Followers

Tuesday, April 5, 2011

thesis obsession

ok arm gile thesis...

tolong jangan gelak..sebab BM berterabur (sila baca dengan muka sirius) haha


PERBEZAAN KUALITI AIR MATA DENGAN DAN TANPA KANTA SENTUH LEMBUT ANTARA PEROKOK DAN BUKAN PEROKOK

          Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kualiti air mata dengan dan tanpa kanta sentuh lembut dan untuk mebandingkan kualiti air mata dengan kanta sentuh lembut antara perokok dan bukan perokok.  Kualiti air mata yang bagus serta cukup menjamin keberjayaan serta keselesaan pemakai kanta sentuh lembut. Kajian ini mengkaji kualiti air mata dengan mengukur kadar pengewapan air mata “Non-Invasive Tear Break up Time” (NIBUT) dan kadar pengeluaran air mata (ujian Schirmer). Selepas ujian saringan untuk keadaan bahagian depan mata, senarai soalan Mc Monnies diedarkan. Kemudian  ujian NIBUT dijalankan. Jika subjek melepasi kesemua ujian di atas, teruskan dengan ujian Schirmer dan pemakaian kanta sentuh lembut. Selepas 2 jam memakai kanta sentuh lembut, kualiti air mata akan diukur kembali dengan kanta sentuh. Terdapat 20 subjek di mana 10 daripadanya adalah kumpulan perokok dan 10 lagi adalah kumpulan bukan perokok. Keputusannya adalah, dalam kumpulan bukan perokok, ujian NIBUT dengan kanta sentuh (M=14.8, SD=2.4) dan tanpa kanta sentuh (M=22.7, SD=5.7); t (19) = 6.3,p  < 0.001. Dalam ujian Schirmer, skor dengan kanta sentuh  (M=25.3, SD=9.9) dan tanpa kanta sentuh (M=32.6, SD=3.1); t (19) = 4.6, p < 0.001. Dalam kumpulan perokok,  skor ujian NIBUT dengan kanta sentuh  (M=5.8, SD=1.4) dan tanpa kanta sentuh (M=16.2, SD=5.8); t (19) = 8.1, p < 0.001. Dalam ujian Schirmer, skor dengan kanta sentuh (M=29.5, SD=5.4) dan tanpa kanta sentuh (M=32.7, SD=2.8); t (19) = 3.2, p =0.005. Semua skor menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan. Keputusan ini menunujukkan min kualiti air mata tanpa kanta sentuh adalah lebih tinggi daripada dengan kanta sentuh dalam kedua-dua kumpulan. Rumus uji  T dua sampel independen digunakan untuk menganalisa perbezaan min antara kualiti air mata antara perokok dan bukan perokok dengan kanta sentuh. Menggunakan ujian NIBUT, perbezaan min (M=9.05) antara kumpulan perokok dan bukan perokok adalah signifikan di mana min kumpulan bukan perokok adalah lebih tinggi (M=14.8) jika dibandingkan dengan min kumpulan perokok (M=5.8) yang mana mencadangkan bahawa merokok boleh menjejaskan kualiti air mata. Dalam ujian Schirmer, perbezaan antara dua kumpulan ini adalah tidak signifikan. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang siginifikan dalam kualiti air mata di antara dengan dan tanpa kanta sentuh dan merokok boleh menjejaskan kualiti air mata dengan meningkatkan kadar pengewapan air mata tetapi tidak menjejaskan lakrimal sistem.   

p/s: ase nak lempang diri sendiri sebab terlampau bz!

No comments: