dan langit itu luas...
seluas mata memandang..
bukti kekuasaan tuhan..
mengapa harus ragu..
sedangkan bukti terang lagi nyata..
dan langit itu
mencoretkan seribu rasa
pada hujan yang menumpahkan air mata
atau rahmat yang sejuta
pada mentari yang membagiakan
atau bahang yang membakar
dan langit itu kekal luas
tempat sang burung bebas
menebarkan sayapnya
tempat sang bulan memancar sinarnya
pada sang pungguk yang sentiasa setia
memandang cantiknya sinar rembulan
adakah engkau sedar
pada sang pungguk yang sentiasa setia
memandang cantiknya sinar rembulan
adakah engkau sedar
kita memandang langit yang sama
dan langit itu
masih lagi langit yang sama
saksi pertemuan kita..
antara sedar atau tidak..
langit itu juga..
menjadi saksi perpisahan kita
dan langit itu
penyimpan seribu rahsia
pada hari ini yang berlalu
atau masa depan yang masih kabur ..
masih ada sisa waktukah
untuk ku luahkan
apa yang ku pendam
kerana
aku takut..
tiada lagi langit biru
untuk ku pandang pada
esok-esok hari ku..
No comments:
Post a Comment