sayang itu tak pernah hilang jua tak pernah kurang..hakikat rindu itu semakin dimengerti bila ada jarak yang memisah..
hakikat cinta itu pula, semakin di cari, semakin hilang arah tuju..
bahasa sayang, kadang-kadang sepi itu pengantar rasa hati..biar hanya mata yang berbicara namun hati mudah mengerti
tubir mata yang selalu basah menjadi saksi..
bahawa setiap sayang yang dipinjam tuhan..setiap sulaman rindu yang menebal, setiap cinta yang berputik masih kekal sebegitu..semakin bertambah mungkin..
bukankah tanpa pengorbanan dan air mata kebahagiaan itu tidak beerti..?
dan bukankah telah Tuhan katakan bahawa ini pinjaman.sayang seadanya, cinta sekadarnya kasih apa yang ada..cuma hati manusia ku terlalu lemah untuk mengakui bahawa mereka-mereka adalah malaikat pelindung sementara ku..kerana hati ini selalu minta untuk dilindungi..kerana diri ini terlalu lemah..untuk bangun setelah jatuh berkali-kali..
p/s: nak balik perak...
No comments:
Post a Comment