salam dari bumi Melaka, eceh! selamat sampai Melaka sudah, esok officially gugur taraf dari menjadi penganggur. Ah, terasa cepat sungguh masa berlalu. Belum puas bercuti dan honeymoon di rumah. Namun masa itu emas tak patut di sia-siakan.
1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Kenapa Melaka?
persoalan yang bertubi-tubi di tanya rakan-rakan lain. Bukankah banyk negeri lebih dekat? Pinjaman ayat dari Leha, di mana-mana pun masih bumi Allah betulkan? heee itu ayat selamat.
jawapannya.
Entah, aku sendiri kekok untuk memberi jawapan. Allah menggerakkan hati dan tubuhku untukku ke sini. Hikmahnya. hee mari sama-sama kita tunggu dan lihat hikmahnya bersama.
Perasaan.
Hoi, hoi haruslah nerbes (nervous). Walaupun bukan pertama kali bekerja. Tetapi ini officially bekerja. Terasa bagai menari-nari rama-rama dalam perut menanti esok. fuuuh! (sambil lap peluh dekat dahi)
Hoi, hoi haruslah nerbes (nervous). Walaupun bukan pertama kali bekerja. Tetapi ini officially bekerja. Terasa bagai menari-nari rama-rama dalam perut menanti esok. fuuuh! (sambil lap peluh dekat dahi)
Esok saya bergelar optometrist.
InsyaAllah, saya mahu menjadi optometrist yang bertanggungjawab. Menjalankan amanah disamping mencari redha Allah. Saya tahu tidak mudah untuk menggapai redha Allah. Haruslah ada pelbagai rintangan namun kebahagiaan itu bukannya mudah bukan. InsyaAllah, biarlah yang sedikit itu berkat. Yang banyak itu mendatangkan syukur.
2 comments:
betol~~~~~sy sokong 100%, kalo ad 200% pn sy masih sokong..haha. best of luck dear. sm2 merantau..berkelana bak kate mdm su=)
thnks leha =)
Post a Comment