Followers

Saturday, January 8, 2011

Alkisah....sang penama


     Alkisah..telah tersohor ke pelusuk dunia, tentang kehebatan orang Jawa dalam menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang hebat-hebat belaka. Maka dengan nama-nama yang hebat ini, maka anak-anak yang kecil ini menjelajah ke pelusuk Asia menunjukkan kehebatan orang Jawa hingga sampai ke sebuah negeri yang kecil. Bersempadanan dengan negara singa, entah apekebenda ntah menjadikan singa yang suka bermuka-muka dan berpura-pura garang sebagai nama negeri. Menurut Pak Belang, singa itu berpura-pura ingin memakan Menteri di negara itu jika namanya tidak diabdikan. Maka negeri sempadan itu dinamakan singapura.
   
   Banyaknya singa yang mengancam negeri yang baru didatangi orang Jawa itu. Maka mereka yang hebat lagi tersohor itu memikirkan cara untuk membuatkan singa-singa itu takut. Maka seorang yang tidak mahu dikenali nama tetapi tersohor mencadangkan menggali parit-parit supaya singa itu jatuh, maka terdapat banyaklah parit di negeri itu, dinamakan parit sulong,parit perupok, parit bingan,parit jawa,parit samak,parik moen dan banyak lagi parit yang terlelah aku menulisnya kerana bilangan parit yang sangat banyak itu. Tergalinya parit-parit itu, menumpaskan sang singa yang berpura-pura. Akibat terlalu gembira semua orang jawa itu ingin menjerit nama si dia yang tersohor tetapi tidak mahu dikenali namanya itu. Lalu mereka menjerit "chohor, chohor, Johor" maka jadilah negeri itu sebagai Johor.

  Sebenarnya bukan itu kehebatan orang Jawa yang ingin dicoretkan. Tetapi highlight kisah ini tertulis disini..bagaimana orang Jawa itu semua ditakdirkan menjadi penama yang hebat. Arakian, di dalam keluarga Jawa itu, sang bapa orangnya dilahirkan dengan takdir menjadi penama yang hebat melahirkan baka-baka dan zuriat-zuriat yang hebat.

  Setahun selepas perkahwinan mereka dikurniakan putera yang comel. Terlalu lamalah si bapa memikirkan nama yang sesuai untuk anaknya yang sulung. terlalu lama hinggakan 4 purnama masih belum terfikir oleh sang bapa. Meneliti, melihat, menenung setiap perbuatan anak nya yang sulung. Hingga umurkan 4 tahun sang Anak amat berminat dengan kereta..sang bapa berfikir.

"waah anakku sangat berminat dengan kereta, mungkin suatu hari nanti dia akan mempunyai syarikat kereta terbesar di asia tenggara..jadi tibalah masa aku menamakan anakku ini dengan nama  KARMAN dari nama "car" yang bermksud kereta".

  Apabila Karman sudah meningkat remaja sedikit, ibunya melahirkan Karman sepasang kembar lelaki. Maka sang bapa kembali menjadi pemerhati yang hebat. Kerana sang kembar anak ke dua, maka waktu mencari namanya di pendekkan (orang da ade pengalaman). selepas sepurnama, sang bapa melihat sang kembar tidak mahu meminum susu, atau memakan nestum. Si abang hanya mahu memakan kek dan roti sahaja dan si adik hanya mengidamkan pai. Menangislah sang kembar jika tidak dapat apa yang mereka mahukan sehingga bermalam-malam sehingga hari-hari sang bapa terpaksa pergi ke bakery cottage untuk mencari apa yang dimahukan oleh si kembar Maka sang bapa mendapat ilham,

"anakku sangat sukakan kek. walaupon baru umur stahun jagung, maka aku namakan dia BAKRI sempena  nama bakery, dan si adik yang begitu gemarkan pai aku namakan dia PAIMAN".

  Karman yang sudah dewasa itu menjadi begitu tampan dan hensem. Pada setiap gadis yang melihatnya maka akan tergila-gilalah pada Karman. Ditambah dengan syarikat kereta yang Karman miliki bertambah hensem mukanya. Penyakit gila bayang Karman amatlah serius. Mana-mana gadis yang terkena panahan asmara ini menjadikan kulit mereka kalis air, maka mandi mereka tidak basah, perut mereka membesar makanya makannya tidak kenyang dan tidur mereka dibayangi wajah Karman maka tidur mereka tidak lena. Bukan pada gadis sahaja malah pada lelaki-lelaki yang keliru dengan identiti mereka serta melawan fitrah alam jua terkena panahan asmara Karman.

  Tetapi pada Karman, hanyalah perempuan yang ditakdirkan untuk lelaki.. maka Karman memilih the girl next door untuk menjadikan teman hidupnya. Ditakdirkan perkahwinan lelaki-perempuan itu memang diberkati. Mereka dikurniakan anak lelaki yang tampan seperti Karman. Anaknya sekali di lihat seperti muka korea, 2 kali di tenung seperti Tom Cruise dan apabila tiga kali melihat tampan sehingga tiada apa-apa yang mampu ditulis untuk menghuraikan keindahan ciptaan tuhan itu.

  Membesarlah anak si Karman dan the girl next door. tetapi amat peliklah anak si Karman ini mahunya hanyalah bermain dengan kunci. Segala ps3, video game, kereta lumba semua tidak dipandangnya. Maka bergundah-gulanalah si Karman untuk menamakan anaknya. Karman segera bervideo call dengan ayahnya bertnyakan nama untuk anak kesayangannya..bapanya menjawab

" bermain kunci sahaja mahu anakmu.??aaahh gampang sekali..namakan anak mu LOKMAN sempana "lock"".

maka itulah sedikit sebanyak kesah-kesah kehebatan sang penama. Dikisahkan lagi, pada nama-nama orang jawa ini yang mana akhir namanya di akhiri dengan huruf "i" bermakna mereka berdarah italian dan pada yang diakhiri dengan "man" mereka berasal dari german..


p/s: kredit to prof madya Baharudin lam kelas jumaat lepas :D


3 comments:

hans said...

hohoho
macam2 hal
hehehehe

P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?

Bulan Purnama said...

huhu.. name gua cmna lak asalnye,,? heehe

Arm_mj said...

hans: mcm2 la..

kasim:alamk aku bkn org jawa..tp akn dpikirkn nnt asl usul tuh hahaha