Followers

Friday, December 30, 2011

tahun baru-tahun baru-tahun baru-azam baru "-_-

Assalamualaikum


hanya tinggal 1 hari untuk meninggalkan tahun 2011..banyak telah berlaku. final year yang menakutkan, graduation yang terasa berbaloi-baloi, pengalaman kerja, cinta dan persahabatan ewwwahh..dan banyak lagi yang telah pelan-pelan menusuk jauh ke dalam kotak ingatan. Kotak ingatan ini perlu di beri ruang untuk mengisi suassana 2012 yang bakal menjelma.

ok..lets by gone be bygone.


menyusun atur target tahun 2012..

1. menjadi hamba yang taat.

owh 2011 banyak sangat menguji ke imanan..bagaimana jika 2012 tidak sempat aku jejaki. Nauzubillah. Izinkan aku Allah, untuk terus bernafas dalam tahun hadapan supaya aku semakin mendekati Mu. bantulah aku.

2. Menjadi anak yang solehah.

ayah,mak adik dah kerja..time to balas jasa! =)

3. menjadi student yang dedikasi

Alhamdulillah di murahkan rezeki untuk terus belajar.. doakan aku kawan-kawan =)

4. mejadi tunangan lantas isteri orang..

hehe..ini memang tak boleh blah..ok

5. menjadi pengurus wang yang berjaya

wahh ini tahun bekerja keras dan berjimat cermat! haruslah kan... huhu

apa lagi ea....tolong pikirkan bole..?? hehe

so anda bagaimana..?? bagaimana senarai azam baru..? sudah sediakah..? ke carry foward je..ngeh2

Thursday, December 29, 2011

akhirnya


ada cop sendiri!! yeay! ---> over excited hehe

Monday, December 19, 2011

kamu, dia dan si dia



untuk kamu yang masih menyayangi...
untuk kamu yang masih merindui..
untuk kamu yang masih mencintai..

mengapa tidak menyayangi tika dia disisi..?
mengapa tiada rasa rindu ketika dia menagih simpati..?
mengapa tidak mencinta ketika kamu yang dia gilai..??


sekarang dia milik si dia..
si dia yang sentiasa ada..
mengesat setiap titis air mata..
ketika kamu pegi tanpa di duga..

si dia yang sedang belajar menyayangi,
si dia yang sedang belajar mencintai..
si dia yang menemani tika sepi..
si dia yang membantu untuk dia menolak kamu ke tepi..
si dia yang kini sedang cuba memahami,
erti sebuah hati yang dilukai,
si dia mencari penawarnya seorang diri..


untuk dia..
mengapa harus toleh kembali,
pada kisah duka yang menghiris hati,
mengetepikan kekasih hati yang menanti,
yang menemani kamu tika sepi
mengesat air mata pada hati yang dilukai,

untuk dia,
butakah kamu pada bicara hati.?
yang mahu melihat kamu senyum hari-hari
menghintung bahagia yang kamu kecapi,
sehingga dia sendiri mahu pergi..
jika itu bahagia yang ingin kamu kecapi..



untuk kamu dan si dia,
sila bahagia bersama,
jangan endahkan pada yang datang menduga
itu mahu menguji sekuat mana cinta
yang kamu berdua bina

untuk kamu dan si dia,
silalah senyum walau tanpa bicara,
kerana hanya kamu berdua yang tahu
erti bahagia bersama


p/s: semoga bahagia meniti hari-hari menduga. anda dia bukan untuk si dia, pasrahlah..ada rencana lebih baik tuhan sediakan buat anda berdua =)



Sunday, December 18, 2011

#34

tiba-tiba terasa sebak..
terasa jauh dari Tuhan..

Allah,
Jangan palingkan kasih-Mu dariku..

Allah,
Jika tiada kasih-Mu..
tidak kutahu siapa yang mampu mengasihiku..

Ya Rabb..
Peluklah aku dengan rahmat-MU
Peluklah aku dengan kasih MU

sungguh aku takut kau memalingkan wajahMU dari ku..
sungguh aku takut..

p/s: ampunilah daku, kedua ibubapaku, saudara maraku, sahabatku, dan mereka yang menyayangi dan membenciku

Friday, December 16, 2011

#33

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step close

hapdate..hapdate..

nenong2...sila beri laluan..orang rajin nak hapdate blog..ecece (poyo)

hehe banyak sebenarnya yang nak di hapdateni...tapi kemalasan melanda..kenapa ya...?

1.Screening primate!

boleh tak nak bagi gambar je cerita semuanya..? hehe serius malas tulih..but yang paling penting ni pengalaman yang paling best!


ni la binatang dy...nama dia Gibbon!


selepas di tidurkan dengan sedative yang di campur coke!!


BIO untuk cek fundus dia..kesian dia x nampak..





tidur ye gibbon...

sedikit case write up..ngeh2..gibbon ni demam suddenly..pastu bila bagi makanan dia macam x nampak nak amik makanan tu..n dia x active da..so nak taw dia nampak ke tak..x kan la nak amik VA cam manusiakan suh dia baca ABC lak kan...so suluh je torch..tapi Gibbon ni tak bagi repons pon kat lampu.. sian dia. x nampak...

after BIO..nampak fundus dia macam bulging ke depan so no wonder la power dia plus..n ade macam nanah2 bawah retina dia..sian Gibbon..tengok ape causes dia baru leh treat..

p/s: bau gibbon badan aku satu hari dang! 

p/ss:tengah praktis nak cek mata baby skang ni..mencabar siot! adik2..jangan nages..akak nak cek mata..tibe2 kompius aku akak ke acik..? huhu

Monday, December 12, 2011

#32


Tuhan, 
jadikan kerinduan aku padanya..
jalan untuk mendekati Mu..

jadikan kecintaan aku padanya
untuk lebih mencintai MU..

