Followers

Sunday, January 2, 2011

surat untuk asiah..

Assalamualaikum n hai..

memang bizi gle sampai x sempat nak update or balas kunjungan huhu..
den tengok kat post list..2011 nye entry x dek lagi wakaka..
oleh itu..aku nak mmberi pnghormatan kt adik aku sorng ni...
siah..k.ngah tulih 1st entry 2011 tok kamu ni..hahhaa..:D


Assalamualaikum...dan salam sayang untuk adikku asiah..

apa khabarmu di negeri serambi mekah..masih bersisakah tangisan mu..?sebelum k.ngah mengarang dengan lebih lanjut..segulung tahniah k.ngah layangkan padamu kerana menyahut cabaran program penyerapan oleh UiTM..bersabarlah adik..kerana  kejayaan itu selalunya beserta luka dan air mata..

semalam..semalam mungkin pahit bagimu..mungkin jua k.ngah yang masih terasa semalam itu..atau ayah yang menanggung perit melihat anaknya menumpahkan air mata atau mak yang lena tidurnya terganggu kerana risaukan dirimu adik..

masih terdengar pujian syukur ayah dan mak saat engkau mengkhabarkan khabar gembira untuk mereka mungkin yang bahawa kamu terpilih untuk menyambung ijazah dalam kursus akauntan di UiTM machang kelantan. Saat itu engkau masih di UiTM Seri Iskandar dalam part 3 untuk sijil diploma mu..

Asiah, serasa k.ngah sudah menjadi tradisi keluarga kita untuk berjauhan dengan keluarga saat umur kita 13 tahun lagi. saat kita di hantar belajar berdikari di sekolah-sekolah asrama..saat setiap malam k.ngah menangis rindukan ayah dan emak..tapi semua itu menjadi rahsia..pada k.ngah, k.long dan juga abg eim..kami berperingkat-ringkat meningkatkan jarak dari rumah kita..tapi untuk dirimu yang tidak pernah berjauhan..bagaimana perasaan mu adik..?

Saat kamu membuat  keputusan menerima tawaran itu, k.ngah tahu..hatimu menangis..menangis meninggalkan ukhuwah yang kamu ambil masa setahun untuk membinanya bersama sahabat-sahabat mu di perak..tapi kamu pendamkan air matamu kerana mahu melihat ayah dan emak gembira..dan k.ngah bangga dengan mu..

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


Asiah,

saat kereta ayah meluncur laju, ke kelantan..kamu cuba sorokkn air matamu, masih terdengar gelak tawa dan usik-usikkn mu sepanjang perjalanan..namun, saat kita sampai ke destinasi, saat kita melihat keadaan rumahmu di sana..saat 3 orang sahabatmu yang berjanji bersama mu menyahut cabaran ini berpaling tadah..air matamu tanpa malu laju melunjur turun ke pipimu tanpa henti..selebat hujan di kelantan saat itu.

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."
-Surah At-Taubah ayat 129

ayah dan emak buntu..begitu juga k.ngah..

Asiah,

Moga pelukan erat k.ngah mengalirkan semangat buatmu..semangat untuk terus berjuang..semangat untuk engkau cekalkan hati..jadilah setabah asiah, permaisuri firaun..kerana padamu anggaplah persekitaran itu tiada apa buatmu..mungkin engkau terkejut..semoga keberkatan negeri kelantan membuatkan engkau selesa di sana..

Asiah,

Tangisanmu..mencetuskan tangisan k.ngah jua mak dan mungkin di hati ayah..berat hati kami meninggalkan kamu di situ. Ayah serasa ingin membawa kamu pulang..tapi begitulah resam orang mencari kebahagiaan wahai adik. Berjauhanlah kamu dari kami, moga jarak antara kita membakar rindu, moga jarak antara kita menguatkan cinta kita dan semoga jarak antara kita menguatkan simpulan sayang antara kita.

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


duhai adik..sebelum k.ngah mengkhiri surat cintaku pada mu..renungilah pesanan dari kitab penenang oleh Allah ini..semoga hatimu kini lebih tenang..semoga air matamu meringankan beban di hatimu..kerana kamu adik yg ku sayang..

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusof ayat 87

salam sayang,

No comments: