Followers

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

monolog 2 tentang cinta

"hati, siapa nama yang terpahat di dadamu..?? jauh ke dalam, kabur tetapi sirnanya silau"

entah, aku tidak tahu, sejak bila, mengapa, dan siapa..sungguh aku tidak tahu..tanyalah pada mata..dia pernah melihat..


"duhai mata, siapakah dia..?"

aku tidak tahu..aku pernah melihatnya pertama kali 2 setengah ataupun 3 tahun yang lampau..kemudian selepas beberapa tahun aku melihatnya kembali..aku tidak tahu apa keistimewaannya sehingga gambaran wajahnya melekap di retina..namanya kukuh terpahat di hati...walau cuba ditanam jauh ke dalam..namun sinarnya tidak pudar pada pemilik ku..ahh cuba kamu tanyakan pada jantung..pada degupannya setiap kali mata bertentang..

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)"

"duhai jantung. ingin aku bertanya..bagaimana keadaan mu..sejak tuan kita mula memahat nama seseorang di hatinya..?"

aku sakit sekali..degupanku sudah tidak berirama..setiap kali aku terpandang matanya, walau jarang sekali..rentakku lari, sesekali ia seakan terhenti, acap kali ketika tuan ku cemburu tidak menentu terasa tulang-tulang rusukku menghimpit erat jasadku..


duhai, akal..terjemahkan ini..apekah rasa ini..

duhai hati, mata,  dan jantung..tahukah kamu inilah cinta..cinta itu datangnya dari banyak faktor.biarlah iman berbicara..kerana kata-kata iman itu penyelamat kamu..untuk hati..sedaya aku menjaga kamu..kerana dengan menjaga kamu.aku berharap agar imanku turut terpelihara..

bicara iman..

tenanglah sahabat..cinta itu lumrah, cinta itu fitrah..tetapi dengan cinta kamu bisa binasa atau kamu bisa bahagia..lalukanlah cinta kamu berpaksikan Allah..bukankah telah aku ingatkan kamu berkali-kali..cinta Allah itu selama-lamanya..tanpa luka, tanpa kecewa..namun kamu manusia biasa..yang punya cinta pada manusia jua..maka telah Allah gariskan pada kamu garisan-garisan cinta yang tak patut kamu langgar..ikatlah cinta kamu pada satu ikatan sah..supaya hati kamu terjaga, supaya aku iman..kukuh di hati kamu..kerana aku jua pinjaman dari Allah.berharaplah kamu supaya aku tidak pergi..tanpa aku..kamu pasti binasa..

duhai sahabat..


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: 

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]


aku pohon pada kamu..ingatlah..dalam setiap air mata, dalam setiap kesedihan..telah Allah aturkan pada kamu kebahagiaan yang tidak mampu kamu impikan..cuma pada kamu aku harapkan..janganlah kamu putus asa pada Allah..tanpa kasih sayng serta rahmat Allah..kamu bukan siapa2..di langit, di bumu dan di alam semesta..duhai hati..cukup2lah kesedihan kamu..tenanglah kamu dalam zikir-zikirmu..

berharaplah..seandainya sungguh dia milikmu..temukan dia dan kamu dalam satu ikatan..semoga antara kamu bahagia dalam kasih sayang Allah..=)

Tuesday, March 29, 2011

Gossiping~~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang..=)

Assalamualaikum..n hai readers~~

Rasullullah pesan.."sampaikanlah ayat ku walau 1 ayat!"


penah tak terjadi kejadian di atas..??

ha..ha..ape..ape..x pernah..?

aee tipu eyh..jujur2..jujur..


owh x pernah gossip..tapi networking..ape2 lah 

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

sapa kata x best mengumpat..?bestt gilerr weih..sapa x best bile kata keburukan orang lain kan..sebab terasa diri kita seolah-olah sempurna kan..padahal realiti x seindah mimpi kan..?


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

alamak..kalau berkira-kira..banyak nye nak pi mintak maaf kat orang...boleh x nak mintak maaf umum kat sini..sapa2 yang pernah arm mngumpat mintak maaf =P haha

dan lagi satu..disebabkan kita ni manusia yang selalu lupa..mungkin hari ini kita mengata si A..contohnye..eeiii seksinya dia..x malu ke pakai macam tu,macam tu, terbukak sana terbukak sini euwwwww (macam anwar hadi

dan mungkin esok..saat si A da sempurna menutup aurat..giliran kita pula Allah tarik nikmat hidayah nya (nauzubillah) dan kita pula yang berpakaian tetapi telanjang..mahukah..?

hidayah itu milik Allah..kita berusaha untuk mengekalkannya..sapa yang terpilih untuk menerima hidayah Allah itu sgt beruntung..oleh itu mereka-mereka-mereka yang agak2 berada dalam zone selesa kononnya..buangkan sikap riak kamu yang budget cam kamu sempurna..yang budget cam kamu x buat dose (*erggh emo*)..x salahkan kawan dengan semua..?semoga akhlak baik kamu yang Allah pinjamkan bisa mengubah sahabat mu yang masih mencari nilai iman..x salahkan..?x salahkan..?????

ukhuwah itu indah..sebab ape indah..?sebab GO n FIND it URSELF!! haha..

ok..macam rasa nak tulis lagi..tapi..kang madam baca..mdam cakp..ooo thesis mlas nak tulis..so cover2 sket la haha =P

orait sampai sini saja..mucho gracias senorita n ....kerana sudi baca..

weh geng..cam ne ade pngalamn kene balik x mende yang korang umpat org kena sebijik kat muka hangpa..?contohnye cam dlu hangpa duk kata dia cam dugong darat ke..tiba2 sekarang ni hangpa lak cam dugong darat..?(T_T)..owhh mari same2 istighfar..atas kekhilafan diri..moga Allah ampunkan..

p/s: peringatan buat diri yang lupa..huhu

Saturday, March 26, 2011

kursus kahwin bab 1

assalamualaikum n hai readers!!!

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

kita mulakan dulu entry ini dengan hadis di atas..tengok2 sunnah nabi taw kahwin..so jom kahwin!! hehe ingat simply ct je ke nak kawen..rupa-rupanya banyak tanggungjawab kene penuhi..ececee mentang2 la baru balik kursus kawen..(tapi esok ada 1 lagi) jom share ilmu2 sikit..

kami ada 4 slot..slot yang berlainan penceramah let me discuss kesimpulan yang arm dapat dari 4 orang penceramah tersebut..pertama2 arm akan ringkaskan je..sebab tak larat tulis panjang2 plus da lupa sket2 sebab gelak banyak sangat T_T

penceramah 1:-

kesimpulan pertama: jangan kahwini lelaki yang ada sejarah parents dia ada kawen ramai..sebab ustaz tuh ada 3 bini huhu dia cakap ayah dia (the great), tok moyang dia sumer kawen ramai..so kire cam keturunan gak la -->(gileeerr gross kesimpulan aku buat!)

well slot 1 ni banyak kepada borang2 nak kene isi..prosedur2 untuk akad nikah dan susur galur keturunan..so far i`Allah lah kalo nak isi borang kahwin arm lepas!

Penceramah 2:-
(seorang peguam -- wanita)

ok..ustazah ni suara dia sangatlah lembut dan jelas sebutir-sebutir dia cakap (ok ni xde kene mengena) ustazah ni cakap dulu2 dia trauma nak kahwin sebab time dia jadik peguam awal2 dulu dia kene kaunsling pasangan bermasalah (walopon dy bujang!) OK  ceramah dia sangatlah best sebab dia banyak cerita pasal kes2 dekat mahkamah..let me share some ok! dalam slot ke-2 ni ustazah banyak cakap pasal hukum2 talaq..owh n i get someting new too!!

ada talaq yang boleh diserahkan pada wanita (i forgot d term! sorry) kaedahnya..macam mana talaq ni boleh jatuh..kalau seorang suami dia cakap macam ni

"saya serahkan kuasa talaq kat awak, sukati awak la nak talaqkan saya dengan talaq berapa"

den isteri sambut dengan serta merta

"saya ceraikan awak dengan talaq 1"
maka gugurlah talaq!  
ok ni terjadi bila isteri smabut serta merta..kalau istri pikir2 dulu..pi solat istiqarah ke mandi dulu ke..makna kata ada gap masa..maka lpas tuh kalo isteri tuh cakap..talaq tak gugur ok!

ok yang lain korang cari la..ok antara kes2 yang ada..

case 1:
sepasang suami isteri, suami umo 80++ isteri 70++..datang mahkamah isteri bertongkat..
sebab..
isteri tuh cakap suami dia ceraikan dia dengan talaq 10..
tapi suami nafikan..suami cakap x ingat..
den mahkamah panggil saksi..anak (sebab after suami cakap mak dia tros citer kat anak dia) n doktor yang rawat suami..
doktor tuh cakap suami ade pre nyanyuk..but mahkamah sahkan talaq tuh..sebab doktor tuh bukan doktor pakar..maka jatuhlah talaq 3 pada isteri..sedihkan..
kisah dy..
suami mintak air kat isteri..isteri kan da tua pakai tongkat lagi so jalan slow la sikit..katala pukul 8 dia mintak air..pukul 9 batu dapat..da la dapat air panas..terus suami tuh pi simbah air kat muka isteri n lafazkan talaq..tnpa sengaja..maka tetap sah

case 2:
pasangan baru kahwin..sedang menonton drama melayu..si suami habit suka sambung ayat lam drama..den suami tuh cakap

dalam drama tuh..ada adegan gaduh suami-isteri..
den suami (realiti) cakap
after this mesti hubby (plakon) tuh cakap..aku ceraikan engkau..
den isteri dia pi layan tanya..talaq berapa bang..
talaq 3 suami jawab 
(x de niat kan?)
hukumnya
gugur talaq..x pasal2 bercerai..

banyak lagi2 kes2 bodoh sperti itu..duhai mereka yang bergelar suami kuasa talaq di tanganmu..Allah bagi 3..peganglah..gunalah sebaiknya..


penceramah 3:
(ustaz hensem tapi da kawen)

ok yang ketiga ni banyak kepada akhlak dan ni la yang paling banyk gelak..gelak gila2 ok..sebab ada la unsur2 ilmu rumah tangga yang diselitkan..bersama tips2 (hehe)..ok tapi bukan itu yang ingin di bncangkan..tertarik arm pada akhlak Rasullullah yang ustaz ni ceritakan..


panggilan Rasullullah pada isteri2 baginda..baginda memanggil Siti Khadijah dgn panggilan ummul mukminin..Aisyah dgn humairah..dan mereka menaggil rasullullah dgn Rasullullah..
jdik ustaz pesan..
kalau suami bakal engineer..pnggil la suami dengan panggilan
wahai suamiku si engineer (T_T) 

kedua cara Rasullulah mendidik dan menegur isterinya..contohnya..ada seorg isteri Rasullullah yang mmg pndai memasak (sorry again i forgot d name!) sampai rasullullah terkeluar kat mulut bagitaw saidatina Aisyah..jadik 1 ari saidatina Aisyah masak, dengan niat nak lawan madu beliau..beliau masak sup..den apabila Rasullullah makan..masinnnn yang teramat. tapi nabi x marah or maki2 Aisyah..baginda panggil Aisyah, duduk sebelah baginda dan ingin menyuapkan Aisyah dengn roti yang dicicah dengan sup tuh..(sebelum tuh nabi cicah roti tu lama2 lam sup tu) bila Aisyah makan, Aisyah keluarkan balik smbil cakap "Ya Allah, masiiiinn nye", den nabi balas.."ya Humairah..aku tidak berkata apa2".. 

tengok2 bakal suami..tegur isteri baik2..hehehe

penceramah 4:-

citer pasal aqidah dan ibadah dalam rumah tangga..

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk 
memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

tengok2..macam mana boleh lengkap SEPARUH..ok SEPARUH bukan 1/3 ke..1/4 ke..susah tuh..antara kebaikan berkawin..bila suami isteri berpegangan tangan maka gugurlah dosa2 kecil di celah2 jari mereka SUBHANALLAH..bila mereka bergurau senda, maka ia dikira ibadah dan diberi pahala, bila suami mencium isteri di kira ibadah..segala apa yang suami isteri buat dikira ibadah..SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..aaww22 senang2 je nak dapat pahala dan dosa digugurkan..best2 kan..!!


kesimpulan dari sume2:
 memanglah best kawin ni..sape kata x best..tapi banyak lagi perlu arm pelajari supaya mnjadi isteri solehah..supaya berkekalan kemesraan hingga akhir hayat..
so korang rasa mcam mana..?da sdia kawen...? yang dah kawin lak..anda rasa kawen ni menenangkan jiwa atau menmbahkan beban..? sharing is caringgg u'olss..=)



Wednesday, February 23, 2011

ikhlas..tolng la dtg..

Assalamualaikum readers,

pernah rasa tak..setiap kali orang mintak tolong..ada la beberapa perkara yang membuatkan kita berat nak tolong..mungkin kadang-kadang sebab sikap orang tuh sendiri..macam tak berapa nak prihatin ke..contohnya seperti nak tumpang balik sekali ke..tapi buat-buat lupa nak tong2 duit minyak..bukanlah berkira kan..tapi sebagai seorang student yang tak berapa nak berduit ni..terasa gak la kadang2..(ni contoh ye takde kena mengena antara yang idup atau yang mati)  dah tuh si drebar ni pulak tak reti nak mintak2  kan..so buat2 senyap la kan..tapi lam hati terasa n ngumpat2 gak..so tuh da tak dikira x ikhlas kan..sebenar nya cik arm banyak kali dah rasa macam ni..oowh naif nya diri..bila la nak dapat keikhlasan tuh..tapi..mak selalu pesan..

"x ape adik, tolong orang..nanti Allah tolong kita..biar orang tak balas Allah balas"

owh syahdunya..mak n ayah yang selalu ingatkan..

dan teringat kata2 ustazah kat sekolah dulu..yang kata2 hikmat ni..cik arm siap print letak lam bilik..sebab bila rasa nak merungut tengok balik kata-kata hikmah tuh..pastu sejukkan hati dan boleh tolong orang dengan ikhlas =)

"Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wujudnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan berbuat baiklah terhadap sesama insan, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati"


so sebenarnya tak rugi membuat kebaikan..sebab kita selalu lupa kebaikan yang Allah berikan kat kita dalam masa yang tak disangka-sangka..jadi tak mengapa jika kita menabur barang sedikit kebaikan buat orang yang perlukan..biarpon orang tuh x reti nak hargai..xper kalau sorang x reti nak hargai..1000 orang ada untuk hargai apa yang kita buat =)

Saturday, February 19, 2011

cinta yang masih tidak sempurna

"awak kahwin ye..awak mesti kahwin, jika ada orang baik-baik, jika ada orang yang suka dan awak suka dia, awak mesti kahwin. Ingat taw!, jangan degil-degil..jangan tunggu saya"  masih panas lagi terasa pesanan itu..pesanan dari seorang sahabat untuk sahabat yang dia sayang..

"saya akan kahwin, dengan lelaki baik, tinggi, putih eyh hitam manis dan sedap mata memandang..awak jangan risau, saya kan baik mestila dapat lelaki yang baik kan! Tapi saya nak tunggu awak.." sayu aku menjawab..

"x boleh, saya x boleh..awak x boleh tunggu saya..saya punya 1 janji..janji yang saya x boleh bagi tahu awak..saya minta maaf.."

awak, saya bukan nak paksa awak..awak dah berjanji, tunaikanlah janji awak..awak, mungkir janji itu kan ciri2 org munafik..awak tahu tak, saya x nak awak termasuk dalam golongan itu, golongan apabila ia berjanji ia mungkiri, apabila dia bercakap, dia berbohong, awak tahu sebab apa..sebab

"dan janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan solat untuk seorang yang mati di antara mereka (orang-orang munafik), selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakanya) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka ingkar pada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik. At-Taubah; 84..

awak gerun x..? Allah x bagi nabi mensolatkan mahupun mendoakan..awak, kekasih Allah itu punya kuasa untuk memberi syafaat pada kita..kalau tiada dia..siapa kita di sana..?

awak sahabat saya kan..? sebab itu saya ingatkan awak..dan juga saya ingatkan diri saya..

"dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang ma`aruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka akan di beri rahmat oleh Allah. Sungguh Allah maha perkasa dan maha bijaksana. At Taubah; 71

=)

Thursday, February 17, 2011

mati

berita semalam mengejutkan...berita semalam buat saya terpana..

"Ya MATI itu PASTI"

ahh ujian Allah itu pelbagai..baru hari ini saya lihat kau senyum ketawa, baru hari ini kita minum bersama..entah esok lusa kamu berhenti bernafas atau saya yang berhenti melihat dunia..kejutan yang tuhan berikan..mampukah saya terima dengan berlapang dada..?seperti doa saya hari-hari selepas mengadap si DIA

"Ya Allah ya Tuhanku! perkayakanlah diriku dengan ilmu pengetahuan dan indahkanlah aku dengan sifat lapang dada, muliakanlah aku dengan taqwa dan baguskanlah aku dengan sihat wal afiat"


saya termenung..menghitung hari..sebenarnya berapa lagi riwayat saya yang tinggal..kalaulah saya bisa melihat nombor2 umur saya yang semakin berkurang..akan saya tambahkan kah amalan saya..? hidup memang begitu..indah atau kejam.saya tak tahu..semalam masih lihat kamu tersenyum..ntah esok kamu melihat saya dalam balutan kain suci..

tiba-tiba saya resah..terlampau banyak yang saya pinjam..terlampau banyak yang dipinjamkan..bagaimana harus saya pulangkan..semua masih tidak sempurna..hati saya..ya hati, segumpal darah di dalam jasad ini..bagaimana warnanya..hitamkah? putihkah..? penuh cahaya suci atau noda dosa..? malu nya saya jika menghadap tuhan saya dengan begini rupa..Tuhan..bagaimana..

cinta..tuhan pinjamkan cinta pada saya..akan saya kembalikan cinta sepenuhnya atau separuhnya..atau suku nya..atau tiada kerana saya terlupa akan cinta tuhan..

mentari..mentari pagi..hujan, saya akan rindukan ia..mengapa harus pergi..kerana hidup itu temannya mati..

bagaimana hidup di dalam sana..di taman syurgakah..atau jalan ke neraka..ahh tinggi sangat mimpimu, bermain di taman syurga..sedang dirimu amat terpesona dengan dunia..bagaimana harus saya jawab persoalan kubur, lepaskah atau di bantai habis-habisan..?terlampau berat beban memikul..mengapa tidak saya terus melangkah dan tersenyum..kerana saya sedar..jika Tuhan itu sayang kan saya..seperti kata orang.."Tuhan lebih sayangkan dia"..jika saya di panggil menghadap..saya tidak tahu bagaimana rupa dan keadaan saya..saya x tahu golongan manakah saya..

ahh angan-angan setinggi langit..sedang diri hanya butiran pasir yang hina..di pijak di henyak..tetapi masih mahu menjadi permata yang bersinar..sungguh x malu!..biar Allah menilai diri saya..saya hina di mata kalian..tetapi biarlah di sisi Allah saya ingin menjadi "somebody"

" Ya Allah, jadikanlah aku ini orang yang gemar bersyukur, dan jadikanlah aku penyabar, dan jadikanlah aku kecil (tidak beerti apa-apa) di hadapan mataku, tetapi besar pada pandangn orang-orang lainnya"


*al fatihah buat abi balqis bt zakaria*

p/s: saya kongsikan antara doa2 amalan saya selepas solat..semoga sama2 mendapat manfaat =)

Saturday, January 29, 2011

jadi soleh dulu bang!

tibe2 teringat..ayat anak yusuf haslam lam khurafat tuh..

"sejahat-jahat lelaki pon, kalo nak kawin nak perempuan solehah"..

betul la tuh..
tapi bila pikir-pikir balik..
Allah janji..
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..penzina lelaki untuk penzina perempuan begitulah sebaliknya..

so

jadilah soleh dahulu sebelum mendapatkan si solehah..

macam mana kalau di uji dengan kita mendapat pasangan sebaiknya..
ingatlah Allah tidak menzalimi kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu..

dia adalah amanah Allah untuk kita tarik balik dia ke arah jalan yang lurus..

cantiknya..

Subhanallah..

cantik sungguh..pada perhiasan dunia yang Tuhanku cipta..
terpempan..kagum..

walau 1000 x aku memandang..
walau 1000x aku melihat..

sungguh terasa kerdil diri disisi tuhan..
sungguh terasa amat terhina..
sungguh aku x punya kekuatan seperti mereka..
walau namaku nama seorang pejuang..
walau namaku dibayangi srikandi islam..
walau namaku amat dikagumi..
tapi aku..

biar mereka menghina..
biar mereka mencaci..
biar mereka memperlekeh..
namun engkau tetap istiqamah..
sungguh aku kagum..
kagum yang teramat..
sehingga aku palingkan wajah aku
melihat padamu..
aku tidak mampu menjadi seperti mu
tapi sumpah..
sungguh aku kagum!
pada seorang wanita..
yang melabuhkan tudungnya..
membalut kakinya..
menutup tubuhnya..
sungguh, mereka sangat cantik..
dan aku ingin menangis
kerana aku x mampu menjadi sperti itu


