Followers

Showing posts with label religious. Show all posts
Showing posts with label religious. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

kan da cakap..

kan dah cakap..
tak rugi cintakan Allah..
hari-hari sebelum hari ini..
mintak kat Allah dipermudahkan
segalanya dekat THONEH..

minta-mintalah doktor tak cakap

"OUT!!"

or

"present to me about this case"

or

"ok, this is your patient, up to u nak buat ape"

tapi Allah beri saya
doktor yang sangat baik..

tenkiu my dear Allah :)

"bersangka baiklah pada Allah..sesunggunhya Allah maha mengetahui segala kemampuan kita melebihi diri kita sendiri"

Saturday, January 22, 2011

sebak..

Bismillahhirrahmanirrahim..


Terasa lama wasiat as syahid Hassan Al-Banna tidak ku buka..kandungan ayat-ayat cintanya sentiasa membuatku sebak..

Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada dihatimu atau kamu menyembunyikannya nescaya Allah akan membuat perhintungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang di kehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah maha berkuasa atas sesuatu. Al-Baqarah 284

Subhanallah..terlupa sungguh aku..aku punya Allah yang maha mengetahui..yang maha memahami..hatiku lebih dari diriku sendiri

Ya Allah, aku berlindung pada MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada MU dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-MU dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

dan ku akhiri wasiat itu dengan doa..

Ya Allah kurniakan kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU. hati yang penuh segar mensyukuri nikmat MU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah Mu. 
Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyu' ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap
Ya Allah kurniakan lah kami cara hidup yang jitu dan unggul,selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami ya Allah iamn yang sebenarnya sehingga kami tidak gentar mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkan lah lembayung rahmat MU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat mempercepatkan permintaan kami.

Sebak..kenapa begitu lama ku biarkan wasiat, nasihat serta ayat-ayat penenang ini lama terbiar..sedang aku sibuk mencari penenang..aku lupa Allah sentiasa disisi aku..

Terima kasih Allah..kerana ke berapa ribu kali..Engkau sentiasa mengilhamkan ketenangan buat hamba mu ini..

Wednesday, December 22, 2010

anda malang..?


adakah kamu terasa malang..?? ape yg membuatkan kamu terase malang...?

--> kene tinggal bf/gf..?
--> patah salh 1 anggota badan..??
--> x lulus final paper..?
--> upsr/pmr/ spm x mencapai target..?
--> menghidapi sakit2 kronik sperti jntung,HIV or sbagainye..?
--> anak yatim piatu..?
--> x leyh duk kat umah banglo cam linda onn..?or x mmpunyai istana cm khir toyol..?
--> x dapat memandu kereta idaman..?
--> menganggur..??
--> DLL..

maka..jikalau kamu menghadapi maslah di atas..bersyukurlah..kerana kamu masih hidup..

tahukah kamu siapa yg palng malang..?
mereka yang di campakkn ke dalam api neraka


yang panasnye tak terbayangkn oleh kita..dan kita jigak x leyh nak patah blik..

Firman Allah Azza wa Jalla.

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَاهُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

"Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:"Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka". [Al Baqarah:167].


tapi malangnye..tak boleyh kita nak kmbali kt dunia..jadi..bersyukurlah kerana kita masih idup..

bersyukurlah kerna masih punya kesempatan untuk bertaubat...

bersyukurlah..kerana kasih syg Allah x pernah putus..

bersyukurlah kerana kita bukan org yg malang..

p/s: adakah anda trase anda masih malang..?renung2kn..dengar..dan berfikir..berpegang pada Al-Quran n As-sunnah..(^_^)

Thursday, November 25, 2010

memberi..?menerima..? menyimpan..?




