Followers

Saturday, April 30, 2011

The little mermaid


The Little Mermaid, ingat tak cerita ini? kisah cinta yang sia-sia. Si duyung ni memilih menjadi buih untuk bersama kekasihnya walau sementara. Bahagia sebentar, bersama sebentar walau tanpa bicara hanya senyuman penghubung jiwa. Akhirnya si duyung hilang dalam konflik jiwa.

Kisah Zainab puteri Rasullullah. Kisah cinta dua agama. Agama jadi pilihan, kekasih hati ditinggalkan walau jiwa menjerit mahu bersama. Perintah ayah, jua Allah menjadi utama. Walau tidak sempat bersama di dunia, walau keseorangan di tinggal keluarga, walau rindu pada si buah hati, hanya pada Allah hati dipautkan. Akhirnya bersatu dalam syurga. 

Cinta aku pada manusia. Pada Allah aku sandarkan. Ingin menjadi si mermaid aku tidak mahu. Hilang dalam cinta yang tiada penghujung, menjadi buih tanpa sempat mengutar cara, hanya mampu melihat si cinta tanpa kata bicara. Menjadi Zainab puteri Rasullullah aku tidak mampu. Iman ku bagai buih dilautan, hanyut di bawa ombak, kadang-kadang hilang, kadang-kadang wujud. Jangan di uji cinta aku begini Tuhan, kerana aku tahu aku tidak mampu.

Tuhan, bentukan cinta aku sesuci cinta Muti'ah. siapa Muti'ah? wanita pertama yang masuk syurga, yang memimpin tali kuda Fatimah r.a ke syurga. Mengapa dia? kerana ketaatannya pada suami dan Tuhan.

Ya, Rahman, kurniakan aku suami soleh, yang mampu membimbing aku dalam kesabaran, kerana aku tulang bengkok yang amat rapuh. Aku tidak mahu patah jua aku tidak mahu kekal bengkok.

=) 

p/s: i"ll be blogwalking kat page korang nanti eyh, ketidak cukupan masa..hee busy mengemas.

p/s: Pujukan hati ku yang sedang rawan. Kerana apabila dalam kesakitan, aku semakin diam, aku semkain pendam, akhirnya luka itu menjadi barah. Ada sesuatu yang kadang-kadang terasa macam nak share sangat, tapi x boleh. Why i'm always keep hurting myself like this.Poor my heart, I'm sorry

Thursday, April 28, 2011

sweet..

sejak minggu peperiksaan.
sebab hari-hari mengadap sahabat-sahabat yang bakal ditinggalkan
almaklumla 7 hari back to back ataupun orang melayu cakap belakang untuk belakang (yeke?) hahaha
maka aku terjadi sweet
pukul 615 pagi aku dah ajak kawan-kawan aku makan pagi
SMS lagi

"geng, jom kol 7 bekfas ok! aku lapo"


 ok aku terasa aku sweet

::sabar la::

Tuesday, April 26, 2011

wanita solehah

kenapa ya, tahu ilmu tetapi tidak di amalkan..?

kenapa ya, mahu semahu-mahunya menjadi wanita solehah, tetapi selalu terpedaya dengan pesona dunia..

kenapa ya, lemahnya iman..

kenapa aku menjadi begini..

sedih..

Allah, bentukkanlah hatiku kembali mendekati MU, supaya aku hanya mampu mencintai-MU, dan segalan-galanya bersandar pada MU~

sedih~


aku ingin jadi wanita solehah, aku ingin menjadi secantik hiasan dunia serta aku ingin menjadi bidadari yang menghiasi syurga

Sunday, April 24, 2011

bertenang dan masih perlu bertenang

assalamualaikum...

Aku masih mahu menulis, meluahkan rasa yang mencekam dada. Biarlah sibuk dihantui minggu peperiksaan yang menggila. Perperiksaan, ketakutan yang melanda, debaran yang terasa serta perasan dihantui dengan jawapan-jawapan bodoh ku masih terasa. Ah, tiba-tiba aku terasa kerdil, pada usaha yang aku lakukan dan pada rahmat Tuhan ku yang melimpah ruah.

"Allah melapangkan rezeki bagi orang yang dia kehendaki di antara hamba-hamba-NYA dan Dia pula membatasi baginya. Sungguh Allah yang maha mengetahui segala sesuatu." Al-`Ankabut;62


Percaya atau tidak usaha aku jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain amatlah minima, cuma aku berdoa, hee tipikal tipulah semata doa. Sungguh aku bersusaha kemudian bertwakkal tidak salahkan?

