Followers

Tuesday, May 3, 2011

rezeki dan waktu dhuha

Assalamualaikum n hai dear reader,


Rezeki, rezeki itu bukan sekadar dilimpahi kekayaan harta benda semata. Duit datang berkepuk-kepuk (bayangkan duit terbang! wah kayo pakcik kayo!). Rezeki itu bukan sekadar yang datang bergolek sambil kamu menjerit berkata "Waah!! rezeki terpijak ni!" sambil terlupa mengucapkan Alhamdulillah (ok aku kadang2 camni gak sebab excited sangat). Rezeki itu bukan sekadar sesuatu yang tidak di jangka, tetapi sesuatu yang kamu usahakan. Rezeki itu datang dari Allah untuk menghargai jua menguji kamu. 

Rezeki itu..(diam, berfikir)

keluarga yang bahagia

hati yang senang

iman dan islam

isteri/suami solehah/soleh

sahabat yang baik

otak yang cerdas

anak-anak yang soleh jua solehah

hurmm nikmatnya jika dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..

tahukan, ada satu solat dua rakaat yang membuka pintu rezeki. Iaitu solat sunat dhuha. so today, aku dengan kebaikan hati aku (hehe perasan) nak berkongsi doa solat dhuha ni. Semoga jadi amalan kita bersama..hei,hei solat sama taw!bukan baca doa je. Moga kebaikan kalian membuka sedikit ruang pahala jua untukku =)

"Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya waktu dhuha itu, waktu dhuha-MU, kemegahan itu kemegahan-MU, keindahan itu keindahan MU, Kekuatan itu, kekuatan MU; kekuasaan itu kekuasaan MU; dan perlindungan itu perlindungan MU. Ya Allah, Ya Tuhanku! jika rezekiku masih berada di langit, turunkanlah dia; dan jika berada di bumi maka keluarkanlah dia; dan jika sukar maka permudahkanlah dia, dan jika haram maka bersihkanlah dia; dan jika jauh, maka perdekatkanlah dia, dengan berkat waktu dhuha keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaan MU, Engkau limpahkanlah kepada aku seperti yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba MU yang soleh itu."


Doa, doa itu harus ikhlas, doa itu harus disertakan dengan keyakinan bahawa doa kamu akan dimakbulkan.

p/s: sharing is caring!

p/ss: semoga hidup kamu, kamu,kamu, kamu dan saya sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya


2 comments:

Bidadari Syurga said...

solat nielah yang selalu akak terbabas... weeeee... mekasih ingatkan ya...

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik