Followers

Monday, December 19, 2011

kamu, dia dan si dia



untuk kamu yang masih menyayangi...
untuk kamu yang masih merindui..
untuk kamu yang masih mencintai..

mengapa tidak menyayangi tika dia disisi..?
mengapa tiada rasa rindu ketika dia menagih simpati..?
mengapa tidak mencinta ketika kamu yang dia gilai..??


sekarang dia milik si dia..
si dia yang sentiasa ada..
mengesat setiap titis air mata..
ketika kamu pegi tanpa di duga..

si dia yang sedang belajar menyayangi,
si dia yang sedang belajar mencintai..
si dia yang menemani tika sepi..
si dia yang membantu untuk dia menolak kamu ke tepi..
si dia yang kini sedang cuba memahami,
erti sebuah hati yang dilukai,
si dia mencari penawarnya seorang diri..


untuk dia..
mengapa harus toleh kembali,
pada kisah duka yang menghiris hati,
mengetepikan kekasih hati yang menanti,
yang menemani kamu tika sepi
mengesat air mata pada hati yang dilukai,

untuk dia,
butakah kamu pada bicara hati.?
yang mahu melihat kamu senyum hari-hari
menghintung bahagia yang kamu kecapi,
sehingga dia sendiri mahu pergi..
jika itu bahagia yang ingin kamu kecapi..



untuk kamu dan si dia,
sila bahagia bersama,
jangan endahkan pada yang datang menduga
itu mahu menguji sekuat mana cinta
yang kamu berdua bina

untuk kamu dan si dia,
silalah senyum walau tanpa bicara,
kerana hanya kamu berdua yang tahu
erti bahagia bersama


p/s: semoga bahagia meniti hari-hari menduga. anda dia bukan untuk si dia, pasrahlah..ada rencana lebih baik tuhan sediakan buat anda berdua =)



1 comment:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tersenyum baca bait-bait ini.
indah bukan.

harap kamu juga begitu selalu.....