Ditemukankan dengan 2 orang examiner baik serta pesakit yang tidak mempunyai masalah yang besar adalah rahmat Allah yang sungguh mempermudahkan jalan ku. Cukup Allah tidak membekukan lidahku ketika ujian lisan serta memberiku ilham sungguh aku begitu bersyukur. Walau ada soalan yang dian tidak berjawab namun Allah menenangkan hati aku. Masih mampu tidur tanpa tangisan, masih mampu membaca ayat-ayat cinta yang Nabi ku tinggalkan. Ah, untung sungguh aku bernama muslim.

Tenang, ya perlu bertenang,

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui."Al-`Ankabut;41

Allah menenangkan aku, Allhamdulillah berjaya mengawal emosi walau jantung laju bergerak menjadi seolah-olah begitu tenang dan yakin sedangkan perasaan sedang bergolak hebat, bagai Tsunami melanda Jepun. Apa yang perlu aku takutkan, mereka juga manusia, juga hamba Tuhan ku serta Tuhan mereka. Aku meminta pada Tuhan ku, Ya Allah tenangkan lah aku, kerana aku hanya di uji oleh hamba-MU, yang hatinya dipegang oleh MU maka Engkau tenangkanlah hati mereka dan permudahkan lah urusan ku. Bukankah Tuhanku Allah itu maha memberi.

Dan izikan aku, berkongsi ayat penenang dengan kamu. Semoga apa jua keputusan selepas ini aku masih mampu bertenang

Al-Insyirah:-

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1. bukakah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad?).
2. dan Kami telahpun menurunkan beban dari mu.
3.yang memberatkan punggungmu.
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
8.dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


nota kecil: Subhanallah, sungguh banyak mentera penenang yang indah. Akan ku kongsikan di lain hari InsyaAllah =)

Friday, April 22, 2011

minggu yang tough

Assalamualaikum...=)

dan ingatkah kamu, pada kisah Nabi Sulaiman..? Raja paling kaya yang mempunyai kerajaan paling besar..dan masih tunduk dan patuh pada Tuhan-Nya..dan siapalah kita yang membelakangkan Tuhan kita saat hari-hari sibuk kita..kerajaan pon tidak ada..dan ingatlah..dunia hanya sementara..

dalam surah An-Naml..ade dikisahkah kisah nabi Sulaiman yang dikurniakan mukjizat memahami bicara binatang, maka saat Sulaiman dan tenteranya sedang mara bergerak, maka Nabi Sulaiman mendengar bicara sang semut yang mengarahkan sahabat-sahabatnya menyelamatkan diri kerana takut di pijak oleh tentera-tentera nabi Sulaiman..

maka Sulaiman tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa,

 "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang solehAn-Naml;19

ayat ni pengubat luka di hati..ya aku patut bersyukur..bersyukur kerana masih mampu bernafas, bersyukur kerana masih sihat melangkah...bersyukur kerana aku tabah dalam ujian ini...

ahh tough giler...memang mampu menitis kan air mata la..bila bukak buku kanski! oh no~ too much!!! den crying huhu..(owh am manjalitis!)..no its not manja..I'm just upset x sempat nak baca..poor am..but..everything going smoothly..kot* hehe be positive~ I've 5 more to go..go!go!go!

this is wut my kanski look like..It had 931 pages overall huhu

note: Remember..ape yang Allah beri..adalah yang paling baik buat kamu!

quote of d day =)

my dear friend gave it to me..


Dear my sweetest friend,


Trust your heart don't be afraid to reach out to something new.Go ahead get yor hopes up even if things turns out differently than you have imagined.You will have tried,you will have learned,you never have to live with regrets.It seems to me what wears us down the most in life aren't the chances we take but the ones we don't take,the dreams we put aside,the adventure we push away.So what ever you want in life go for it an always remember no-matter what trust your heart.

tenkiu..=) 

its hard..n its really hard for these few days...(T_T)


Tuesday, April 19, 2011

dan segalanya bermula..


Subhanallah..sedar x sedar..da hampir 4 tahun melangkah dalam bidang optometri..dan segala-gala nya akan bermula esok..segala ilmu yang telah di ajar dari sem 1 akan di uji pada esok hari..

Ya Allah semoga engkau permudahkan untuk kami jalan yang telah kami pilih..Ya Allah..sesungguhnya kejayaan adalah milikMu maka pinjamkanlah sedikit kejayaan Mu untuk kami berjaya di dunia dan akhirat..

berdebar..

ya sungguh perasaan yang tidak boleh di describekan..macam-macam bermain dalam kepala (sampai demam!) kes apa yang akan dapat esok, patient bagaimana, examiner bagaimana..ahhh..

tetapi kita lupa..
itu hanya ujian dunia..yang mana jika gagal (nauzubillah) dapat di ulang kembali..

bukankah hari-hari yang mendatang adalah ujian dari Allah..pernahkah terasa gentar..bagaimana hari ini..luluskah kita..?atau tesedar kita gagal bila mana di bangkitkan kembali dalam lubang2 neraka..maka saat itu tiada repeat, atau minta di hidupkan semula..

Ya Allah..ku pohon padamu, jangan Engkau bebankan kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima..pada Engkau kami mengadu..sungguh tiada tempat lain untuk kami bergantung, untuk kami pinta permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Memang kami akui kami hamba yang lalai..bukankah pintu ke ampunanMu luas, bukankah jika kami merangkak menghampiri-Mu engkau datang mendakap kami..Ya Allah jangan Engkau hilangkan hidayah yang telah Engkau beri kepada kami..


untuk semua teman seperjuangan..ingatlah ini ujian dunia, pinta lah pada Allah..kerana kita hanyalah hamba yang lemah..

semoga Allah memberi kejayaan pada kita semua..

Aminnn~

Monday, April 18, 2011

gud nite!


amaran awal:- entry ini berunsur gedik kerana ada unsur2 nak demam dan kurang perhatian + mode exam


awak..saya nak tidur..

tidurla..

wish gud nite..??

hurmm..saya x nak wish awak..

sebab..

sebab, saya x nak manjakan awak..nanti bila saya tiada macam mana..??

*merajuk*

hahaha ok mengong kan..wish gudnite pon nak mintak..

awak..satu hari nanti awak akan pergi..pergi jauh dari saya..entah bila tiba hari itu, awak masih ingat saya ataupun tidak..entah bila tiba hari itu bila kita selisih awak masih tegur saya atau tidak..entah bila tiba hari itu saya masih bernafas atau tidak..

awak..biarlah awak pergi..pada satu hari yang tak pasti..tetapi apalah kiranya awak membantu saya, mewarnakan kanvas kenangan kita..supaya apabila awak pergi, saya masih ada kenangan awak..biar awak lupakan saya..biar awak buang saya..biar saya bersama yang lain..saya mahu simpan kenangan kita..

kerana







 awak kenangan terindah


p/s: bukan kesah benar.

p/ss: mode mngantuk tapi nak orang wish gudnite! hahaha


p/sss: GUD NITE!

am dan jila

http://www.cute-smiley.com ini jila..sebab dia bulat....http://www.cute-smiley.com ini am sebab comel~



  arm.

http://www.cute-smiley.comye jilla...?
.

http://www.cute-smiley.comkitaorg nak interbiu ko..sal blog ko..


http://www.cute-smiley.comeyh..

http://www.cute-smiley.comkitaorg baca sumer ko nye entry..

http://www.cute-smiley.comeyh.....

http://www.cute-smiley.comnak tahu tuh sape..??

http://www.cute-smiley.comeyh..

aku x nak jawab!! sapa suh korang baca muahahahaha..taw x..sangat malu bila hosmate bace blog aku!http://www.cute-smiley.com

kalo nak baca pon..jangan bagi taw~ huhu http://www.cute-smiley.com

kantoi sudah~http://www.cute-smiley.com

Sunday, April 17, 2011

suntuk..sungguh!



tiba-tiba..

dia menyedarkan aku..

masa aku dan dia semakin suntuk..

dia akan pergi dari aku..

S.E.N.T.A.P!


(owh no soooooo sad!=(T_____T)= )


monolog 2 tentang cinta

"hati, siapa nama yang terpahat di dadamu..?? jauh ke dalam, kabur tetapi sirnanya silau"

entah, aku tidak tahu, sejak bila, mengapa, dan siapa..sungguh aku tidak tahu..tanyalah pada mata..dia pernah melihat..


"duhai mata, siapakah dia..?"

aku tidak tahu..aku pernah melihatnya pertama kali 2 setengah ataupun 3 tahun yang lampau..kemudian selepas beberapa tahun aku melihatnya kembali..aku tidak tahu apa keistimewaannya sehingga gambaran wajahnya melekap di retina..namanya kukuh terpahat di hati...walau cuba ditanam jauh ke dalam..namun sinarnya tidak pudar pada pemilik ku..ahh cuba kamu tanyakan pada jantung..pada degupannya setiap kali mata bertentang..

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)"

"duhai jantung. ingin aku bertanya..bagaimana keadaan mu..sejak tuan kita mula memahat nama seseorang di hatinya..?"

aku sakit sekali..degupanku sudah tidak berirama..setiap kali aku terpandang matanya, walau jarang sekali..rentakku lari, sesekali ia seakan terhenti, acap kali ketika tuan ku cemburu tidak menentu terasa tulang-tulang rusukku menghimpit erat jasadku..


duhai, akal..terjemahkan ini..apekah rasa ini..

duhai hati, mata,  dan jantung..tahukah kamu inilah cinta..cinta itu datangnya dari banyak faktor.biarlah iman berbicara..kerana kata-kata iman itu penyelamat kamu..untuk hati..sedaya aku menjaga kamu..kerana dengan menjaga kamu.aku berharap agar imanku turut terpelihara..

bicara iman..

tenanglah sahabat..cinta itu lumrah, cinta itu fitrah..tetapi dengan cinta kamu bisa binasa atau kamu bisa bahagia..lalukanlah cinta kamu berpaksikan Allah..bukankah telah aku ingatkan kamu berkali-kali..cinta Allah itu selama-lamanya..tanpa luka, tanpa kecewa..namun kamu manusia biasa..yang punya cinta pada manusia jua..maka telah Allah gariskan pada kamu garisan-garisan cinta yang tak patut kamu langgar..ikatlah cinta kamu pada satu ikatan sah..supaya hati kamu terjaga, supaya aku iman..kukuh di hati kamu..kerana aku jua pinjaman dari Allah.berharaplah kamu supaya aku tidak pergi..tanpa aku..kamu pasti binasa..

duhai sahabat..


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: 

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]


aku pohon pada kamu..ingatlah..dalam setiap air mata, dalam setiap kesedihan..telah Allah aturkan pada kamu kebahagiaan yang tidak mampu kamu impikan..cuma pada kamu aku harapkan..janganlah kamu putus asa pada Allah..tanpa kasih sayng serta rahmat Allah..kamu bukan siapa2..di langit, di bumu dan di alam semesta..duhai hati..cukup2lah kesedihan kamu..tenanglah kamu dalam zikir-zikirmu..

berharaplah..seandainya sungguh dia milikmu..temukan dia dan kamu dalam satu ikatan..semoga antara kamu bahagia dalam kasih sayang Allah..=)

Lee Hyori Don't Love Her (Eng-Sub)

merindu kepastian




by art fazil =)

Saturday, April 16, 2011

just another entry

i'm going to crack. i'm going to burst. 
i hate how you can do this to me by doing nothing at all 




i'm okay, or at least, i will be. 
you'll just be another story i tell of a time where i was just a stupid girl 

love is like grass. if you fall on it, it may leave a stain and some temporary pain.
but you’ll get over the pain, it will eventually stop hurting. now maybe the stain 
ruined your favorite pair of jeans, or maybe it was nothing special that was ruined, 
but either way the stain remains there. and with time, it will begin to fade, but it will
always be there, a permanent reminder that you, once fell


-end-

Be with me..


*miss me when i'm not with u one day*


I just want to be somebody. That u'll remember n appreciate each second..


I don't want to be a memory that u'll remember sometimes n forget when u don't need me anymore..


I want u to read and comment everything I wrote. Even i know everything that i had wrote were nonsense..


I know that I had no talent. I know that I'm stupid enough. I know that I'm not perfect. I know everything that when it comes to describe my self it was awful enough...

I know it's hurt when I'm comparing myself with her that incomparable. That she's perfect enough. But i can't stop comparing. Did u understand that..?

Did u know? When I'm reading her blog. When I see u "there"... I'm hurt. I felt small. I felt stupid..


:: When everything happen, either laugh or cry, I just want u 2 be there with me:: Is't hard..? Am I too selfish..?am I too greed..?


Owh Allah..please..give me strength. I'm not strong enough. Shamed on myself~


p/s: to "u" that had stolen my heart silently. Please return it safely..=)


bcoz i noe..dat i cant make u happy as she does..bcoz i cant make u fall in love like she does..n bcoz i'm not as perfect as her..lets just bury this feeling deep down~


Friday, April 15, 2011

jauh

aku cuba melangkah jauh..






sejauh-jauhnya dari kamu..

kerana semakin dekat..aku semakin terluka..

tapi aku tidak tahu..aku mampu atau tidak..

dan aku semakin terluka..
aku mahu pergi jauh..



::maaf kerana aku tidak kuat::

Thursday, April 14, 2011

sisa-sisa

masih mengerah sisa-sisa tenaga yang sedikit..entah cukup entah tidak..



::Tuhan aku perlukan keajaiban::

Wednesday, April 13, 2011

lucky ke..?

Assalamualaikum n hai readers!!

(ok fine! kata nak puasa blog~ tapi ko nulis gak kan..sbb saya rasa tertekan kalo x tulis blog~p/s:: esok kne antar thesis muahahahhaa)


bercakap tentang lucky! anda rasa anda bertuah..?? haaa haaa jawab2...??

apa lagi yang membuatkan anda berpikir anda tidak bertuah jika lahirnya anda dalam nikmat iman dan islam Alhamdullilah (^_^) (ayat skema!)

entry ni saya tujukan kepada kawan yang bertanyakan soalan ni..(x sempat jawab sebab tertido ngeh2)

ada kawan tanya..am..am rasa am bertuah x..?

sebab..?

am ada kereta time am belajar..

Allhamdulillah, sebenarnya tak pernah terpikir akan ada kereta time belajar sebab saya bukanlah dari kalangan orang berada..kami cukup sederhana hidup dengan apa yang ada..lagipun kereta tuh ayah punya..saya cuma pinjam..am sekarang ni masih tak punya apa2..kosong..saya sama seperti kamu..seorang pelajar yang miskin huhu tapi kamu kaya muahahah!

am nak grad da...

nak laa awak ..bukan da grad..boleh jadi x jadi grad waaa sedey gile! awak pon akan grad..oberc lagi.am belaja kat Malaysia je..am x pndai mcam awak..awak lagi bertuah sebab awak boleh jalan2 kat negara orang..am kat negara sendiri pon x abes jalan lagi..cuma masa cepat atau lambat je..kan awak kan..(am jeles kat awak! serius!) 

P/s: awak siap boleh cuci mata time summer lagi! haha

am ramai kawan

awak..am rasa bertuah sangat part ni..sebab am ada awak sebagai kawan am..walopon kadang2 kite ni memang cakap mcam masing2 nak kene pelempang..tapi kita tetap chill kan..part ni je am rasa bertuah dari awak..sebab awak malang dapt kawan mcam am...ngeh2..

untuk kawan2 am yang lain..terima kasih menjadi warna-warna dalam hidup am..terima kasih sangat2..walaupon am ni memang stok kawan2 yang memang ase boleh campak dalam longkang..almaklumla..boleh lupa muke orang..orang yang kenal am..tp makna kata am ni meninggalkan kesan yang mendalam kat setiap orang yang am jumpe la..gittuuuu la kan..(perasan!) hahaha

untuk awak..

walaupon awak rasa arm cukup bertuah..n cukup bertuah jadik arm...tapi arm rasa awak double triple bertuah dari arm..sebab..awak ade arm..kawan paling baik (sebenarnya awak malang ade arm! =P)..awak juga ada dia..sebagai bidadari hati awak..tapi am takde sape2 untuk menghiasi hati saya (kalo ade pon kne reject kot! haha) awak boleh jaln2 kat oversea..walau awak xde kereta..arm ada kereta tapi saya x smapai chech republik lagi!..awak jugak akan grad..lagi tinggi dari arm sebab awak grad kt oversea (walopon sama je sebenarnya)..kan awak..

walaupon macam tuh..awak membuatkan arm rasa bertuah dari awak..sebab am ade awak sebagai kawan..dan am x mampu jadi kawan sebaik awak..maaf di situ =P






::p/s: macam mana ..? korang rasa korang bertuah ke..?? bersyukur dengan apa yg ada la weyh! -->pesanan untuk diri sendiri..::

Tuesday, April 12, 2011

hepi besday ayah!

ayaaahhh hepi besdaayy!!!

sayang ayah!! sayang sangat2 muaaahhh200xx!!

hepi bape eyh umo ayah..sat adik nak tolak hahah!! 2011-1959= 52!

alamak ayah da 52!! adik x keje lagi..macam mana nak balas jasa ayah ni huhu..

ayah doakan adik lulus dengan cemerlang dunia akhirat..eyh2 napa ayah nak wish adik plak..ini sudah terbalik! haha

so sempena hari jadi ayah..adik tujukan lagu ini kat ayah...tp tujukan lirikla..nak nyanyi takut ayah sakit jantung plop hehe...


"biar"

mata tua yang memandang aku itu--

bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

k.fynn yang reka kan lagu ni..tapi adik nak tujukan lagu ni untuk ayah jugak~

terima kasih Allah..kerana membenarkan aku menatap mata ayahku lagi~

hectic schedule

dear blogger, my blog,  my readers n my silent readers (ecece budget mcam bnyk ngat je orang bace blog ko kan..=P)

disini saya akan berpuasa dari berblog, hingga kembali tenang due to hectic schedule..doakan saya dalam menempuh hari2 yang penuh ujian serta cabaran..tenkiu

mode:arm POYO~


Sunday, April 10, 2011

get well soon =)


untuk kamu:

"It isn't always easy, but when you're not feeling well... hope it helps to know others are thinking of you... and hoping that you'll be better very soon. Take good care of yourself. Get well soon". 

dari saya yang bukan siapa-siapa~


apekah..? senget sungguh


http://www.cute-smiley.com
sedang dia syok cerita2...tibe2 aku jeles..

http://www.cute-smiley.com

sebab dia x nampak nanges senyap2..

http://www.cute-smiley.com

die citer lagi...

http://www.cute-smiley.com

sh*t! aku ase down giler..

http://www.cute-smiley.com

cop! dia terperasan..tnya..am ok x..?

http://www.cute-smiley.com

alamak..dia perasan!!

*senyap*

http://www.cute-smiley.com
owh am ok je,,chillll~

tapi dalam hati..rasa macam nak lari jauh2

http://www.cute-smiley.com

-tamat-

apekah cik arm..??jeles apekah..? kata da terima..stop crying..u are an adult now..demmit aku taching plak!


Saturday, April 9, 2011

bahagia melihat orang lain bahagia

assalamualaikum..

tiba2 tergerak rasa nak tulis mende ni..

bahagia melihat orang lain bahagia..walau diri hebat dirundung gelita..

atau

saya nak jugak dia..nak jugaaaaaakkkk..x kire gune bomoh ke..doktor ke..hape ke..NAKK JUGAKKK (sambil guling2)

arm tak tahu berapa lagi orang macam ni yang wujud..dalam dunia yang selfish ni..sanggup orang buat macam2 mengambil kesempatan atas kesimpitan..siapa yang mahu melabur dalam pelaburan yang tidak menguntungkankan diri nya sendiri kan..hurmm..macam mana nak mulakan situasi ini ye..tak tahu nk bagi contoh macam mana..

1st situation:-

seperti kalau kita minat seseorang..kemudian orang yang kita minat tuh da ada someone..n kita tahu yang dia dan someone ni ada konflik..dan kita yang sememangnya rapat ngan dia..cuba mengambil kesempatan atas kesempitan dan akhirnya kita dan dia bersama selepas berusaha nak pisahkan dia..adil x.?

tapi..berapa ramai orang yang snggup buat macam ni..

2nd situation:-

kita tahu dia sayang someone..dalam masa yang sama kita sayang dia..walau dia rapat ngan kita..tapi kita sentiasa nasihatkan dia supaya still ngan org tuh sebab kita tahu dia bahagia lagi dengan orang tuh dari ngan kita..dan akhirnya kita sedih sorang2 after dia happily ever after...adil x..??

adil tuh apa..?

adil tuh meletakkan sesuatu pada tempatnya..seperti lawan adil, zalim iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..

owh  untuk 2nd situation tuh boleh dianggap orang tuh bodoh dan bebal tak..kerana x reti nak ambil kesempatan dan konon2 budget macam baik hati sangat..owh saya x tahu nak cakap orang macam ni sebagai ape..

tapi yang pasti..saya percaya..dan orang yang second itu juga percaya..bahawa apa yang Allah kurniakan itu adalah memang yang paling baik.......sedih atau tidak tuh kemudian kira..bukankah hidup kita penuh warna warni..hitam itu juga adalah warna..jika warna hitam itu di hias..ia juga akan indah kan..?jadi hiasi warna2 kesedihan dengan hiasan yang menggembirakan..

owh am apekah ko merepek..?

-tamat-

Thursday, April 7, 2011

warkah rindu buat ayah dan ibu

pada mata tua yg redup memandang
pada kedut penuh sayang..
pada lembutnya belaian..
pada santunnya gurauan..

pada jelingan yang tajam
pada teguran yang mendalam
pada cubitan yang seram
pada sinaran yang x pernah kelam

sungguh aku rindu
pada dia kupanggil ayah dan ibu
pada suara yang lunak merdu
menuntun nasihat tanpa jemu
membimbing tangan kecilku..
sehingga kini menjadi aku..
yang patuh pada pencipta ku
kerana rahmat-NYA
aku masih mampu merindu

sumpah aku rindu
terlampau rindu
tidur dalam dakapan syahdu
penuh rasa dilindungi ayah ibu

ucapan sayang ku hulur..
sayang tidak berpenamat..
rindu menjalar tiada penat..
tanpa sebab..
tiada alasan
kerana sayang yang terpahat
xkan lekang tiada tamat

Wednesday, April 6, 2011

telur ayam pon di tiru..?



"erkkk ni haku bengang ni! telur aku pon ade orang nak cetak rompak!" marah puan ayam


maka persatuan rukun tetangga menjalankan mesyuarat tergempar..setelah mengatahui hak asasi mereka dicabul..ditambah dengan beberapa ekor puan ayam yang trauma kerana telur mereka telah dicabul hak asasinya..walaupon pada hakikatnya anak2 mereka pasti selamat.cuma mereka telah kehilangan kerja,,maka nanti hilanglah perkataan "mak ayam" oleh itu..mereka telah mengeluarkan gambar di bawah..supaya pihak pembeli boleh menilai..pilihlah yang original kata ibu2 ayam ini..



baca kat SINI

-tamat-

Tuesday, April 5, 2011

warkah rindu..

izinkan aku..mencuri sedikit masa..dalam kepenatan serta keemoan mengejar ilmu..izinkan aku melayangkan warkah rindu ini..dari hati ke hati..

aku tak tahu mengapa..
tinta rindu ini datang menjelma..
aku tidak pernah menyapa..
apatah lagi meminta..
melorekkan warna-warna indah..
pada lukisan ku panggil cinta..

pada kanvas yang tiada..
tinta ini gila meluah sisa..
dengan dakwat yg sentiasa ada..
walau selaut air mata
cuba menjadi penghapus rasa
tetapi warna2 rinduku semakin gila..

ku kurungkan rindu..
dalam kurungan baldu
ku harap agar pada rinduku
tiada datang sendu tiada datang syahdu..
namun hakikat rindu itu..
penuh dusta berkalang pilu..

dan..
walau dipisah laut biru
walau dipisah awan sendu
aku masih melorek cerita rindu
pada kamu 
yang sedang merindu
tapi pasti..org itu bukan aku..
dan aku..
terus melakar cinta itu
sedang cintamu utuh dan jitu
pada si dia srikandi yang satu

kamu tahu..begitu jua aku..
yang takut pada hakikat nyata
ku ingin kamu jadi perwira
yang setia gagah perkasa
biarkan aku sendiri melakar
pada kanvas yang tiada makna
cerita aku dan cerita kamu
cerita senduku
biar tinta indah itu bertukar warna
dari titisan2 pelangi indah
menjadi titisan2 darah
kerana cerita ini tiada sudah

Tuhan hukum aku.
kerana melingkar rindu
tanpa restu..

p/s: izinkan hati aku menjadi gagah perkasa.kerana aku tak mampu menanggung kesakitan rindu itu.

thesis obsession

ok arm gile thesis...