kerana jika aku rindu padanya
pasti aku minta pada MU
untuk tetapkan kerinduan aku dengannya
sehingga kami di satukan dalam syurga MU

kerana jika aku mencintainya..
pasti aku minta pada MU
untuk satukan cinta kami
di bawah lembayung cinta MU

Tuesday, December 6, 2011

#31


hari demi hari..
kita saling belajar untuk lebih mengenali..
kita belajar untuk lebih mengerti..
kita belajar untuk lebih mencintai..
kita belajar untuk saling melengkapi..

walau kita dua..
hati kita satu..
terima kasih kerana hadir..


p/s: aku akan jadikan kamu lelaki paling bahagia..tiada lagi derita seperti sebelumnya.=)

p/ss: sibuk senaraikan barang untuk hantaran. macam esok je nak bertunang huhu


Sunday, December 4, 2011

#30


terima kasih untuk hadir..
walau sementara..
walau masa depan masih kabur..
walau perancangan kita teliti..
walau tiada jodoh antara kita..
walau suatu hari nanti kita dipisahkan takdir..

terima kasih kerana menyayangi..
kerana tetap sabar..
kerana percaya..
kerana menghormati..
kerana setia..

terima kasih kerana berjanji..
aku berdoa..
moga hari yang kita nanti tiba..
moga hari itu akan tiba..
seperti yang kita mimpi..
kita genggam janji itu bersama..

andai tiada jodoh antara kita..
Tuhan pasti telah rencanakan kita
kisah yang lebih menarik..
untuk kamu jua aku..
bersedia untuk menerima
tabah hadapi hidup..
aku berharap pada Allah..
semuanya ku serahkan pada takdir.

bahagia diatas kesengsaraan orang lain? boleh bertahan lama ke

Assalamualaikum..

hai readers =)...

sekarang i think that i'm quiet famous..hehe..somebody PM me through facebook asking this kind of question.

bahagia diatas kesengsaraan orang lain? boleh bertahan lama ke?

and this is my answer.

kita yang mencipta bahagia..kita jua yang mencipta sengsara.. kita hanya manusia yang merancang..perancangan Allah tuh maha hebat. Andai tidak bertahan lama, anggaplah ada rencana yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.. tukar derita kepada bahagia, kerana tak pernah wujud bahagia jika tiada sengsara. memandang sesuatu pada prespektif yang paling positif, kerana manusia itu magnet yang paling kuat. alam bertindak balas pada kekuatan rohani kita. berfikiran positif mencipta sejuta bahagia walau dalam masa yang sama sekeliling kita sedang berduka. tak bermaksud kita x boleh bergembira jika orang berduka..jadi jika semua sekeliling kita menjadi bodoh. perlukah kita ikut bodoh untuk menjaga hati semua orang.? kita mencipta jalan kita..bukan org sekeliling..kerana jatuh bangun kita, akhirnya kita yang tanggung..orang hanya mampu bersimpati tetapi tidak layak menilai, kerana penilaian itu milik Allah. sedang diri kita sendiri kadang tersalah menilai, jadi apa hak kita untuk menilai dan menghukum orang lain..?



hati...

gembira..

sedih..

derita..

bahagia..

untuk kamu jua aku, bersyukur kerana kamu masih lagi di kurniakan rasa ..bersyukur kerana masih di beri peluang untuk bernafas..bersyukur kerana di beri peluang untuk bertaubat..bersyukur kerana di beri hari esok sebagai anugerah paling berharga..

jangan biarkan pencuri masa silam mencuri kebahagiaan kita pada hari ini, dan jangan biarkan pencuri masa depan mencuri masa bahagia kita pada hari ini..

kata kunci bahagia adalah redha. Jadilah kamu orang yang redha, kerana orang yang redha sentiasa bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang ada. Kerana orang yang redha percaya bahawa setiap rencana Allah itu membawa kebaikan pada kita. Bersangka baiklah pada Allah..kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya.

Melangkah walau selangkah menuju Allah..Allah berlari memeluk erat kita. Mengadu dengan esak tangislah pada Allah, maka seluruh dunia akan membuat kita gembira. Yakin dan percayalah..hanya Allah.


p/s: biarkan aku juga meluah rasa..ini tempat aku menggila dan menaip laju tentang rasa aku..kamu bukan siapa-siapa untuk menghalang aku menulis apa aku mahu.


Thursday, December 1, 2011

love is in the air!!

Assalamualaikum..=)

Apa khabar sahabat..? apa khabar iman mu..? apa khabar cinta mu..? apa khabar hatimu..? terlampau banyak yang perlu dikisahkan. Itulah, selagi kamu di beri jawatan sebagai khalifah, selagi sedar kiri kanan mu ada "PA" yang sedia mencatit setiap inci pergerakan kamu, selagi kamu sedar, ada hari kebangkitan dan kamu di hisabkan, selagi kamu sedar bahawa anggota-anggota ini saksi nyata bagi perlakuan kamu..selagi itu kamu masih perlu menyibukkan diri dalam dunia kamu.." amar makruf nahi mungkar".


LOve is in the air!!

terlampau banyak cinta dalam kehidupan ini..dan terlampau banyak cinta yang sedang berkejar-kejaran di keliling hati ini, cinta Tuhan sudah pasti, keluarga, sahabat2, is...(ehem!)


owh this post actually special dedicate to Leha, amy, jill, jojo, shuk, is, qila, syud dan semua yang tak tertaip namanya..my bad for not replying sms, ym even msg.. u know that the thing that call handphone is not my best friend..because i've all of u that complete each of my journey. thanks for being here and there and there's no such a things that i can find somebody perfect as each of you!



