Followers

Friday, January 21, 2011

takdir..

Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..


hurmm..bagaimana harusku mulakan..

Pertama-tama ingin ku tegaskan "sumpah! aku tidak pernah mahu perasaan ini wujud!"
jua..aku tidak pernah mengimpikan untuk jatuh cinta pada seorang yang bergelar sahabat..

namun..

takdir sedang mempermainkan aku kah..?
atau hati aku yang terkeliru..

terkeliru pada renungan lembutmu..
terkeliru pada layananmu..

Tuhan..
Kembalikan hatiku padaMU
aku tidak mahu rindu ini..
rindu yang menjauhkan aku dari MU..

Tuhan..
Engkau pemilik cintaku..
Peliharalah hamba Mu..
Ikhlaskan lah hatiku
untuk bersahabat
hanya kerana MU..

Tuhan..
takdirku..
ku serah pada MU
kerna aku yakin..
sesungguhnya amat-amat yakin..
bahawa..
semua yang terbaik
telah Engkau
aturkan untuk ku
muhasabah cintaku..

No comments: