Followers

Tuesday, May 24, 2011

keputusan itu milik Allah


Bismillah, dengan izin Allah dengan sedikit kerajinan pinjaman dari Allah aku cuba menulis kembali (tulis panjang-panjang biar korang muntah nak baca.)

Segalanya terang, masih jelas perancangan hidup telah Allah tetapkan untuk aku jua kamu. Aku manusia biasa, itu sudah pasti, buktinya aku bernafas seperti kamu, aku jua punya bayang-bayang seperti kamu, aku jua berdarah apabila terluka, aku punya air mata (kadang-kadang lebih dari orang lain hehe) dan yang paling penting aku punya pusat! (cis nak juga diselitkan cerita dongeng kyle xy tu kan).

(tengok, dia tiada pusat. Jadi korang pikir tak, aurat dia dekat mana eyh? gambar kyle xy yang aku pinjam sekadar hiasan je ye bang ye!) 

Jadi sekiranya aku seorang manusia, maka aku jua punya perancangan. Cantik rancangan yang aku susun dari aku menjadi seorang pelajar optometri. Sesudah tamat kursus 4 tahun yang aku ambil, di mana aku mahu berkhidmat, syarikat apa yang harus aku sertai, berapa lama harus aku sambung pelajaranku, semuanya kemas tersusun di akal minda yang tuhan kurniakan.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Ya, kita hanya merancang, keputusan itu semua milik Allah. Telah Allah bolak balikkan hati aku untuk terus tetap bekerja di sesuatu tempat. Ah, pasti ada hikmah di sebalik semua itu kan? 

Kecewa?
(ah, adik jangan kecewa sangat, banyak lagi orang punya masalah yang tidak mampu diselesaikan. Bukankah setiap persoalan itu punya jawapan seperti setiap sakit punya ubatnya kecuali mati dan tua)

Jangan bicara soal kecewa. Telah aku pahatkan pada hati ini. Arm redhalah, ada yang lebih baik dan besar menunggu kamu. Bukankah Allah telah menetapkan tempat letak untuk kamu. Bukankah telah Allah rangkakan perangkaan paling agung yang tiada tolok bandingnya untuk kamu. Kerana kamu dan diri kamu tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kamu. Allah itu maha mengetahui dan tidak pernah mengecewakan kamu.

Pilihan?
(ya, kamu punya pilihan. Menjadi baik atau jahat, menjadi gemuk atau kurus; ada kena mengena ke?)

Ya, aku akui banyak pilihan yang datang. Aku keliru, aku buntu. Ingin aku suarakan pada siapa, kerana mereka tidak memahami aku. Aku selalu terlupa, Tuhan itu sentiasa ada untuk mendengar doa-doa aku.

Cemburu?

(kenapa harus cemburu? bukankah kamu jua punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka?)


Aku manusia. Sudah aku katakan di awalnya bukan? aku seorang manusia. Harus aku punyai rasa cemburu, rasa putus asa dan jua kecewa. Cuma aku selalu mengintai hikmah di balik-balik kelukaan yang menimpa.

Masa?
(apa yang kamu kejarkan kawan, bukankah semuanya sudah tertulis?)

Cepat atau lambat, masa itu Allah tentukan. Ah, beri peluang aku berehat kiranya. Menambahkan ibadat kerana aku hamba yang leka. Oh Allah, tunjukkan aku pengajaran dalam musibah yang Engkau timpakan.

Jadi, keputusan itu semua Allah punya. Aku hamba yang mampu berusaha, yang mampu menadah tangan memohon doa. Jangan ya Allah, jangan Engkau jadikan aku hamba yang berputus asa. Sungguh aku mahu menjadi seorang yang amat yakin dengan doa. Bukankah, doa itu senjata orang-orang beriman.  Semoga kamu dan jua aku mendapat yang terbaik, kerana telah Allah tetapkan semua yang terbaik untuk kita. Oleh itu intailah, intailah pelangi selepas hujan, nikmatilah harumnya bau hujan, rasalah kedinginan air hujan kerana jika panas berpanjangan kamu dan jua aku pasti bersungut kerana kita manusia yang tidak pernah puas.=) 

1 comment:

Hans Hanis said...

yups betul tu
Allah sayang semua hambanya
:-)

Review Filem Karak Disini