tolong jangan gelak..sebab BM berterabur (sila baca dengan muka sirius) haha


PERBEZAAN KUALITI AIR MATA DENGAN DAN TANPA KANTA SENTUH LEMBUT ANTARA PEROKOK DAN BUKAN PEROKOK

          Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kualiti air mata dengan dan tanpa kanta sentuh lembut dan untuk mebandingkan kualiti air mata dengan kanta sentuh lembut antara perokok dan bukan perokok.  Kualiti air mata yang bagus serta cukup menjamin keberjayaan serta keselesaan pemakai kanta sentuh lembut. Kajian ini mengkaji kualiti air mata dengan mengukur kadar pengewapan air mata “Non-Invasive Tear Break up Time” (NIBUT) dan kadar pengeluaran air mata (ujian Schirmer). Selepas ujian saringan untuk keadaan bahagian depan mata, senarai soalan Mc Monnies diedarkan. Kemudian  ujian NIBUT dijalankan. Jika subjek melepasi kesemua ujian di atas, teruskan dengan ujian Schirmer dan pemakaian kanta sentuh lembut. Selepas 2 jam memakai kanta sentuh lembut, kualiti air mata akan diukur kembali dengan kanta sentuh. Terdapat 20 subjek di mana 10 daripadanya adalah kumpulan perokok dan 10 lagi adalah kumpulan bukan perokok. Keputusannya adalah, dalam kumpulan bukan perokok, ujian NIBUT dengan kanta sentuh (M=14.8, SD=2.4) dan tanpa kanta sentuh (M=22.7, SD=5.7); t (19) = 6.3,p  < 0.001. Dalam ujian Schirmer, skor dengan kanta sentuh  (M=25.3, SD=9.9) dan tanpa kanta sentuh (M=32.6, SD=3.1); t (19) = 4.6, p < 0.001. Dalam kumpulan perokok,  skor ujian NIBUT dengan kanta sentuh  (M=5.8, SD=1.4) dan tanpa kanta sentuh (M=16.2, SD=5.8); t (19) = 8.1, p < 0.001. Dalam ujian Schirmer, skor dengan kanta sentuh (M=29.5, SD=5.4) dan tanpa kanta sentuh (M=32.7, SD=2.8); t (19) = 3.2, p =0.005. Semua skor menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan. Keputusan ini menunujukkan min kualiti air mata tanpa kanta sentuh adalah lebih tinggi daripada dengan kanta sentuh dalam kedua-dua kumpulan. Rumus uji  T dua sampel independen digunakan untuk menganalisa perbezaan min antara kualiti air mata antara perokok dan bukan perokok dengan kanta sentuh. Menggunakan ujian NIBUT, perbezaan min (M=9.05) antara kumpulan perokok dan bukan perokok adalah signifikan di mana min kumpulan bukan perokok adalah lebih tinggi (M=14.8) jika dibandingkan dengan min kumpulan perokok (M=5.8) yang mana mencadangkan bahawa merokok boleh menjejaskan kualiti air mata. Dalam ujian Schirmer, perbezaan antara dua kumpulan ini adalah tidak signifikan. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang siginifikan dalam kualiti air mata di antara dengan dan tanpa kanta sentuh dan merokok boleh menjejaskan kualiti air mata dengan meningkatkan kadar pengewapan air mata tetapi tidak menjejaskan lakrimal sistem.   

p/s: ase nak lempang diri sendiri sebab terlampau bz!

Monday, April 4, 2011

untuk kamu semua

trimas untuk hadir selama 4 tahun..dalam menemani perjuangan serta berkongsi tawa dan air mata..TERIMA KASEH!



Lirik Perpisahan Ini 1st Edition ft. Aizat

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Sunday, April 3, 2011

d GLAMZ N GLITZ NITE


assalamualaikum n hai reader!!

sebelum ape2 jom jamah mata korang dengan mereka2 yang glemm n meletss ni!


semalam..cik arm pi dinner almaklumlaaa student final year katakan (i`Allah)
tengok..abes sumer org meltupss gitu..tenggelam I..

tapi apa2 pon dinner semalam memang d best..how to stori..a LOooong Storri to tel..

btw taching gile biler sir Azmir a.k.a lec ktorng sanggup nek ke pentas nyanyikan lagu..waaahh!! meletups! d great!tros kami nobatkan lagu itu sebagai lagu tema dinner malam tu! sini2 ye lagu nye~




the kerusi perak:- pemandangan paling hebat! (sila translate ye!)

dan kemudian biarla gambar bercerita~

dan untuk meja paling HOT


ni laaa meja paling bising..n meriah!! dat's our night kan!



d housemates yg gilak~




x ketinggalan..ade gak sweet kapel kt xni..isk2 hahaha



si gediks and her bestiest.




p/s: bnyk lagi gambar x dpat..nak upload gambar bakal2 optometrist 2nd batch from UiTm!!!

n untuk adik2 yang berusaha begitu sebuk dlm jadual yang sgt pack~ syg korunk..muaaah!tenkiu gilerr!