The Little Mermaid, ingat tak cerita ini? kisah cinta yang sia-sia. Si duyung ni memilih menjadi buih untuk bersama kekasihnya walau sementara. Bahagia sebentar, bersama sebentar walau tanpa bicara hanya senyuman penghubung jiwa. Akhirnya si duyung hilang dalam konflik jiwa.
Kisah Zainab puteri Rasullullah. Kisah cinta dua agama. Agama jadi pilihan, kekasih hati ditinggalkan walau jiwa menjerit mahu bersama. Perintah ayah, jua Allah menjadi utama. Walau tidak sempat bersama di dunia, walau keseorangan di tinggal keluarga, walau rindu pada si buah hati, hanya pada Allah hati dipautkan. Akhirnya bersatu dalam syurga.
Cinta aku pada manusia. Pada Allah aku sandarkan. Ingin menjadi si mermaid aku tidak mahu. Hilang dalam cinta yang tiada penghujung, menjadi buih tanpa sempat mengutar cara, hanya mampu melihat si cinta tanpa kata bicara. Menjadi Zainab puteri Rasullullah aku tidak mampu. Iman ku bagai buih dilautan, hanyut di bawa ombak, kadang-kadang hilang, kadang-kadang wujud. Jangan di uji cinta aku begini Tuhan, kerana aku tahu aku tidak mampu.
Tuhan, bentukan cinta aku sesuci cinta Muti'ah. siapa Muti'ah? wanita pertama yang masuk syurga, yang memimpin tali kuda Fatimah r.a ke syurga. Mengapa dia? kerana ketaatannya pada suami dan Tuhan.
Ya, Rahman, kurniakan aku suami soleh, yang mampu membimbing aku dalam kesabaran, kerana aku tulang bengkok yang amat rapuh. Aku tidak mahu patah jua aku tidak mahu kekal bengkok.
=)
p/s: i"ll be blogwalking kat page korang nanti eyh, ketidak cukupan masa..hee busy mengemas.
p/s: Pujukan hati ku yang sedang rawan. Kerana apabila dalam kesakitan, aku semakin diam, aku semkain pendam, akhirnya luka itu menjadi barah. Ada sesuatu yang kadang-kadang terasa macam nak share sangat, tapi x boleh. Why i'm always keep hurting myself like this.Poor my heart, I'm sorry
1 comment:
ameen...=)
Post a Comment