Assalamualaikum n hai readers..!!
pertama-tama ingin ku panjatkan kesyukuran tanda kerendahan hati seorang hamba..kerana di beri peluang hidup dan bernafas dalam Nur Islam..kerana di beri roh untuk terus bernafas, kerana di beri peluang hidup di dunia sementara selama 23 tahun..terima kasih yang pertama untuk Tuhanku Allah..Alhamdullillah..
kedua..terima kasih buat bonda..kerana sudi memberi ruang di dalam rahim mu yang paling selesa..membawa ku kemana sahaja..mengusap dan membelai..menjaga penuh kasih sayang..dan menahan sakit tak terperi melahirkan anak mu ini..serta mengorbankan kelangsingan badanmu demi menempatkan aku di sismu..jua maaf sejuta ku hulurkan sepanjang aku hidup dua tiga tahun ini..entah berapa umurku yang masih tinggal..maaf untuk bunda kerana tidak dapat menjadi anak yang baik..kerana tidak menjadi anak yang taat.kerana tidak dapat membalas jasa-jasamu kerana aku tahu sejuta kali ku cuba..pasti tidak dapat membalas segala pengorbananmu..
kedua lagi..tidak boleh ketiga..kerana ayah dan bonda berada sama di hatiku..entah berat ingin ku membuat rating untuk ayahanda dan bonda..ayah, terima kasih atas jerih dan payahmu mengembirakan hati anak mu..moga syurga tempatmu..bukankah mengembirakan hati anak perempuan itu janjinya syurga..Tuhan saya dan Tuhan kamu yang menjanjikan itu..ayah..ingin ku ringankan bebanmu..ingin sekali..ingin aku membalas segala pengorbananmu yang menyempurnakan hidupku..tidak pernah tidak..kamu mengecewakan hati ini..pada setiap permintaan yang engkau cuba penuhkan..walau dalam sakit, walau dalam sengkek..duhai ayah ketahuilah kamu lelaki yang paling ku sayang..sungguh paling aku sayang tiada ganti..
ketiga..harus pada mereka-mereka yang sentiasa dalam hidupku..k.long, eim, asiah,imah,k.yah dan adik afiq..kehadiran kesemua kamu menceriakan hari-hariku..usik mengusik antara kita tidak pernah habis.mungkin masa ku kenali kamu semua kurang dari 23 tahun..tapi cukuplah..kita berteduh pada tempat yang sama, dari benih yang sama menumpang rahim yang sama..kita adalah satu..
keempat..pada sahabat-sahabat...yang sudi memenuhi permintaan hati ini..pada yang sudi mendengar luahan hati ini..pada mengembirakan aku di saat kesedihan..pada yang memeluk erat di saat aku benar-benar perlukan kekuatan pada yang menyapu lembut air mata ku..pada yang memenuhkan perut di saat betul-betul kelaparan pada si dia yang sentiasa melukiskan senyuman di bibirku, pada yang sudi menemankan aku di saat ak betul-betul perlukan seseorang di sisi, pada mereka yang sudi mendengar celoteh-celoteh nakalku.pada mereka yang melayan loyar burukku...pada mereka yang ku gelar sahabat..walau tiada hadiah..walau tiada sambutan..untuk kamu yang bergelar sahabat adalah hadiah termahal untukku..
2 comments:
happy birthday cik arm..hihi..semoga segala yang dihajati tercapai..:)
wish u ol d best arm..hepy birthday!
Post a Comment