 1st of all i'm coffee lover! sorry leha, i cant stop it..coffee addictor T_T  (ok x de kene mengena)

the rule of thumb for love..(dalam kamus hidup cik arm je!)

cinta bukan sesuatu untuk dipegang, bukan untuk dimiliki..jika kita cintakan seseorang..biarkan dia, jika dia mencintai kita kembali..kire rezeki la kan..it's not about ok pasrah dan berserah je..tapi, as long as orang tu is not yours, tak payah nak bekerja keras sangat untuk puaskan semua kehendak hati dia.mat lutfi cakap "ada beza pengorbanan and kebodohan dalam percintaan" bear in mind! so people ask me..

" arm, how about is someone that u love, oneday, fall in love with some.?"

 for me, as long as he's not my husband yet, yes u can go to the path that u choose. biarlah sedih separuh mati, i've my friends to comfort me..i've told u earlier my friends are all PERFECTO!

" and how about if he's ur husband"  (eh, eyh banyak tanya plak ko kan)

ermm...cinta itu sesuatu yang diberi tanpa perlu kita fikirkan balasan..kan leha kan..hehe..jika dia jatuh cinta lagi.. saya akan cuba untuk memenangi hati dia kembali..(jawapan skema).. dalam hati sebenarnya..siap ko..tidur luar! i'm mogok x nak masak..is't how u settle ur problem..? ceh.macam budak2..prof muhaya once said, if ur husband falling in love with someone. don't blame him, but try to seek ur weakness..macam mana u boleh tinggalkan empty space until there's another woman berjaya tembusi hati dia..think2! dear..

so in life, it's not about hanya tunding jari pada kesalahan orang.. cermin diri dulu derrr~

because what u get is based on what have u do on past...

pergghh sentap giler quote tuh membunuh aku sendiri! dang~


its not about how we falling into each other.. its about how i'm start learning loving you day by day..and its about the words "trust" is keep growing..pray hard for me friends..=) 

there is confession here:

I LOVE HIM =P

Saturday, November 26, 2011

#29

pergi pada dia jika itu yang kau mahu..

aku bukan siapa-siapa untuk menghalang langkahmu

aku punya jalan sendiri..

yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkal..

dan

kamu juga bukan siapa-siapa untuk tentukan jaln hidup aku

Thursday, November 24, 2011

hidup

hidup ini terlampau mengujakan.penuh dengan pelajaran baru setiap hari. Terima kaaih Allah kerna mewarnai dunia bru ku. Dan kisah cinta yang bahagia. Doakan kami bahagia hingga ke jinjang pelamin.. Misi 1.kumpul duit..misi 2:pujuk mak hehe

Tuesday, November 22, 2011

benci~~

ok saya sedang marah..!

kamu..sedekah itu bukan niat untk kamu kaya. jangan kamu nak menganggap bila kamu kaya kamu nak banyak sedekah..itu juga janji qarun pada nabi musa..harta juga penyebab kamu leka..harta itu menenggelamkan qarun! ingat tu..jangan riak..saya benci pada mereka yang menjadikan agama sebagai permainan.

duit itu keperluan..x perlu mahu mencuri sejuta masa kamu untuk duit..duit boleh cari..tapi masa kamu boleh kembalikan...??
aiiishh!

dammit!

Sunday, November 20, 2011

#28


dear ladies and gentlemen,

tak perlu nak jeles-jeles sangatlah, u are the best among the best. no need to envy people, they don't have what u had right now.u r the winner remember..? among thousand of sperm, u win the ovum heart. and when u born, u still the winner. First always first and doesn't matter if being second sometimes because it's make u struggle to be first again and again



enjoy =)!

protection.


assalamualaikum..

Apa khabar readers? apa khabar imanmu jua hari ini..? berkurang?bertambah atau masih seperti semalam..?

Protection, perlindungan...siapa yang tidak memerlukan ini angkat tangan..?? ya, tangan sahaja kaki tak perlu oke..!
macam mana rasa dilindungi.. ? wahh terasa beharga gitu..klass mak..! maklumlah barang beharga saja yang dilindungi..contohnya mahkota raja, emas siap upah guard bagai haaa...itu je ke yang beharga..? 

kita jua berharga..lihat pada cara Allah melindungi kita. Dari kita di dalam rahim ibu, bertapa Allah telah melengkapkan sistem keselamatan yang lengkap untuk bakal-bakal khalifah Allah di bumi ini dengan meletakkan kita di tempat yang paling selamat dalam dunia.

setelah lahir ke dunia, Allah mengurniakan kita dua malaikat penjaga kita waah kita pon ada body guard taw jangan tak tahu. malaikat ari segi zahir dan batin. Malaikat pertama adalah ibu bapa kita yang melindungi sewaktu kita kecil dan lemah. Yang memberi makan dan menjaga sepenuh hati..yang tidak lena tidur mereka kerana bimbang si kecil comel itu di jamah nyamuk. Subhanallah lengakap perlindungan yang Allah berikan..
Bila semakin kita membesar, persediaan  menjadi khalifah semakin ibu dan ayah lengkapkan. Diingatkan pada kiri dan kanan, Allah sediakan pencatit amalan. Yang mengingatkan kita pada setiap perbuatan yang kita buat sebenarnya di rekodkan..DIREKODKAN and akan DITAYANGKAN! waahh cuba-cuba bayangkan kene tengok balik aktiviti harian..depan TUHAN..huhu banyak nya khilaf yang kita lakukan..malunya kalau seluruh alam tengok..Allah, sorokkan keaiban aku dan keluarga serta sahabat handai ku...

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati.

ya, orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati..sungguh! kenapa..? orang yang mengingati mati ni....bukan hidup dengan berputus asa..seperti terfikir akan mati pada esoknya, dan terus malas berusaha.no,no,no..
orang yang mengingati mati ni...adalah bila dia terfikir, andai seminit lagi malaikat maut datang menjemput..
-solat belum lagi, jadi dia akan sentiasa solat di awal waktu.
-takut ke tempat-tempat maksiat kerana bimbang nyawa dicabut di situ, malu je bila malaikat bentang profile kita depan Tuhan, tempat mati : DISKO! erk...
-sentiasa fikir untuk menambah amalan, sebab takut esok-esok x sempat dah.
-kerja tak bertangguh.

dan banyak lagi..fuhh!

ok berbalik pada tajuk perlindungan..

boleh kamu hidup tanpa orang yang menjaga dan melindungi kamu..?

Pasti boleh kerana Tuhan masih sayangkan kamu..
Dalam kehilangan kamu masih punya peluang jalan pulang kerana hidayah itu milik Tuhan, kamu tidak berhak menilai seseorang itu.

Boleh kamu hidup jika tiada Tuhan melindungi kamu.?
Di mana kamu hidup kawan..? bumi ini milik Tuhan, langit jua milik Tuhan, planet2, matahari, bulan, bintang jua milik Tuhan. di mana kamu harus bergantung, dimana mahu kamu adukan jika Tuhan tidak lagi dekat dengan mu..dimana kamu mahu berteduh..? di mana akan kamu minta cinta yang abadi jika tiada cinta Tuhan.

:: terasa dilindungi kamu, bila kamu sentiasa menjaga diri ini, walaupun dalam game, kamu mengorbankan "nyawa" kamu untuk saya. Terima kasih. Terasa dilindungi Tuhan kerana mengurniakan ayah dan ibu, kawan-kawan serta kamu yang sentiasa melindungi. terima kasih Tuhan kerana sentiasa menyayangi hamba yang hina ini::





::aku tidak sempurna, malah jauh lebih tidak sempurna dari mereka semua. Terima kasih kerana membuat aku rasa sangat sempurna di sisi kamu::




Thursday, November 17, 2011

#27

 
ketika ku kesepian,
kau hiburkanku dengan tawamu,

ketika ku kesedihan,
kau datang dan menenangkanku,

ketika ku dalam kesempitan dan kesusahan,
kau hulurkan tanganmu untuk membantuku,

kau sentiasa disisiku
belum pernah aku temui insan sebaikmu

akan ku sambut dan hargaimu hingga ke akhir hayat =)





P/s: thanks for such a precious word..i'm doing nothing..really..and those precious word i'm dedicate to all my buddies..=)


Friday, November 11, 2011

#26

Heart beats fast
Colors and promises
How do be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

Thursday, November 10, 2011

Wednesday, November 9, 2011

#24

kadang-kadang terfikir...
persekitaran yang seronok..

atau..

kita yang menyeronokkan persekitaran..??

p/s: kita mencorakkan masa depan dan persepsi sendiri..jika terasa perpisahan itu menyedihkan..kembali pada hukum alam..pertemuan yang menggembirakan..pasti akan berakhir dengan perpisahan yang menyedihkan.ah, ak yang terlampau tiada perasaan.

Tuesday, November 8, 2011

#23

saya lupa cara untuk marah..
saya lupa cara untuk membenci..

hanya air mata tunjukkan semua..

p/s: terlampau sibuk  menyayangi hingga terlupa untuk membenci..terlalu banyak maaf di beri hingga tiada tempat untuk marah.

Tuesday, November 1, 2011

#22

untuk kamu..

terima kasih..
hati ini terluka..

terima kasih..
kerana mengajar erti sabar..

terima kasih..
kerana mendewasakan..

untuk dia

hati dia masih lagi pada kamu
walau bukan sepenuhnya..
ada sedikit lagi..

untuk hati..
beri masa..
cinta itu bukan memiliki..
cinta itu suci..
sakit itu buat kamu lebih mengerti
makna bahagia yang menanti..

p/s: status: memeluk kaktus semakin erat semakin sakit....(sape suh peluk kaktus daaa~)

Monday, October 31, 2011

#21

kesalahan aku hanyalah kerana aku jatuh cinta padanya..

kesalahan kamu adalah kamu melukakan hatinya..

kesalahan dia adalah dia tinggalkan kamu untukku..



p/s: kenapa kamu tidak mengenggam dan menjaga hatinya..dan membuatkan aku rasa seperti seorang pencuri..

Sunday, October 30, 2011

selamat datang cinta..



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...duhai hati..duhai hati yang jauh di sana...

Ingin aku ungkapkan seribu kemaafan pada kamu yang ku panggil cinta. Kerana terbiar lama menyepi..bukan ku abaikan dirimu..namun cita-cita ku menolak kamu jauh di sudut hati..

selamat datang cinta..dahulu cintaku yang terluka, 5 tahun lalu..ah, terlalu lama..ada jua bunga-bunga cinta yang tak sempat memekar..dan akhirnya cinta kamu menangi hati ini dalam masa 5 bulan..mengubat luka 5 tahun lalu..

duhai hati yang ku tinggalkan..ku tinggalkan dengan kepercayaan

andai hati itu kian alpa..
ingatkan aku..cinta Tuhan itu yang utama..seperti aku menjaga hati kamu..menjaga cinta kamu dengan Allah..jagalah cinta ku dengan Allah..kerana Allah sahaja yang bisa menjaga cinta kita..


andai hati ini ingin kau pulangkan..
pulangkan dengan sebaiknya..katakan kau sudah miliki hati yang lain..maka aku terima kembali hati yang telah ku serahkan..

andai hati yang kuberikan terluka..
cuba ubatinya..jika kamu cepat berputus asa..maka hati itu kelak akan semakin parah dan aku semakin jauh dari kamu yang ku panggilkan cinta..

andai hati itu penuh curiga..
siraminya dengan kejujuran kamu..kerana hati yang ada padaku akan aku pagari dengan kejujuran..

duhai yang ku panggil cinta..rancangan kita hanya sekadar rancangan...Allah itu maha pelaksana..andai kau yang ku panggil cinta bukan milikku..redhalah pada takdir..telah ku ingatkan kan pada kamu rukun iman yang ke-6..itu takdir kita..andai kita telah berusaha..sedayanya..

duhai yang kupanggil cinta..jagalah iman mu..seperti aku menjaga diriku..

apabila tiba saatnya..segalanya akan menjadi lebih indah di payungi redha dan rahmat Allah..

duhai yang ku panggil cinta..
jarak ini..bukan memisahkan..
tapi ia mendekatkan..
tingkaktkan ilmu agamamu..
aku jua begitu..

terima kasih cinta..kerana hadir..