Ya Allah..bukakan lah hati ku..berikan aku istiqamah..pinjamkan lah kekuatan padaku

Thursday, January 27, 2011

kan da cakap..

kan dah cakap..
tak rugi cintakan Allah..
hari-hari sebelum hari ini..
mintak kat Allah dipermudahkan
segalanya dekat THONEH..

minta-mintalah doktor tak cakap

"OUT!!"

or

"present to me about this case"

or

"ok, this is your patient, up to u nak buat ape"

tapi Allah beri saya
doktor yang sangat baik..

tenkiu my dear Allah :)

"bersangka baiklah pada Allah..sesunggunhya Allah maha mengetahui segala kemampuan kita melebihi diri kita sendiri"

luvily tales


tak tahu kenapa..tangan gatal menuli lagi pasal cinta
*sigh*

apa lagi yang mahu aku coretkan..
*senyap*

aku kasihankan dia..siapakah dia..?
dia yang menggelarkan dirinya sang pencinta pada manusia..
kerana cinta..dia buta..
aku betul-betulkan kasihankan dia..

*senyap lagi*

tahukah dia..cinta dunia itu sementara..
disakiti, menyakiti..itulah lumrah bercinta..
tapi apa penawarnya..
bila melihat dia yang dicintai semuanya terubat..
tahukah dia..
cinta Allah itu selamanya..
tahukah dia..dengan mencintai Allah dia tidak akan disakiti
tidak.
tidak sekali.tidak 2 kali..
malah semakin dikasihi..

tahukah dia..
cinta Allah itu abadi..??

*senyum*

dia tidak merasa..
bertapa mencintai ALlah itu sangat berbaloi..
bila hati kosong..
rasa dipenuhi..
bila penat..
terasa disayangi..
bila lelah menghadapi dunia..
terasa nikmat..
bila menagis..
terasa masih dalam perhatian..
bila sakit..
terasa semua kesalahan diampun

*senyum lagi*

sahabat..
carilah cinta Allah..
jangan jadi seperti dia
yang sanggup mengakhiri nyawa
demi cinta dunia yang sementara..
jangan jadi seperti dia
yang menyempitkan hati kerana si dia yang lain
jangan jadi seperti dia..
yang buta..

jadilah pencinta ALlah..
kerana hanya orang yang mencintai Allah
berhak
mendekati hati-hati
yang jua mencintai ALlah..

Tuesday, January 25, 2011

muhasabah entry

apa yang kita jual..

apa yang kita beri mereka lihat..

apa yang kita beri mereka baca..

apa yang kita beri mereka fikir..

semua-semua...kita share saham sama..=)

Wednesday, December 22, 2010

anda malang..?


adakah kamu terasa malang..?? ape yg membuatkan kamu terase malang...?

--> kene tinggal bf/gf..?
--> patah salh 1 anggota badan..??
--> x lulus final paper..?
--> upsr/pmr/ spm x mencapai target..?
--> menghidapi sakit2 kronik sperti jntung,HIV or sbagainye..?
--> anak yatim piatu..?
--> x leyh duk kat umah banglo cam linda onn..?or x mmpunyai istana cm khir toyol..?
--> x dapat memandu kereta idaman..?
--> menganggur..??
--> DLL..

maka..jikalau kamu menghadapi maslah di atas..bersyukurlah..kerana kamu masih hidup..

tahukah kamu siapa yg palng malang..?
mereka yang di campakkn ke dalam api neraka


yang panasnye tak terbayangkn oleh kita..dan kita jigak x leyh nak patah blik..

Firman Allah Azza wa Jalla.

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَاهُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

"Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:"Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka". [Al Baqarah:167].


tapi malangnye..tak boleyh kita nak kmbali kt dunia..jadi..bersyukurlah kerana kita masih idup..

bersyukurlah kerna masih punya kesempatan untuk bertaubat...

bersyukurlah..kerana kasih syg Allah x pernah putus..

bersyukurlah kerana kita bukan org yg malang..

p/s: adakah anda trase anda masih malang..?renung2kn..dengar..dan berfikir..berpegang pada Al-Quran n As-sunnah..(^_^)