Owh, banyak tanda soal untuk tajuk entry hari ini..memberi? menerima atau menyimpan? mari kita teliti sabda nabi kesayangn kita ni nabi Muhammad s.a.w

Rasullullah S.A.W bersabda yg bermaksud:

"Daripada kalangan umatku ini, siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?" sahabat bertanya, "Wahai Rasullullah, siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?" Baginda bersabda lagi, "Harta sendiri adalah harta yang didermakan, disedekahkan kepada orang lain. Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa."

jelaslah Rasullullah menggalakkan kita bersedekah terutama kepada fakir miskin, anak2 yatim serta org yang berjuang di jalan Allah..

kepercayaan 1 saya:

::cara nak jadi kaya kene simpan duit, jadi kedekut, bila kedekut tu r sebab kaya::

tibe2 teringat seorang rakan, dia bercita-cita untuk menjadi jutawan pada umur awal 40-an, wahh bangga sungguh aku dapat kawan macam ni..jadi dia pun mula la menyimpan..masalahnye sifat suka menyimpan tuh membantu dia menjadi seorang yang bakhil (ya Allah jauhilah kami dari sifat bakhil) . Apa salah dia, bukankah dia meyimpan untuk masa hadapan nya..? sejak berkawan dengan dia, saya percaya jalan untuk menjadi kaya adalah dengan menyimpan..memang betul kerana pada umur 18 (kalau x clap) dlm akaun bank dia ada lebih 10k kot..tapi harusla ada kelemahan kan..dia seorang yang kedekut sikit, x banyak pon..tp akhirnya Allah tunjuk sesuatu pada saya, Allah menarik semua simpanan dia..(adalah kisahnye :)) ini mungkin ujian untuk dia..kita kan tak tahu selagi kita tak di uji..tapi saya ambil kisah ni jadi pengajaran untuk saya..

kepercayaan ke 2:

::memberi seikhlas hati, mungkin miskin harta tapi jiwa kaya, semakin banyak memberi semakin banyak kita menerima::

tahun pertama di UiTM, memang banyak mengubah saya, mungkin persekitaran dan juga ke tidak kukuhan iman di dada..hehe..kemudian tahun ke-2 saya membuat keputusan untuk menjadi NR (non-residen means x duk hostel la)..kemudian saya "ter" berbaik dengan seorng senior saya. Mungkin juga bukan "ter" Allah menyusun cerita hidup saya. Sahabat saya ini, bukan org senang, course yang saya pelajari sekarang adalah kritikal course jadi, majoriti antara kami mendapat tajaan JPA, tp tidak untuk sahabat saya seorang ini. Hanya berbekalkan PTPTN yang tidak seberapa dia meneruskan hidup bersama kami. Apa yang paling saya kagum dengan sahabat saya ini, akhlaknya. Masih sampai sekarang saya amat kagum dengan peribadinya, juga saya blajar perlahan-lahan menjadi seseorang. Walaupun bukan dari org yang senang, dia tidak pernah lokek membelanja kawan2nya, memberi pertolongan selagi mampu (mcm g beli tiket nak blik ke, or beli brang ape2 ke) tanpa merungut. Berjuang di jalan Allah..dan sebagainya di jalan Allah...tapi, sahabat saya ini walaupun sentiasa kekurangan dari segi kewangan tapi pada setiap masalah yang dia hadapi, jalan penyelesaian nya sentisa dimudahkan Allah.Subhanallah

Kenalkah anda pada Rabiatul Adawiyah..?seorang wanita solehah wali Allah. Pernah ada tetamu di rumah usang wali Allah, tetapi apa yang ada di rumah wali ini adalah sepotong roti, Rasullullah menggalakkan kita memuliakan tetamu, lalu teringat pada sabda Rasullullah bahawa harta yang disekahkan dengan ikhlas akan di balas Allah 10 x ganda (if i'm not mistaken) lalu, wanita solehah ini mendermakan sepotong roti itu. Dalam masa yang sama pembesar negeri itu di kurniakan naluri oleh Allah untuk memberi sedekah kepada wanita solehah ini, lalu dihantar hambanya untuk menghantar roti2 ke rumah Rabiatul Adawiyah, apabila di buka penutup bakul itu, terdapat 10 potong roti, lalu Rabiatul Adawiyah R.A menjamu tetamu2 nya dengan roti yang didapati..

