Followers

Thursday, September 1, 2011

from hero to zero


Assalamualaikum...
(geng ular sawa eim cakap cis!)
=)

selamat hari raya aidilfitri..=) semoga raya kali ini membawa keberkatan. semoga kita gembira menyambut syawal kerana kita bertambah ketaqwaan..kerana kita berjaya dalam sekolah ramadhan yang entah keberapa kali dalam hidup kita dan bukan kerana kita sama-sama gembira meraikan pembebasan syaitan-syaitan dari dibelenggu dan gembira kerana berlalunya ramadhan..dan bagaimana jika ramadhan ini ramdhan terakhir buat kita.adakah sudah terampun dosa-dosa kita..?hurmm sedikit muhasabah diri

from hero to zero..patutnya from zero to hero..tapi ini sudah terbalik.
raya tahun ini bermakna sepertinya tahun-tahun sudah..berjumpa dengan mereka yang tidak aku sangka..seperti tahun ini long lost classmate and schoolmate yang 11 tahun tak jumpa.melihat mereka yang dahulunya cemerlang kini bertambah cemerlang. atau mereka yang terlampau gemilang dahulu kini di uji dengan sirnanya kilauan permata yang semakin memudar atau mereka yang dahulunya biasa-biasa kini luar biasa.atau graf hidup yang sama mendatar sama sekata.

(ini wajah mereka yang cemerlang pastinya hehe)

kawan 1: kenapa kau tak pergi beraya rumah cikgu2..?

kawan2: ah, kau.. aku hadapi krisis dalaman tahu..?

kawan1: krisis apanya?
kawan 2: ialah dahulu aku harapan sekolah..sekarang lihat..? kau sudah master, maryam pakar mata..aku..? 

kawan 1: cikgu2 masih ingatkan kau.

kawan 2: kau takkan faham

kalau kamu di situasi kawan 2 bagaimana.? malu bukan..hatiku cuma mampu berkata. sabarlah kawan. rezekimu masih belum sampai.itu ujian Tuhan buatmu. Lupakah kamu pada nikmat-nikmat tuhan bagi pada kamu sebelum ini..? ini cu,a dugaan yang sedikit..mungkin ujian buat kamu sekiranya ada benda yang kamu terlupa.

from zero to hero
(ini topi grad dr michigan!)


kawan 1: dulu saya kecewa bila semua orang dapat sambung belajar..dan saya masih di sini..mencari-cari masa depan. dengan result spm yang macam tu.hurmm 

saya: tapi kamu di sini sekarang..lebih berjaya dari saya

kawan 1: ya, kerana emak yang meletakkan saya di sini..saya mencari-cari emas dalam diri saya..mungkin tidak banyak tapi sedikit.kerana nilai emas tidak pernah susut. jadi saya meletakkan seketul emas dalam diri saya supaya ke mana sahaja saya pergi..orang masih mahukan saya.

saya: kamu bertuah kerana tidak putus asa

dahulu diterapkan dalam otak..spm segala-galanya..permulaan langkah untuk berjaya. ah, sijil itu rupanya tidak punya apa-apa. lihat, saya da lihat mereka yang cemerlang dalam spm dan kecundang dalam spm, tapi hasilnya berbeza dari apa yang di tanamkan dalam otak saya dahulu.

man jadda wajadda

siapa berusaha dia akan mendapatkan hasilnya.

p/s: untuk mereka2 diluar sana..mari berusaha..memang malas selepas cuti panjang *sigh*



4 comments:

aleen aiden said...

ok gamba 1st tu apesal baju kurung nampak sedondon sgt!hi3

beautiful_rose said...

aku masih belum mencapai target...sedih betul.


lama aku tak ke sini
ko sihat?

ch!natsu said...

suke entry nie wahai cik arm.. =)

Arm_mj said...

aleen: hee harus sedondon!!

rose: masih belum tercapai bukan x akan tercapai bukan..? jom usaha!

ah, aku jua lama tidak ke tempat kamu..sihat..?

chin: chin selalu memberi semangat! thnks!