Thursday, October 20, 2011

dan semua akan berakhir.

pertemuan 4 june lalu..bagai semalam terasa.mengenali fynas, naza, k.iera, is dan pada bulan depannya k.g, lia dan jannah..mungkin 5 bulan bagi sesetengah untuk mereka tidak sempat untuk meninggalkan bekas dalam hati. masa itu tidak cukup menumbahkan perasaan sayang serta mencambahkan kasih.

" am, tak rasa sedih ke nak tinggalkan kami?" k.g bertanya

"entahlah kak, am x sempat nak fikir, banyak sangat menda am kene hadap huhu"

" am,menda ni x yah pikir dia datang sendiri"

aku hanya mampu senyum...

untuk semua-semua. tahukah mehintung hari-hari yang berlalu mencampurkan seribu rasa. rasa gembira bakal bekerja di tempat baru, bagaimana suasana nya, bagaimana orangnya..serta pedih ingin meninggalkan kalian.meninggalkan ibu yang terlapau baik. meninggalkan kakak yang sedang mengandung (oh k.iera nak tengok perut kak memboyot!) meninggalkan k.g yang masih keliru dengan pilihan hidupnya yang ke.2 serta puteri yang comel..dan paling terasa ingin meninggal " sekuntum bunga" yang mekar mewangi dalam bilik dispenser tuh (sorry is hehe)

oh, untuk long friends (4 tahun) tetapi baru kali ini lebih mengenali hati budi..terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia. cik Ungku Noor Aqilla..maaf saya pergi dahulu..moga kamu suksess selalu..

untuk 5 bulan yang mematangkan (kan leha kan am matang kan)...untuk 5 bulan yang mendewasakan..untuk 5 bulan yang mencabar..

terima kasih pada kalian yang menjadi penawar rindu..

pada kalian yang mencurahkan kasih..

pada kalian yang mengajar erti sabar

pada kalian yang meminjamkan bahu untuk aku menangis serta telinga untuk sedia mendengar..

terima kasih pada banyak lagi yang tak terucapkan..

saya sedih meninggalkan kalian..cabaran lebih besar menanti saya.. doakan saya berjaya seperti saya doakan kalian..moga ukhuwah antara kita masih seperti hari-hari yang kita lalui..

p/s: saya rindu kalian...

Wednesday, October 12, 2011

# 20

tahukah di kau...
hati ini telah kau curi..
dengan senyumanmu
serta air matamu..

p/s: jangan robekkan hati ini..kerana luka semalam telah ku lupa

kalau dah jodoh kan...

duduk saja-saja..tiba-tiba terimbau kenangan beberapa bulan lepas..bulan mei 2011 saat ada interview terbuka di UiTM.

**************************************************

"am, nak isi mana satu eyh..?" ada hanizah optometrist, optical 88, uitm under fac.of med (siap ade kontrak 2 taun, menara, tun shin ospital dll...

"ermmm xnak la uitm tuh..ada kontrak la...alaaa malas nak terikat" jawabku saat menulis nama..

esoknya...

madam mimi: am, pergila temuduga uitm tuh.best taw skop dia..macam-macam kes leh jumpe..

aku: eyh boleh ke madam..?? am x tulis nama pon.

madam mimi: alaaa boleh la..pi la..

dengan nekad..aku tak pegi interview dengan menara..sebab time tu print resume cukup-cukup je...

***********************************************

after 2 month..

en.nazim: hello, boleh saya bercakap dengan cik maryam jameelah..

aku: ye, saya bercakap (dengan suara baru bangun tidur..hehe)

en.nazim: macam ni saya nazim dari fak.perubatan uitm, cik terpilih hadiri temuduga kedua pada ....... di fakulti perubatan selayang.. cik terima tak..?

aku: eyh terima..nanti saya datang..

after 2 month...

ayah: adik balik-balik

aku: dah kenapa ayah ni..??

ayah: anda diterima sebagai pegawai optometri di bawah fakulti perubatan uitm kampus selayang/sg.buloh

aku: erk..betul ke..? alhamdulillah.. hehe

andai itu takdirnya..pada awal menolak hingga akhirnya ke situ juga..jodoh dengan mara ni panjang betul..dulu matrik pon bawah mara..sampai uitm hingga ke kerja..haipp..

perasaan sekarang..excited,nervous dan pelbagai perasaan yang bercampur baur..bagaimana skop pekerjaan dll masih dalam kekeliruan yang nyata...

18 day to go..

i'm EXCITED!!!! sungguh!

p/s: sedih sebab nanti dah jauh dengan is..eyh2 mereng jap..=)

Sunday, October 9, 2011

stab back..

status: hati berdarah-darah di stab dr belakang


sumber: sini

terima kasih.

Monday, October 3, 2011

lamaran dan lamaran...

28hb september 2011..

"bos, ermm saya nak minta cuti untuk konvo, 21, 22 dan 23 hb.."
" ermm, 23 hb tuh x boleh lah..tapi saya cuba..tengoklah macam mana."

tiba-tiba rasa sensitif sangat..selama kerja tak pernah nak minta cuti kecuali cuti 2 hari untuk balik kampung,itupun tarikh bos yang tetapkan. kemudian x pernah nak mintak tukar-tukar cuti..ni bos saya request cuti sebab saya nak konvo..hari kebesaran untuk saya after 4 years upside down belajar and sangat susah nak di luluskan *sigh*..

hari tu, air mata memang menitik-nitik (ok perangai x semenggah, x dapat cuti pon boleh nanges.pheww~) nanges satu hari.tiba-tiba ayah call

" adik2, balik taw esok"

"dah kenapa pulak ayah ni..?"

"anda mendapat tawaran sebagai pegawai optometri u41 di bawah fakulti perubatan uitm, tahiah dik"

"eyh2 betul ke ni ayah..??"

alhamdulillah..

-n i've accepted the proposal- start on 1st of nov 2011..moga Allah permudahkan.

2 okt 2011

cuti awak 20, 21 n 22 hb..

"erk bos, buat apa saya nak cuti 20 tuh..? konvo saya dah la petang x kan after that terus saya balik melaka..?"
" saya x boleh bagi kamu cuti sekali dengan qila "

" sigh, hurrmm ok"

lepas letak telefon terus nangis lagi..nak cuti..nak cuti 23hb..positif am..positif.oklah cuti 20 hb balik kemas-kemas barang untuk ke kl nanti..baik juga..

" arm sini jap" dia panggil

"nape.?"

"sini la.."

"urmm maryam jameelah bt noh, sudi x awak menerima saya sebagai suami awak.?

gulp.....

hurmm errr..err (sambil mata pandang ke atas)

er..errrrr...eerrrr...

" bagi masa sikit boleh x..? nak istikharah n tanya mak..

" mak x kesah, adik yang nak kahwin..adik uat istikharah la"

dan am..ni saya bagi untuk awak...hadiah dari saya..bila kita jauh saya nak awak ingat saya,=..

-status proposal ni:- pending sehingga di beritahu kelak=)-


(nape arm yg <3 is..?? bukanke patutnya name is dlu..?)
(dia jawab: biar la kan sama je)
errr $#%^@##!

Thursday, September 1, 2011

from hero to zero


Assalamualaikum...
(geng ular sawa eim cakap cis!)
=)

selamat hari raya aidilfitri..=) semoga raya kali ini membawa keberkatan. semoga kita gembira menyambut syawal kerana kita bertambah ketaqwaan..kerana kita berjaya dalam sekolah ramadhan yang entah keberapa kali dalam hidup kita dan bukan kerana kita sama-sama gembira meraikan pembebasan syaitan-syaitan dari dibelenggu dan gembira kerana berlalunya ramadhan..dan bagaimana jika ramadhan ini ramdhan terakhir buat kita.adakah sudah terampun dosa-dosa kita..?hurmm sedikit muhasabah diri

from hero to zero..patutnya from zero to hero..tapi ini sudah terbalik.
raya tahun ini bermakna sepertinya tahun-tahun sudah..berjumpa dengan mereka yang tidak aku sangka..seperti tahun ini long lost classmate and schoolmate yang 11 tahun tak jumpa.melihat mereka yang dahulunya cemerlang kini bertambah cemerlang. atau mereka yang terlampau gemilang dahulu kini di uji dengan sirnanya kilauan permata yang semakin memudar atau mereka yang dahulunya biasa-biasa kini luar biasa.atau graf hidup yang sama mendatar sama sekata.

(ini wajah mereka yang cemerlang pastinya hehe)

kawan 1: kenapa kau tak pergi beraya rumah cikgu2..?

kawan2: ah, kau.. aku hadapi krisis dalaman tahu..?

kawan1: krisis apanya?
kawan 2: ialah dahulu aku harapan sekolah..sekarang lihat..? kau sudah master, maryam pakar mata..aku..? 

kawan 1: cikgu2 masih ingatkan kau.

kawan 2: kau takkan faham

kalau kamu di situasi kawan 2 bagaimana.? malu bukan..hatiku cuma mampu berkata. sabarlah kawan. rezekimu masih belum sampai.itu ujian Tuhan buatmu. Lupakah kamu pada nikmat-nikmat tuhan bagi pada kamu sebelum ini..? ini cu,a dugaan yang sedikit..mungkin ujian buat kamu sekiranya ada benda yang kamu terlupa.

from zero to hero
(ini topi grad dr michigan!)


kawan 1: dulu saya kecewa bila semua orang dapat sambung belajar..dan saya masih di sini..mencari-cari masa depan. dengan result spm yang macam tu.hurmm 

saya: tapi kamu di sini sekarang..lebih berjaya dari saya

kawan 1: ya, kerana emak yang meletakkan saya di sini..saya mencari-cari emas dalam diri saya..mungkin tidak banyak tapi sedikit.kerana nilai emas tidak pernah susut. jadi saya meletakkan seketul emas dalam diri saya supaya ke mana sahaja saya pergi..orang masih mahukan saya.

saya: kamu bertuah kerana tidak putus asa

dahulu diterapkan dalam otak..spm segala-galanya..permulaan langkah untuk berjaya. ah, sijil itu rupanya tidak punya apa-apa. lihat, saya da lihat mereka yang cemerlang dalam spm dan kecundang dalam spm, tapi hasilnya berbeza dari apa yang di tanamkan dalam otak saya dahulu.

man jadda wajadda

siapa berusaha dia akan mendapatkan hasilnya.

p/s: untuk mereka2 diluar sana..mari berusaha..memang malas selepas cuti panjang *sigh*



Friday, August 26, 2011

#19

is there someone..
when i'm saying i'm cool..

den
he quickly rush to buy a blanket

humm childish
but so sweet..

is there anyone..?

Sunday, August 21, 2011

kekuatan

lama bersembang semalam..dengan seorang rakan..

dia: am, aku dah tiada hati untuk bekerja.

am: kenapa?

dia: bagaimana jika, sesuatu kerja jika kau buat ada yang mengarah-arahkan. seperti jika kau cek mata, ada orang sebelah yang cakap, kau letak power ini, pusing axis ini, dll..bukankah itu kepakaran kau..tahulah kau buat kerja. dan bagaimana jika kesalahan yang kecil dibesar-besarkan. sedang jalan penyelesaiannya sudah terbentang di depan mata..

aku: hurmm..kadang-kadang apa yang kita tidak suka itu baik untuk kita, dan tekanan itu melonjakkan satu semangat dalam diri kita

dia: ah, itu jika tekanan dalam diri sendiri bukan sumbernya dari orang lain.eh, kau jadi balik perakkah? kerja sana. dengan tawaran sehebat itu, aku rasa orang bodoh sahaja yang akan menolak

aku: aku memberi tempoh cabaran pada diri aku. paling-paling aku ingin di sini setahun. Jika aku lepas cabaran pada diri aku yang ini, aku pasti aku akan lepas mana-mana jua cabaran mendatang. ya, aku akui akulah si bodoh yang menolak tawaran itu. Kerana aku rasa Allah punya sebab menghantar aku sampai ke sini. dan aku tidak punya jawapan itu lagi. Ah, abaikan, bagaimana dengan hati kau yang telah hilang..? bukan kau kata kerja itu adalah emas dalam diri kau..? bukan itu yang kau boleh canangkan dan banggakan 1 kampung..?

dia: ya, tapi hati aku tiada di sini. Fikiran aku menerawang. jika aku tiada di sini di mana aku.Jadi kerja aku sambil lewa. banyak kesalahan yang aku buat.

aku: kau tahu. cari hati kau yang telah kau hilangkan. itu penawarnya.

sumber: mengapa memandang pada derita yang kau baru hadapi. sedangkan nikmat Allah itu sudah banyak kau rasai bukan?

aku tidak pandai berbicara. mendengar memang boleh, kadang-kadang kebolehan mendengar itu lebih baik dari berbicara. Bagaimana ingin aku utarakan bahawa untuk kamu, carilah kekuatan dari Allah. kurangkan kebergantungan kamu pada manusia. kamu tahu, sebenarnya hidup kita bermula dari Allah dan berakhir dengan Allah.

seperti permulaan nya urusan kita dengan manusia sebenarnya terus pada Allah. bagaimana? seperti marahnya kamu pada manusia, kamu rasa jika Allah tidak kurniakan rasa marah pada dia maka kamu boleh marahkan dia? dan jua rasa sayang. Jika Allah menyayangi kamu maka seluruh makhluk akan sayang padamu. lihat kesemuanya bergantung pada Allah. cuma dalam sedar atau tidak kamu menafikannya.

urusan kamu dengan manusia, bukankah paksinya pada Allah.? ah, susah aku bicarakan kerana iman ku jua serapuh biskut semperit yang sedap itu.

 sumber: Ku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung dan berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang menyekutukan Allah. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku danmatiku ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam.

untuk kamu-kamu yang sudah tidak punya kekuatan. carilah sumber kekuatan itu. kepada sahabat aku. duduk diamlah kamu..mencari kekuatan kamu berpaksikan Tuhan. kerana mungkin kamu lupa, agama itu, ayat-ayat quran itu bukan kamu gunakan semata-mata untuk murahkan rezeki, atau lindungkan diri kamu dari hantu-hantu. tetapi Al-quran itu sebenarnya ubat hati. yang dapat menguatkan rohani kamu dan akhirnya mendokong hati kamu jua aku yang lemah.

wallahu'alam

carilah hatimu. kamu menetukan di mana letak duduknya hati itu, pada padang pasir yang tandus atau pada oasis yang indah.(arm jameelah, 2011)

Thursday, August 18, 2011

kecuaian membawa padah

seorang puteri sedang bersantai di tepi kolam itu..

tiba-tiba, ada seekor katak melompat..

lompat..lompat..pada si puteri..

katak itu memandang puteri yang sedang elok bersantai...

"opocot!! ibunda patik!" puteri melatah apabila terpandang makhluk Allah yang menggerutu itu..

tiba-tiba si puteri teringatkan cerita princess n frog..

lantas tanpa mengambil kira keelian yang mencucuk-cucuk di dalam kalbu puteri..beliau mencium katak itu bertalu-talu...

lalu katak itu lemas dan mati di situ..

puteri bingung..

tiba-tiba mulutnya terasa sakit amat..

ahh sudah! bibir puteri merah..oh no! berbintat-bintat!! akhirnya puteri gering penyakit ganjil

lantas raja mengeluarkan titah

"SIAPA YANG DAPAT MENGUBATI PUTERI BETA. BETA AKAN KAHWINKAN DIA DENGAN PUTERI BETA"

pengajaran:
1. jangan cium katak
2. jangan percaya cerita dongeng there's no happy ending.
3. kalau nak kawin cepat bole buat macam puteri tuh..x pasal2 dapat suami doktor hehe
4. jangan tertipu dengan entry ni..budak tensen memang x betul cm ni ahaks!

Sunday, August 14, 2011

#18

1st time ada orang bukakan pintu kereta untuk saya~

terharu..

tapi cinta saya x boleh untuk dia..

maaf dari hati

truth hurt.

dear blog.....

hurmm...macam mana kalau en.blog menghadapi masalah..??ape yang encik blog pikir..?? eyh en blog ade masalah ke..??

dear en.blog..
hidup kita ni macam roda..kadang-kadang kita ada kat atas..kadang-kadang kita kat bawah..bila kita kat atas, orang sanjung dan puji-puji kita.
dan bila kita di bawah..
antara orang pijak jijak ludah konyok2 dan buang kita dalam tong sampah..

ataupun orang salahkan orang sekeliling kita..hurmmm sebab dia am jatuh..sebab dia am jadi teruk..sebab dia am.....pfftttt....

dear en blog..

saya nak pesan dekat 'orang' ni...
salah am, silap am, jatuh bangun am, adalah kerana diri am..apa tak dengar..lagi sekali ye..

