tu awak nyorok kt tangan tu kan..? ha pen tu hilang awak nyorok kt situ kan..? tu kat situ kan..sini kan..? hehehhee(jahat kan I ni)


p/s: awak, awak teror giler buat magic..walopun saya suka downkan awak dengan bagitaw taktik2 awak tuh..hehe saya bangga dengan suka bila awak buat magic depan saya..tq =) suka sangat!

nasib baik lepas kenal saya baru awak belajar buat magic..kalau tak mesti saya cakap awak magikkan hati saya hehehe..love u =)

Monday, March 5, 2012

peringkat hati..

Assalamualaikum..and hai dear readers..


terasa lama la sesangat tak menulis menda2 yang berfaedah ni..so disebabkan saya nakal sangat..I need to do something kind, which untuk redeem my sins..bolehkah..? of course boleh..

dalam hadis 18 said:-

Daripada Abu Dzar Jundub Bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Muaz Bin Jabal r.a daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda : "Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik"

See Islam itu indah kan..?? selagi Ia adalah dosa kecil..u boleh redeem taw.. wow! so banyakkanlah bersedeqah..=)
owh termelalut pulak...semalam pi ust pahrol punya talk..bagaimana menjadi mukmin professional..? well..see I elaborate sikit dululah...

mula2 segalanya bermula dari hati kan..Saidina Ali once said:

Orang yang menjaga matanya akan diberi kemantapan iman di hatinya....

ok peringkat hati apabila melakukan dosa..

1. rasa bersalah...

that's why bila ditanya para sahabat..apakah itu dosa..? dosa itu selalu meresahkan..see...so when u feel guilty after doing sins..it's good go and repent ur sins..bertaubatlah wahai diriku dan sahabat....

2. rasa biasa..

 dah banyak kali buat..mesti da rasa biasa kan..well others do the same what..pegang2 tangan..u see,,it used to..how can u feel guilt about something yang you dah bese buat..tapi..

HATI-HATI!!

when u dah sampai part tu..u need to worry..hati u dah hitam dan kotor..nauzubillah...moga kita i jauhkan..

3. seronok!!

u dah seronok..DANGER!!! beware..hati u dah hitam..Ya Allah jauhkan kami dari perasaan ini ya Allah...hanya pada Mu yang memegang hati kami..hanya Engkau yang memahami dan hanya Engkau yang memberi hidayah dan petunjuk...

4. mengajak orang lain membuat maksiat..

This one so dangerous..ok saya xnak huraikan panjang2 yang ini..u rasa hati kita da mcam mana..?? hurm...berikan kami petunjuk ya Allah...

that's All from now..i'll continue to share if I've something to write..

harap2 korang dapat sedikit sebanyak pengajaran heheh..

adios! sayonara..

Sunday, March 4, 2012

pujaan hati

untuk kamu yang disayangi..

untuk kamu yang amat disayangi..maafkan saya..
maafkan saya kerana asyik menyakiti.
maafkan saya kerana kurang memahami..
maafkan saya kerana hadir di hati..

untuk kamu yang amat saya sayangi..

rindunya saya ibarat buih di lautan..
cintanya saya seluas langit terapung..
sayangnya saya tiada kiraan...
kasihnya saya pada pujaan..

untuk pujaan hati.

semoga kamu dan saya dalam limpahan kasih Nya..
saya sayang kamu kerana Allah..

Friday, March 2, 2012

it's 24!!!

terjaga dari mimpi.....Alhamdulillah...dah 24 tahun Allah membenarkan aku bernafas, berpijak, berlari menangis dan ketawa di bumi Allah..biar selaut dosa yang tak terhitung, namun kasih sayang Allah meliputi segalanya...

untuk Ayah dan bunda...

Terima kasih untuk segala yang tak terucap....=)

untuk hundred n thousand wishes..thanks a lot!! love u all..


