Rasullullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
"Daripada kalangan umatku ini, siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?" sahabat bertanya, "Wahai Rasullullah, siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?" Baginda bersabda lagi, "Harta sendiri adalah harta yang didermakan, disedekahkan kepada orang lain. Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa."
jelaslah Rasullullah menggalakkan kita bersedekah terutama kepada fakir miskin, anak2 yatim serta org yang berjuang di jalan Allah..
kepercayaan 1 saya:
::cara nak jadi kaya kene simpan duit, jadi kedekut, bila kedekut tu r sebab kaya::
tibe2 teringat seorang rakan, dia bercita-cita untuk menjadi jutawan pada umur awal 40-an, wahh bangga sungguh aku dapat kawan macam ni..jadi dia pun mula la menyimpan..masalahnye sifat suka menyimpan tuh membantu dia menjadi seorang yang bakhil (ya Allah jauhilah kami dari sifat bakhil) . Apa salah dia, bukankah dia meyimpan untuk masa hadapan nya..? sejak berkawan dengan dia, saya percaya jalan untuk menjadi kaya adalah dengan menyimpan..memang betul kerana pada umur 18 (kalau x clap) dlm akaun bank dia ada lebih 10k kot..tapi harusla ada kelemahan kan..dia seorang yang kedekut sikit, x banyak pon..tp akhirnya Allah tunjuk sesuatu pada saya, Allah menarik semua simpanan dia..(adalah kisahnye :)) ini mungkin ujian untuk dia..kita kan tak tahu selagi kita tak di uji..tapi saya ambil kisah ni jadi pengajaran untuk saya..
kepercayaan ke 2:
::memberi seikhlas hati, mungkin miskin harta tapi jiwa kaya, semakin banyak memberi semakin banyak kita menerima::
tahun pertama di UiTM, memang banyak mengubah saya, mungkin persekitaran dan juga ke tidak kukuhan iman di dada..hehe..kemudian tahun ke-2 saya membuat keputusan untuk menjadi NR (non-residen means x duk hostel la)..kemudian saya "ter" berbaik dengan seorng senior saya. Mungkin juga bukan "ter" Allah menyusun cerita hidup saya. Sahabat saya ini, bukan org senang, course yang saya pelajari sekarang adalah kritikal course jadi, majoriti antara kami mendapat tajaan JPA, tp tidak untuk sahabat saya seorang ini. Hanya berbekalkan PTPTN yang tidak seberapa dia meneruskan hidup bersama kami. Apa yang paling saya kagum dengan sahabat saya ini, akhlaknya. Masih sampai sekarang saya amat kagum dengan peribadinya, juga saya blajar perlahan-lahan menjadi seseorang. Walaupun bukan dari org yang senang, dia tidak pernah lokek membelanja kawan2nya, memberi pertolongan selagi mampu (mcm g beli tiket nak blik ke, or beli brang ape2 ke) tanpa merungut. Berjuang di jalan Allah..dan sebagainya di jalan Allah...tapi, sahabat saya ini walaupun sentiasa kekurangan dari segi kewangan tapi pada setiap masalah yang dia hadapi, jalan penyelesaian nya sentisa dimudahkan Allah.Subhanallah
Kenalkah anda pada Rabiatul Adawiyah..?seorang wanita solehah wali Allah. Pernah ada tetamu di rumah usang wali Allah, tetapi apa yang ada di rumah wali ini adalah sepotong roti, Rasullullah menggalakkan kita memuliakan tetamu, lalu teringat pada sabda Rasullullah bahawa harta yang disekahkan dengan ikhlas akan di balas Allah 10 x ganda (if i'm not mistaken) lalu, wanita solehah ini mendermakan sepotong roti itu. Dalam masa yang sama pembesar negeri itu di kurniakan naluri oleh Allah untuk memberi sedekah kepada wanita solehah ini, lalu dihantar hambanya untuk menghantar roti2 ke rumah Rabiatul Adawiyah, apabila di buka penutup bakul itu, terdapat 10 potong roti, lalu Rabiatul Adawiyah R.A menjamu tetamu2 nya dengan roti yang didapati..
sahabat, percayakah kamu pada janji Allah..? jika kamu memberi bermakna kamu menerima
contohnya:-
kamu berjalan di pasar malam, ada fakir miskin..kamu melangkah betul2 di hadapan nya..apakah tindakan kamu:-
a) berlalu sambil uat x taw
b) berhenti tenung org tuh lame2 smbil membebel lam ati (isk xde kuarga ke, x reti cari keje ke)
c) bg je bape2 seikhlas hati..moga sedikit bantuan yang diberi dpt membantu die sedikit
kesannya:-
a) x dapat apa2 pengemis tuh dan jua kamu
b) kamu dapat dosa, sbb x pasal2 yanag mcm nak maki org tuh pasal pe kan
c) pengemis tuh dapt duit jua kamu dapt saham di akhirt..=)
jadi pilihan di tangan kamu..bila ada org datang meminta, bermakna Allah menggerakan kakinya untuk datang padamu, jua Allah menerangkan mata kamu untuk menyedari kehadiran org2 susah di keliling kamu..untuk apa..?kerana Allah mahu kamu membuat kebajikan..kerana Allah amat syg kan kamu..kerana Allah itu maha penyayang.
jadi, apa yang cuba saya sampaikan..?berkongsilah, berkongsilah dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Memberilah kerana kita mampu memberi sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima..kerana kita tidak tahu, tangan kita yang memberi ini suatu hari nanti menadah pertolongan orang lain, semoga jika sampai saat itu, banyak tangan2 yang sanggup memberi pertolongan untuk kita. Memberi bukan sekadar harta, ilmu juga semakin di kongsi semakin bertambah, senyumlah, kerana senyuman mampu menyimpulkan ukhuwah yang tidak pernah kamu sangkakan, bantulah selagi kamu mampu, kerana moga2 bantuan mu meringankan beban yang di pikul..
.:tamat:.
p/s: ya Allah, jauhilah ak dari sifat bakhil, ilmu yang tidak bermanfaat serta doa yang tidak di makbulkan..
No comments:
Post a Comment