Followers

Thursday, April 7, 2011

warkah rindu buat ayah dan ibu

pada mata tua yg redup memandang
pada kedut penuh sayang..
pada lembutnya belaian..
pada santunnya gurauan..

pada jelingan yang tajam
pada teguran yang mendalam
pada cubitan yang seram
pada sinaran yang x pernah kelam

sungguh aku rindu
pada dia kupanggil ayah dan ibu
pada suara yang lunak merdu
menuntun nasihat tanpa jemu
membimbing tangan kecilku..
sehingga kini menjadi aku..
yang patuh pada pencipta ku
kerana rahmat-NYA
aku masih mampu merindu

sumpah aku rindu
terlampau rindu
tidur dalam dakapan syahdu
penuh rasa dilindungi ayah ibu

ucapan sayang ku hulur..
sayang tidak berpenamat..
rindu menjalar tiada penat..
tanpa sebab..
tiada alasan
kerana sayang yang terpahat
xkan lekang tiada tamat

3 comments:

beautiful_rose said...

aku pun rindu juga........

Arm_mj said...

rose..huhu nk balik~

Bidadari Syurga said...

callah kalau rindu... kalau tak hilang gak... balik jenguk dorang yeak...