sahabat, percayakah kamu pada janji Allah..? jika kamu memberi bermakna kamu menerima
contohnya:-

kamu berjalan di pasar malam, ada fakir miskin..kamu melangkah betul2 di hadapan nya..apakah tindakan kamu:-
a) berlalu sambil uat x taw
b) berhenti tenung org tuh lame2 smbil membebel lam ati (isk xde kuarga ke, x reti cari keje ke)
c) bg je bape2 seikhlas hati..moga sedikit bantuan yang diberi dpt membantu die sedikit

kesannya:-

a) x dapat apa2 pengemis tuh dan jua kamu
b) kamu dapat dosa, sbb x pasal2 yanag mcm nak maki org tuh pasal pe kan
c) pengemis tuh dapt duit jua kamu dapt saham di akhirt..=)

jadi pilihan di tangan kamu..bila ada org datang meminta, bermakna Allah menggerakan kakinya untuk datang padamu, jua Allah menerangkan mata kamu untuk menyedari kehadiran org2 susah di keliling kamu..untuk apa..?kerana Allah mahu kamu membuat kebajikan..kerana Allah amat syg kan kamu..kerana Allah itu maha penyayang.

jadi, apa yang cuba saya sampaikan..?berkongsilah, berkongsilah dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Memberilah kerana kita mampu memberi sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima..kerana kita tidak tahu, tangan kita yang memberi ini suatu hari nanti menadah pertolongan orang lain, semoga jika sampai saat itu, banyak tangan2 yang sanggup memberi pertolongan untuk kita. Memberi bukan sekadar harta, ilmu juga semakin di kongsi semakin bertambah, senyumlah, kerana senyuman mampu menyimpulkan ukhuwah yang tidak pernah kamu sangkakan, bantulah selagi kamu mampu, kerana moga2 bantuan mu meringankan beban yang di pikul..

.:tamat:.

p/s: ya Allah, jauhilah ak dari sifat bakhil, ilmu yang tidak bermanfaat serta doa yang tidak di makbulkan..

Tuesday, June 22, 2010

duhai hati...

SeLamaT menempuhi hiduP wahAi hatI~~

warkah uat hati...

ketahuilah hatiku...
sesungguhnya..hati org2 mukmin itu sentiasa bahagia..
amat pelik...
pabila kegembiraan mendatang..
hati2 org mukmin itu bersyukur...
pabila kedukaan itu singgah..
hati2 org mukmin itu bersyukur..
sedih atau gembira..berjaya atau gagal..
hati2 org mukmin itu penuh keredhaan..

wahai hatiku..
tidak inginkah dikau menjadi sebahagian
dari kumpulan hati2 yang bahagia itu..??

mengapa begitu keras engkau dalam ibadahnya..
mengapa begitu tebal malu mu dlm menutup seluruh aurat..
mengapakh tmbul sdikit riak pada engkau
di saat pujian datang..
tahukah engkau wahai hati...
pujian itu ibarat pisau yang tajam untuk
hati2 org mukmin...??

mengapa begitu berat engkau untuk mnghayati ayt2 cinta dr tuhanmu..??
mengapa kerasnya engkau sehingga tidak tersentuh
dengan keindahan surat2 cinta Tuhanmu..??
mengapa duhai hati..???

duhai hati..
duhai hati yg semakin menghitam..
duhai iman yg semakin menipis..
akalku yg sihat..
jiwaku yg sakit..
merayu pada hatiku...
jgn diturut nafsu...
bashkan dirimu dgn zikrullah
ingtkan akalmu..
ingatkan lidahmu..
bahawa diri ini..
hanyalah pinjaman..
yg bakal di tarik kembali..
maka disaat itu..
sediakah diri ini menghadap tuhan....??