Followers

Sunday, August 21, 2011

kekuatan

lama bersembang semalam..dengan seorang rakan..

dia: am, aku dah tiada hati untuk bekerja.

am: kenapa?

dia: bagaimana jika, sesuatu kerja jika kau buat ada yang mengarah-arahkan. seperti jika kau cek mata, ada orang sebelah yang cakap, kau letak power ini, pusing axis ini, dll..bukankah itu kepakaran kau..tahulah kau buat kerja. dan bagaimana jika kesalahan yang kecil dibesar-besarkan. sedang jalan penyelesaiannya sudah terbentang di depan mata..

aku: hurmm..kadang-kadang apa yang kita tidak suka itu baik untuk kita, dan tekanan itu melonjakkan satu semangat dalam diri kita

dia: ah, itu jika tekanan dalam diri sendiri bukan sumbernya dari orang lain.eh, kau jadi balik perakkah? kerja sana. dengan tawaran sehebat itu, aku rasa orang bodoh sahaja yang akan menolak

aku: aku memberi tempoh cabaran pada diri aku. paling-paling aku ingin di sini setahun. Jika aku lepas cabaran pada diri aku yang ini, aku pasti aku akan lepas mana-mana jua cabaran mendatang. ya, aku akui akulah si bodoh yang menolak tawaran itu. Kerana aku rasa Allah punya sebab menghantar aku sampai ke sini. dan aku tidak punya jawapan itu lagi. Ah, abaikan, bagaimana dengan hati kau yang telah hilang..? bukan kau kata kerja itu adalah emas dalam diri kau..? bukan itu yang kau boleh canangkan dan banggakan 1 kampung..?

dia: ya, tapi hati aku tiada di sini. Fikiran aku menerawang. jika aku tiada di sini di mana aku.Jadi kerja aku sambil lewa. banyak kesalahan yang aku buat.

aku: kau tahu. cari hati kau yang telah kau hilangkan. itu penawarnya.

sumber: mengapa memandang pada derita yang kau baru hadapi. sedangkan nikmat Allah itu sudah banyak kau rasai bukan?

aku tidak pandai berbicara. mendengar memang boleh, kadang-kadang kebolehan mendengar itu lebih baik dari berbicara. Bagaimana ingin aku utarakan bahawa untuk kamu, carilah kekuatan dari Allah. kurangkan kebergantungan kamu pada manusia. kamu tahu, sebenarnya hidup kita bermula dari Allah dan berakhir dengan Allah.

seperti permulaan nya urusan kita dengan manusia sebenarnya terus pada Allah. bagaimana? seperti marahnya kamu pada manusia, kamu rasa jika Allah tidak kurniakan rasa marah pada dia maka kamu boleh marahkan dia? dan jua rasa sayang. Jika Allah menyayangi kamu maka seluruh makhluk akan sayang padamu. lihat kesemuanya bergantung pada Allah. cuma dalam sedar atau tidak kamu menafikannya.

urusan kamu dengan manusia, bukankah paksinya pada Allah.? ah, susah aku bicarakan kerana iman ku jua serapuh biskut semperit yang sedap itu.

 sumber: Ku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung dan berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang menyekutukan Allah. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku danmatiku ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam.

untuk kamu-kamu yang sudah tidak punya kekuatan. carilah sumber kekuatan itu. kepada sahabat aku. duduk diamlah kamu..mencari kekuatan kamu berpaksikan Tuhan. kerana mungkin kamu lupa, agama itu, ayat-ayat quran itu bukan kamu gunakan semata-mata untuk murahkan rezeki, atau lindungkan diri kamu dari hantu-hantu. tetapi Al-quran itu sebenarnya ubat hati. yang dapat menguatkan rohani kamu dan akhirnya mendokong hati kamu jua aku yang lemah.

wallahu'alam

carilah hatimu. kamu menetukan di mana letak duduknya hati itu, pada padang pasir yang tandus atau pada oasis yang indah.(arm jameelah, 2011)

No comments: