Assalamualaikum.=)
semalam, (Hupdate lambat sket, penat) hari pertama menjalankan tugas sebagai optometrist. Ok tak nak cerita pasal customer. Mula-mula kita bercerita tentang suasana.
Farhana Optometrist Melaka Perdana.
Kedai, tidak sebesar mana, biasa cuma kemas. Ya, kemas dan teratur. Pekerja, 5 orang dalam satu kedai.
Aku. Haruslah, yang paling comel dan kiut kan. Ok tutup cerita perasan sekejap.
Iskandar. Staf pertama yang aku jumpa sebelum staf-staf lain. Jawatan optician kedai. Salute dengan budak kecil ni.Potong spec memang power habes la! Ramah, harusla kalau dah cakap 4 tahun dalam optical line ni kan. Gelak je kalau sembang dengan dia (aku memang la kuat gelak kan!)
Naza. Kecik-kecik je orang nye. Comel dan baik.Budak sekolah agama dulu. Kalau nak sembang pasal ilmiah sikit-sikit boleh cari budak ni. Of course aku jeles dengan budak-budak yang kuat ilmu agama ni. (Jeles sebab ilmu takpe) budak ni, budak kedah. Alasan datang melaka sebab nak ambil lesen, sebab 2 kali ambil dekat kedah FAIL! Isk walaupun dengar tak logik datang melaka nak ambil leseen je. But itu reason dia jumpa saya. Thanks adik naza u help me a lot!
K.iera. Dah kahwin ada anak sorang dah akak ni. Umur baru 26 tahun. K.iera ni memang orang melaka. So faham-faham la kalau orang melaka cakap macam mana, semua keluar. Tapi k.iera baik. Tak kedekut ilmu, banyak pengalaman hidup yang k.iera kongsi. Jalan-jalan kat melaka ni, k.iera cakap kalau sesat call dia je! wahh cayalah k.iera. hee
Fynass ( Tak jumpa lagi sebab dia cuti semalam)
minta k.Iera ajar loghat melaka. Tiba-tiba Iskandar sampuk, ehh jangan am, x boleh. Dengar tak pe ikut jangan. Sebab, kawan cik Md. Nor (bos kitaorang) panggil Is macam ni "weyh jahananm, ko sini2" dengar macam kasar, tapi tuh la bahasa diaorang kan T.T
p/s: Ya Allah peliharalah aku dari apa yang buruk. Bina lah akhlak yang baik dari dalam hatiku. Semoga perkara-perkara baik sahaja keluar dari mulutku, dan semoga keburukan aku di bawah peliharaan MU
Semalam
2 comments:
alhamdulillah....amin...=)
biar betoi bos panggil gitu
dasyt ahh
^_^
Post a Comment