SALAH AM, SILAP AM, JATUH BANGUN AM, ADALAH SEBAB DIRI AM!

ok tanda seru di situ...

sila ambil perhatian..
itu kerana ada salah am..yang Allah nak tegur..
nak am duduk dan berfikir...
yang am jauh dari Allah..
Allah ingatkan..
kerana Allah sayang am...
kerana Allah nak am mengadu dan merintih kat Allah..
kerana am kadang-kadang cuai dan lalai..
kerana am selalu lupa Allah bila terlampau banyak nikmat..

untuk 'orang' tuh..
sila berfikir..

jangan menunding jari..
am adalah am...yang dipengaruhi dengan diri am
bukan siapa siapa...
kerana am masih MARYAM JAMEELAH BT NOH

yang dahulu...hidup atas keredhaan Allah, bukan mencari pujian manusia.

tq

Saturday, August 13, 2011

perlu positif!

sedang membina rektor positif dalam diri..

(=_=) positif.....++++++

(+_+) positiffffffff~~ ++++

(-_-) positiffffffffffffffffffffffff~++++

(^_^) positif! ++


pftttt~

p/s: suka dr.Muhaya! start a work with d word end~

Tuesday, August 9, 2011




setiap kali kita ingin mengubah manusia, ubahlah dia dari hati..bagaimana ingin mengubah hati manusia..? perbaikilah solatnya..kerana solat itu tiang agama...dan agama itu adalah cara hidup..




‎"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah 


manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan 


Muslim)


dia yang ku kenali..hari ini genap 2 bulan 4 hari..masih baru bukan..? dia yang aku kenali sudah berani meluah kata cinta, melafaz rasa rindu.*sigh*



fynas: akak, kita nampak dia betul-betul serius ngan akak.

aku: yeke fynass..? mana fynass taw..?

fynass: akak, kita nampak cara dia pandang akak. Nampak keikhlasan dan ketulusan dia..

aku: macam mana nak taw..? akak tak nampak pon..

fynass: akak ni! hehehe

hurmm serius, biar aku ni digelar pakar penglihatan, pada zahirnya aku boleh membetulkan pandangan mereka yang rosak (dengan izin Allah pastinya)..tapi pandangan hati ni..hurmm fail! hehe


k.jee: lafazkan apa yang terpendam, sebelum mata terpejam

aku: kadang-kadang bahasa jiwa lebih mengerti akak, apa yang terzahir tidak seperti apa yang 
terlahir di hati..kadang-kadanglah!hehe

meluahkan.. belum masanya mungkin aku rasa..seperti 2 bulan itu masih terlalu awal untuk bibit2 cinta mekar mewangi.aku masih seperti dulu sarkastik dalam menilai cinta. Bukankan pengalaman itu guru yang paling baik..?


dia: fynass pegang tangan am kuat-kuat

fynass: (sambil tarik muka) yele

(babak ketika lintas jalan besar, padahal aku yang pegang tangan fynass)


qila: arm, aku rasa dia tak solat asar hari ni..

aku: hurmm...

qila: dia pergi bazar dengan bos, dan balik maghrib kemudian tinggalkan asar begitu sahaja.

aku: kau tak tegur..?

qila: sudah, tapi dia cakap tak sengaja takpe.,

aku: mengeluh berat~



Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku. 
ad-Dzariyaat:56


maksudnya: seorang hamba itu apabila solat, datang bersamanya dosa-dosa di atas kepalanya atau bahunya. Maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu daripadanya.Riwayat Ibn. Habban di dalam Sohehnya.




maksudnya:sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.
( Al-Ma’aarij:19-23)



Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat (melengah-lengahkannya) 
(Al-Maa’un:4-5)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a tentang hadis Isra’ dan Mi’raj beliau berkata: “ Kemudian baginda baginda melalui satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar,setiap kali dipecahkan ia bercantum kembali seperti sediakala. Kemudian Rasulullah SAW bertanya:”Ya Jibril! Siapakah mereka??”, maka jawab Jibril: “Mereka ialah yang memberatkan kepala mereka dengan sembahyang fardhu.”

aku: x solat ea semalam..??

dia: ermm....

aku: Allah minta 5 je..bukan 50..bukan 500 tunaikanlah 5 tu..

dia: errrr pukul berapa ni..

aku: haa dengo, am nak nak bagi tazkirah, hehe

dia: ye la..nanti orang akan cuba..



untuk dia.
biar mereka berkata, kalau am tegur, kau akan bersolat sebab am..biarlah itu urusan kau dengan Allah..kau bersolat demi siapa..mungkin pada awalnya kerana am..tapi pada akhirnya..siapa tahu..


untuk mereka.
ketahuilah, dalam diri manusia ada sesuatu yang seperti ombak, kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah, boleh di bolak balikan, itulah dipanggil iman. 


dan dalam hidup punya sesuatu yang Allah kurniakan, pada mereka yang selalu meminta..hidayah.bukan hidayah b abu ke, hidaya zulkifli ke..bukan-bukan2..ni hidayah betul-betul punya.Jika Allah ingin kurniakan dalam sekelip mata dan jika Allah ingin tarik jua dalam sekelip mata. Jangan bongkak.


ingatlah apa yang paling bahaya apabila orang merasakan mereka baik~


p/s: aku belum terima kau, dan aku harap walau apapun..semoga Allah pelihara kau dan mereka-mereka yang aku sayang di sini.


p/ss: kejutan budaya, sebelum ni kawan-kawan semuanya yang menjaga solat Alhamdulillah