Followers

Tuesday, April 12, 2011

hepi besday ayah!

ayaaahhh hepi besdaayy!!!

sayang ayah!! sayang sangat2 muaaahhh200xx!!

hepi bape eyh umo ayah..sat adik nak tolak hahah!! 2011-1959= 52!

alamak ayah da 52!! adik x keje lagi..macam mana nak balas jasa ayah ni huhu..

ayah doakan adik lulus dengan cemerlang dunia akhirat..eyh2 napa ayah nak wish adik plak..ini sudah terbalik! haha

so sempena hari jadi ayah..adik tujukan lagu ini kat ayah...tp tujukan lirikla..nak nyanyi takut ayah sakit jantung plop hehe...


"biar"

mata tua yang memandang aku itu--

bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

k.fynn yang reka kan lagu ni..tapi adik nak tujukan lagu ni untuk ayah jugak~

terima kasih Allah..kerana membenarkan aku menatap mata ayahku lagi~

3 comments:

beautiful_rose said...

selamat ulang tahun juga utk ayah kau.moga panjang umur murah rezeki dan hidup lebih diberkati ALLAH hendaknya...ameen.

Aleen Aiden said...

eh,muda lagi ayah kamoo.baru 52.hee
hepi beday pakcik!

Arm_mj said...

rose: tenkiu=)

aleen:- muda ke..? hahaa tenki bg pihak haha =P