Tuesday, February 28, 2012

ini hati saya..


dear blog...

it's hard..in this world..

when the button "I" in my lappy is hard to press huhuhu...

dear blog..

it's hard these days...these few days..that my mood had swing all around the world..when..the one that really close to my heart..got the punishment event they do nothing wrong..sorry leha n is...

dear blog..

pernah tak u rasa..that u betol-betol nak jumpa some one that bad..mcam u betul2 sakit perut nak uk..uk..then u tahan sampai sakit perut..?? hehehe..or u rasa nak kentut tapi u tahan sampai muka u biru..ah blog..u r not human that u won't feel that way kan..??

that's what 've felt rite now..it's not i tahan uk.uk..n bukan juga i tahan kentut...bukan taw..i taw kentut i busuk..but so do u kan..?? ngeh2...

I miss him that bad...but it's me who insist tak mo jumpa sampai dia merajuk...

dear is..kalau awak baca...

saya rindu awak..mungkin tak macam awak rindu saya..(kita kan salu gaduh rindu n sayang sapa lagi banyak kan..?) hehe..and saya tahu muar tu dekat je..tak sampai 4 jam pon n awak akan sampai kl da jumpe saya...

awak, da sampai stesen bas..dan awak da beli tiket..akhirnya saya patahkan semangat awk..dan awak jual tiket tu balik..awak balik da merajuk.awak tak nak cakap dengan saya...awak tak msg saya dan awak sibuk...

awak cakap..saya patahkan semangat awak..sori..

dear sayang..saya dah cakap..saya taknak jumpa awak..sampai hari kita kawen..saya cakap..kalau awak tak tahan ..awak boleh cari lain.saya izinkan.pergilah pada dia..saya x halang..tapi awak takut kehilangan saya..awak cakap saya spesis bunga lain..kalo bunga lain ada 5 kelopak..saya ada 6..(awak nak cakap saya cacat ye..? hehehe)..awak cakap, awak takkan jumpa dah orang macam saya..

dear is..

saya minta maaf..saya nak..awak dan saya dalam bulatan gembira..bulatan cinta yang ada cinta Allah..saya nak permulaan kita baik dengan restu Allah...saya nak segalanya hanya dengan redha Allah...saya tahu awak susah nak faham cara saya..seperti awak cakap..saya sangat pelik..rindu tapi xnak jumpa..orang lagi rindu lag nak jumpa..awak cakap saya pelik sebab x bagi awak pindah kl untuk dekat dengan saya..awak cakap saya pelik sebab nak kawen tapi taknak bersanding..awak cakap saya pelik sebab saya cakap mak ayah saya cakap..bagi je berapa nak bagi kalau awak masuk meminang nanti..dan saya pun tak kisah sebab saya tahu...selepas kita hidup bersama banyak lagi duit yang kita perlukan....

dear is,

awak tahu tak..nabi cakap..di akhir zaman nanti ada golongan yang sedkit..golongan yang orang pndang pelik..sebab golongan tu yang memandang islam tu the way of life...biar saya jadi golongan yang sedikit n pelik tuh,,dan saya nak ajak awak sama..saya tahu awak banyak berubah..tahniah...!

dear is.

saya masih dengan pendirian saya..jika awak tak tahan..awak boleh cari lain..saya takkan merayu pada awak untuk kembali kerana saya tahu salah saya menjadi golongan istimewa tu..bukan saya tak tak sayang..tapi saya sayangkan diri saya..saya sayangkan Allah dan saya sayangkan parent saya..dan juga awak..saya takkan kacau masa depan awak..

saya tahu awak takkan tinggalkan saya...tapi jika saya rasa terlampau banyak yang saya buat untuk sakitkan hati awak...saya sendiri akan melangkah pergi...sedh itu sekejap..biarlah hanya pada tali Allah saya berpegang,,harap awak jua begitu..

saya sayang awak...saya minta maaf sebab lukakan hati awak..saya pon terluka juga..

Friday, February 24, 2012

no topic today

life..is not happy as life should be...

but that's what life is..

