izinkan aku..mencuri sedikit masa..dalam kepenatan serta keemoan mengejar ilmu..izinkan aku melayangkan warkah rindu ini..dari hati ke hati..
aku tak tahu mengapa..
tinta rindu ini datang menjelma..
aku tidak pernah menyapa..
apatah lagi meminta..
melorekkan warna-warna indah..
pada lukisan ku panggil cinta..
pada kanvas yang tiada..
tinta ini gila meluah sisa..
dengan dakwat yg sentiasa ada..
walau selaut air mata
cuba menjadi penghapus rasa
tetapi warna2 rinduku semakin gila..
ku kurungkan rindu..
dalam kurungan baldu
ku harap agar pada rinduku
tiada datang sendu tiada datang syahdu..
namun hakikat rindu itu..
penuh dusta berkalang pilu..
dan..
walau dipisah laut biru
walau dipisah awan sendu
aku masih melorek cerita rindu
pada kamu
yang sedang merindu
tapi pasti..org itu bukan aku..
dan aku..
terus melakar cinta itu
sedang cintamu utuh dan jitu
pada si dia srikandi yang satu
kamu tahu..begitu jua aku..
yang takut pada hakikat nyata
ku ingin kamu jadi perwira
yang setia gagah perkasa
biarkan aku sendiri melakar
pada kanvas yang tiada makna
cerita aku dan cerita kamu
cerita senduku
biar tinta indah itu bertukar warna
dari titisan2 pelangi indah
menjadi titisan2 darah
kerana cerita ini tiada sudah
Tuhan hukum aku.
kerana melingkar rindu
tanpa restu..
p/s: izinkan hati aku menjadi gagah perkasa.kerana aku tak mampu menanggung kesakitan rindu itu.
3 comments:
rindu pada siapakah?
ehem,putera raja kacak?
x tahu..mode jiwang..tensen buat keje
ehem~ kacak ke..? hahhaa
best... terasa di hati... rindunya pada DIA
Post a Comment