kau tarik tangan aku..
bawa aku terbang..
dengan sayap yang kau pinjam..
menembusi awan biru..
menggapai bintang yang jauh..
menggenggam bulan yang aku impi..
kau tarik tangan aku..
di bawah lembayung sayapmu..
redup dan bahagia..
kau beri aku pelangi..
indah sekali..
terkesima terpesona..
tapi..
saat kau tarik tangan aku..
saat kita di awan biru
saat aku bersama pelangiku
kau lepas ku jatuh..
kau kata..
"maaf, aku tak mampu bawa kau terbang..
langit itu amat jauh..
bintang itu gemerlapannya palsu..
bulan itu hanyalah impian yang mustahil..
dan pelangi itu khayalanmu..
sesungguhnya, sayapku dirantai rapi..
oleh rantai emas yang tiada kunci.."
sakitku...
bukan kerana jatuhku..
sakitku..
bukan kerana kamu..
sakitku..
bukan kerana cinta kita tidak sempurna..
sakitku..
kerana aku buta pada emas yang mempersona..
Tuhan..
kulepaskan cinta ini padaMU..
ku gantungkan kesakitan ini demiMU
ku redhakan pemergiannya kerana MU
kerana aku tahu..
dia..jua..aku..
takut alpa pada amaran MU..
oleh itu ya Rabbi..
terangi jalan itu..
dengan seribu rahmatMU..
semoga di akhirnya
kedua kami bahagia..
3 comments:
amin insyaAllah..~
nice post...insyaAllah..mg diberi kekuatan
aminn~..thanks
Post a Comment