setiap kali kita ingin mengubah manusia, ubahlah dia dari hati..bagaimana ingin mengubah hati manusia..? perbaikilah solatnya..kerana solat itu tiang agama...dan agama itu adalah cara hidup..
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah
manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
dia yang ku kenali..hari ini genap 2 bulan 4 hari..masih baru bukan..? dia yang aku kenali sudah berani meluah kata cinta, melafaz rasa rindu.*sigh*
fynas: akak, kita nampak dia betul-betul serius ngan akak.
aku: yeke fynass..? mana fynass taw..?
fynass: akak, kita nampak cara dia pandang akak. Nampak keikhlasan dan ketulusan dia..
aku: macam mana nak taw..? akak tak nampak pon..
fynass: akak ni! hehehe
k.jee: lafazkan apa yang terpendam, sebelum mata terpejam
aku: kadang-kadang bahasa jiwa lebih mengerti akak, apa yang terzahir tidak seperti apa yang
terlahir di hati..kadang-kadanglah!hehe
dia: fynass pegang tangan am kuat-kuat
fynass: (sambil tarik muka) yele
qila: arm, aku rasa dia tak solat asar hari ni..
aku: hurmm...
qila: dia pergi bazar dengan bos, dan balik maghrib kemudian tinggalkan asar begitu sahaja.
aku: kau tak tegur..?
qila: sudah, tapi dia cakap tak sengaja takpe.,
aku: mengeluh berat~
Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.
ad-Dzariyaat:56maksudnya: seorang hamba itu apabila solat, datang bersamanya dosa-dosa di atas kepalanya atau bahunya. Maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu daripadanya.Riwayat Ibn. Habban di dalam Sohehnya.
maksudnya:sesungguhnya manusia itu bersifat kedekut dan kikir,mengeluh apabila kesusahan menimpanya,dan kikir apabila mendapat keuntungan,kecuali mereka yang menunaikan solat.
( Al-Ma’aarij:19-23)Neraka Wail (celakalah) bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari mengerjakan solat (melengah-lengahkannya)
(Al-Maa’un:4-5)Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a tentang hadis Isra’ dan Mi’raj beliau berkata: “ Kemudian baginda baginda melalui satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar,setiap kali dipecahkan ia bercantum kembali seperti sediakala. Kemudian Rasulullah SAW bertanya:”Ya Jibril! Siapakah mereka??”, maka jawab Jibril: “Mereka ialah yang memberatkan kepala mereka dengan sembahyang fardhu.”
aku: x solat ea semalam..??
dia: ermm....
aku: Allah minta 5 je..bukan 50..bukan 500 tunaikanlah 5 tu..
dia: errrr pukul berapa ni..
aku: haa dengo, am nak nak bagi tazkirah, hehe
dia: ye la..nanti orang akan cuba..
untuk dia.
biar mereka berkata, kalau am tegur, kau akan bersolat sebab am..biarlah itu urusan kau dengan Allah..kau bersolat demi siapa..mungkin pada awalnya kerana am..tapi pada akhirnya..siapa tahu..
untuk mereka.
ketahuilah, dalam diri manusia ada sesuatu yang seperti ombak, kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah, boleh di bolak balikan, itulah dipanggil iman.
dan dalam hidup punya sesuatu yang Allah kurniakan, pada mereka yang selalu meminta..hidayah.bukan hidayah b abu ke, hidaya zulkifli ke..bukan-bukan2..ni hidayah betul-betul punya.Jika Allah ingin kurniakan dalam sekelip mata dan jika Allah ingin tarik jua dalam sekelip mata. Jangan bongkak.
ingatlah apa yang paling bahaya apabila orang merasakan mereka baik~
p/s: aku belum terima kau, dan aku harap walau apapun..semoga Allah pelihara kau dan mereka-mereka yang aku sayang di sini.
p/ss: kejutan budaya, sebelum ni kawan-kawan semuanya yang menjaga solat Alhamdulillah
2 comments:
arm..!! nak senyum je jgk.. =)
payah klo dah masuk bab hati neh.tulus,ikhlas sume tu subjektif sgt bagi aku.payahlah kiranye!hi3
Post a Comment