assalamualaikum..
Apa khabar readers? apa khabar imanmu jua hari ini..? berkurang?bertambah atau masih seperti semalam..?
Protection, perlindungan...siapa yang tidak memerlukan ini angkat tangan..?? ya, tangan sahaja kaki tak perlu oke..!
macam mana rasa dilindungi.. ? wahh terasa beharga gitu..klass mak..! maklumlah barang beharga saja yang dilindungi..contohnya mahkota raja, emas siap upah guard bagai haaa...itu je ke yang beharga..?
kita jua berharga..lihat pada cara Allah melindungi kita. Dari kita di dalam rahim ibu, bertapa Allah telah melengkapkan sistem keselamatan yang lengkap untuk bakal-bakal khalifah Allah di bumi ini dengan meletakkan kita di tempat yang paling selamat dalam dunia.
setelah lahir ke dunia, Allah mengurniakan kita dua malaikat penjaga kita waah kita pon ada body guard taw jangan tak tahu. malaikat ari segi zahir dan batin. Malaikat pertama adalah ibu bapa kita yang melindungi sewaktu kita kecil dan lemah. Yang memberi makan dan menjaga sepenuh hati..yang tidak lena tidur mereka kerana bimbang si kecil comel itu di jamah nyamuk. Subhanallah lengakap perlindungan yang Allah berikan..
Bila semakin kita membesar, persediaan menjadi khalifah semakin ibu dan ayah lengkapkan. Diingatkan pada kiri dan kanan, Allah sediakan pencatit amalan. Yang mengingatkan kita pada setiap perbuatan yang kita buat sebenarnya di rekodkan..DIREKODKAN and akan DITAYANGKAN! waahh cuba-cuba bayangkan kene tengok balik aktiviti harian..depan TUHAN..huhu banyak nya khilaf yang kita lakukan..malunya kalau seluruh alam tengok..Allah, sorokkan keaiban aku dan keluarga serta sahabat handai ku...
Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati.
ya, orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati..sungguh! kenapa..? orang yang mengingati mati ni....bukan hidup dengan berputus asa..seperti terfikir akan mati pada esoknya, dan terus malas berusaha.no,no,no..
orang yang mengingati mati ni...adalah bila dia terfikir, andai seminit lagi malaikat maut datang menjemput..
-solat belum lagi, jadi dia akan sentiasa solat di awal waktu.
-takut ke tempat-tempat maksiat kerana bimbang nyawa dicabut di situ, malu je bila malaikat bentang profile kita depan Tuhan, tempat mati : DISKO! erk...
-sentiasa fikir untuk menambah amalan, sebab takut esok-esok x sempat dah.
-kerja tak bertangguh.
dan banyak lagi..fuhh!
ok berbalik pada tajuk perlindungan..
boleh kamu hidup tanpa orang yang menjaga dan melindungi kamu..?
Pasti boleh kerana Tuhan masih sayangkan kamu..
Dalam kehilangan kamu masih punya peluang jalan pulang kerana hidayah itu milik Tuhan, kamu tidak berhak menilai seseorang itu.
Boleh kamu hidup jika tiada Tuhan melindungi kamu.?
Di mana kamu hidup kawan..? bumi ini milik Tuhan, langit jua milik Tuhan, planet2, matahari, bulan, bintang jua milik Tuhan. di mana kamu harus bergantung, dimana mahu kamu adukan jika Tuhan tidak lagi dekat dengan mu..dimana kamu mahu berteduh..? di mana akan kamu minta cinta yang abadi jika tiada cinta Tuhan.
:: terasa dilindungi kamu, bila kamu sentiasa menjaga diri ini, walaupun dalam game, kamu mengorbankan "nyawa" kamu untuk saya. Terima kasih. Terasa dilindungi Tuhan kerana mengurniakan ayah dan ibu, kawan-kawan serta kamu yang sentiasa melindungi. terima kasih Tuhan kerana sentiasa menyayangi hamba yang hina ini::
::aku tidak sempurna, malah jauh lebih tidak sempurna dari mereka semua. Terima kasih kerana membuat aku rasa sangat sempurna di sisi kamu::
No comments:
Post a Comment