It's really annoying when we are seem really not ok..

Than people ask are u ok..?

it's TOTALLY annoying..



p/s: apekah yang aku anginkan ini..? x paham dengan diri sendri...selalu je rasa nak emo musim2 macam ni...

Monday, February 20, 2012

saya dan dia..



saya dan dia..

saya dan dia..

saya dan dia..

urmm...

entah sampai bila.
entah bagaimana..

saya dan dia..

*sigh*

saya berdoa..

saya dan dia..kekal hingga akhirnya..
akhirnya berpimpin ke syurga..
biar..

biar..
yang hadapan itu kekal rahsia...
yang sekarang masih terjaga...

biar..

biar...
rindu itu tidak terkira..
biar rndu itu pengukur cinta..
tanpa tatapan 2 mata..
jarak bukan penghalang bicara..
kerana persamaan jarak bukan dengan cinta..
tapi rindu yang bertakhta..
pengorbanan yang tidak terkira.
semoga Allah membalas doa..
dengan yang terbaik datang dari-Nya.

kerana kita selaku manusia.
seharusnya pandai membaca..
loretan takdir yang sudah terfakta.


Wednesday, February 15, 2012

belanja kahwin,,aaAAaaAAA!!!

selalu sembang pasal budget kahwin..tengah pening-pening dia uat lawok plop...

awak, ustaz azhar kate kawen tu senang je..mudoh..jangan susah kan..

yeke..??

ha`ah..ustaz cakap..ikut kemampuan..kalau tak mampu..kita beli je kueh bakor kat ujung simpang tuh..pastu kita bagi sorang 2..makna kata kita soh diaorg share...yang penting akad nikah yang.....


@#$%^&&**(()!!!!

okeh..awak kawen ngan orang lain ye..byebye..saya nak carik lain ni..hehehhe


Sunday, February 12, 2012

terukir di bintang.


~hati ini bukan milikku lagi~

osem journey finale...

Alhamdulillah selamat sudah tba di Kl...I'm flying...weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~

A lot of thanks to leha and family for the VVIP punya serve..hehe

To Amy dan pasangan kerana membawa jalan-jalan..hehe (aku nak meggie ketam!)

k.Ana yang sudi menemani pi shopping..hehe

dan semua pihak penerbitan (apakah...??) hehehe..so lets pic tell a lot of story (mode malas nak tulis hehe)



(ni budak yang excited dan akhirnya mabuk dalam bas hehe)


(abang, nak bear besar macam n boleh..?? ) hehe tak pon..nak lembu sekor..leh buat sup kalo lapo-lapo nanti kerat kaki sikit, pastu ekor...eyh boleh ke..?? hihi


geng baju petak2!! macam kan selimut..-->(sapa cakap camtu x reti pesyen! huhu) muka hepy sebab kenyang ngeh2 kredit to amy~



( selamat keluar dari rantau panjang..amy cakap nak jual am huhu)


ok fine..asal muke aku yang paling bulat!!!




sayonara kawan-kawan...jumpa lagi nanti..abg drebar kapal terbang da panggil..

p/s: sore dy macho!! hehe

Thursday, February 9, 2012

surat untuk awak..

Assalamualaikum...

sihat? Apa khabar iman awak..? rindu pada sayakah.? ah, jauh di sudut hati saya..saya juga merindui awak..

awak,
perkenalan kita, tak pernah kita rancang.. datangnya saya ke melaka dan keluarnya awak dari muar..sebuah suratan ataupun kebetulan...? hehe
..
rindu...

pendamkan rindu itu bersama...ingat, antra cinta awak dan cinta Allah..saya pilih cinta Allah..
antara rindu awak dan rindu Allah..saya pilih rindu Allah...

biar saya hilang awak..asal saya tak hilang kasih sayang Allah...




hamparkan semua rindu...
dalam doa-doamu...
pendamkan segala cinta..
hingga aku menjadi kekasih halalmu..

p/s: moga cinta dan kasih kita bertaut pada janji dan kasih sayang Allah...ampunkan kami ya Rabb atas kekhilafan selama ini


lovie dovie,
cik arm jameelah

Osem Journey part 1

It's a warm welcome! hehe

Assalamualaikum and hai u olls..~~ ^_^

Hari ini hari ke-3 bergelar tetamu di rumah nurfazliha mustapha...hai buddies~~~ sok dah tak jadik tetamu da ~~

Going to Kelantan for bercuti + mencuci mata hehe (jangan marah ye sayang) =P..wah how can i describe it..urmm OSEM!! Alhamdulillah...

for the first day, journey to Kelantan by bus..Osem jugak.sebab mabuk~~lalala, I'm a traveller yang mabuk..sebenarnya jarang mabuk..hihi..

Then arrive safely dalam pukul 500 am gitu..wahh pagi sungguh!!..Took a taxi or so called kereta sewa to rumah leha..

Den..jeng..jeng..jeng..

Rumah leha double osem!! macam rumah dalam lukisan gitu~ and with air perigi some more!! (cess ni la jadik kalo orang tak berapa bandar turun kampung) I like!!

after menunaikan kewajipan pada Tuhan yang maha Kuasa...apa lagi merebahkan diri sampai pukul 11 pagi kot...! (mak, soriii anak dara mak bangun tengah hari kat umah orang huhu )

plan untuk pi kuala terengganu terpaksa ditangguhkan...terpaksalah pi pasar siti khadijah je nek motor..brooooooooommm brooooooomm dengan cik leha berjumpa dengan nurul amirah...

1st day sudah tamat..gambar will be upload later ye...

**to be continue**

Saturday, February 4, 2012

saya perlu kuat!! =)

Ya Allah...

Beri kami kekuatan..untuk memilih jalan Mu...

Beri kami kekuatan..untuk memilih cinta Mu..

Beri kami keampunan untuk kekhilafan kami...

Ya Allah....

Aku pohon segalanya hanyalah dari Mu..

Semoga, redhamu, semoga cinta Mu..takkan pernah hilang untukku..

Sunday, January 29, 2012

#36

forget is a part of forgive..

when u said u forgive someone..

u must forget what had he/she done before....

jangan mengungkit~


Wednesday, January 25, 2012

dear heart

dear heart..

Assalamualaikumm.apa khabar sayang.. masih diam dan tetapkah kamu di tempat kamu..jauh dari mulut tapi dekat dengan perut..hehe..jua jauh dari telinga dn mata..

dear heart,

begitu jauh tempat kamu dari mata dan telinga..mengapa terlampau sensitif dengan apa yang kamu lihat dan apa yang amu dengar? mengapa terlampau rapuh..? mengapa tidak kuat seperti Saidatina Maryam. Srikandi yang telah ayahanda dan bonda pilih untuk kamu..

dear heart..

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "



dear heart.


Masihkah ingat pada kisah saidatina Maryam..? kisah seorang perempuan yang di pilih Allah. untuk meletakkan di dalam rahimnya seorang rasul tanpa seorang lelaki..Tabah dia menelan pahit maung tuduhan orang-orang sekeliling.. lagi berat dari apa yang kamu pikul. Tapi mengapa kamu tak sekuat dia duhai hati..?


Dear heart,


Dia saudaramu..mengapa harus membenci.. Dia saudara seislam mu.. sepatutnya, jika orang melukakanya kamu harus membelanya, jika orang menyakitinya kamu harus cuba mengubatinya..mengapa membenci saudaramu sayang? duhai hati..ingatlah dirimu dari setitis air mani yang hina. Allah besarkan kamu menjadi khalifah di dunia..berpijaklah pada bumi yang nyata. Sedarlah langit yang kau junjung..



p/s: Ukhuwah fillah..Maaf sahabat =) saya sayang kamu hingga ke syurga <3