Followers

Thursday, June 30, 2011

things get better

dear blog,

first at all, sorry for not being here for a long time.. I'm not forgetting you but I'm just kinda busy adjusting my new chapter of life.

dear blog..

there's many thing that i'm thinking right now that i just dont know how to tell u or others. sometimes i just felt that i'm not that maryam jameelah before. There's something changing me deep down. Maybe this what we called process of mind maturity..(ye dop ayat aku ni) hehe..and for the some time i felt that i'm missing home that i've never felt before that made me cry with boyot before i'm falling asleep back then.

hurmm..and I'm start acting weird like I'm being more reckless and careless and that's not like me before.

and I'm start missing the old day when there's nothing to worry much..when I just can start the car engine to return home..when i can hug n kiss mum n dad when i feel like i want to do it..

n my heart tell me this

U r big girl right now..n big girl don't cry..

Friday, June 24, 2011

#12

sepuluh juta kali..kau cakap kau sayang dia..
sepuluh juta kali kau cakap kau rindu dia..
sepuluh juta kali kau cakap hanya dia untuk kamu..
sepuluh juta kali jua hati ini pecah berderai..
entah mengapa..hati ini berdegil..untuk terus dilukai


p/s:even kau memikirkan sesorang untuk menggantikan tempat kamu disisi dia..jika kau tiada..sudah cukup untuk gambarkan betapa kau sangat kasihkan dia..dang! jeles teramat.T_T

Wednesday, June 22, 2011

#11

kadang-kadang hati salah mentafsir..
bila bibir berbicara kata sayang..
entah mengapa resah..
bila difikirkan balik
senyap itu lebih bermakna..

Monday, June 20, 2011

buat mereka yang teramat dirindui

sayang itu tak pernah hilang jua tak pernah kurang..hakikat rindu itu semakin dimengerti bila ada jarak yang memisah..

hakikat cinta itu pula, semakin di cari, semakin hilang arah tuju..

bahasa sayang, kadang-kadang sepi itu pengantar rasa hati..biar hanya mata yang berbicara namun hati mudah mengerti

tubir mata yang selalu basah menjadi saksi..

bahawa setiap sayang yang dipinjam tuhan..setiap sulaman rindu yang menebal, setiap cinta yang berputik masih kekal sebegitu..semakin bertambah mungkin..


bukankah tanpa pengorbanan dan air mata kebahagiaan itu tidak beerti..?


dan bukankah telah Tuhan katakan bahawa ini pinjaman.sayang seadanya, cinta sekadarnya kasih apa yang ada..cuma hati manusia ku terlalu lemah untuk mengakui bahawa mereka-mereka adalah malaikat pelindung sementara ku..kerana hati ini selalu minta untuk dilindungi..kerana diri ini terlalu lemah..untuk bangun setelah jatuh berkali-kali..

p/s: nak balik perak...

Monday, June 13, 2011

ada yang tidak terluah

hurmmm

selalunya...bila ditanya..arm ok..?

"ok je..=)" sambil senyum..


arm ada masalah..?

"ok je stakat ni..sambil gelak-gelak gedik"


hakikatnya ada yang tidak terluah..kerana bimbang ada yang risau.

owh hati teruslah bertabah..owh air mata, tahanlah kamu di tempat kamu, owh jiwa, kekallah tenang.

terasa teramat berat...

Thursday, June 9, 2011

tercipta untukku

Assalamualaikum..

Mungkin di saat ini, ramai pembaca-pembaca bujang yang sedang membaca ruangan ini..eceh! yang dah kahwin, or belum kahwin, ataupun mempunyai angan-angan untuk berkahwin, ataupun berkahwin lagi! cheewah..takde kena mengena. apekah intro ini..? =P

Tercipta untukku..(akui ini tajuk lagu ungu)

Mungkin seringkali kita terfikir siapa tercipta untuk kita. Yang mampu memimpin tangan kita meniti hidup bersama. Seringkali kita tersasar pilihan menentukan siapakah pemilik tulang rusuk ini, atau milik siapakah tulang rusuk yang melindungi hati ini.

Siapakah?

Persoalan yang tiada jawapan. Kamu, yang sudah berumah tangga, kamu pasti itu pemilik tulang rusuk itu..? ah, kamu mesti cakap ya, jika tidak masakan kamu ditakdirkan bersama dia kan? kamu sekali lagi, ia kamu la, jangan pandang kanan dan kiri, adakah kamu yakin bahawa kamu dengan dia kekal sehingga di syurga kelak?

ha... tengok kamu tak boleh jawab kan..

bila.?

Masa adalah hadiah paling beharga Tuhan untuk hambanya. Kerana dalam setiap detik masa yang berlalu pasti kamu belajar sesuatu, pasti Tuhan hadiahkan kamu sesuatu kan. Tanpa dijangka. Begitu jua jodoh, kamu akan perolehi bila tiba masa kamu nanti. Jangan gopoh adik, doa itu penting

p/s: x mampu nak tulis. to be continue

Sunday, June 5, 2011

hari pertama itu positif

Assalamualaikum.=)

semalam, (Hupdate lambat sket, penat) hari pertama menjalankan tugas sebagai optometrist. Ok tak nak cerita pasal customer. Mula-mula kita bercerita tentang suasana.

Farhana Optometrist Melaka Perdana.

Kedai, tidak sebesar mana, biasa cuma kemas. Ya, kemas dan teratur. Pekerja, 5 orang dalam satu kedai.

Aku. Haruslah, yang paling comel dan kiut kan. Ok tutup cerita perasan sekejap.

Iskandar. Staf pertama yang aku jumpa sebelum staf-staf lain. Jawatan optician kedai. Salute dengan budak kecil ni.Potong spec memang power habes la! Ramah, harusla kalau dah cakap 4 tahun dalam optical line ni kan. Gelak je kalau sembang dengan dia (aku memang la kuat gelak kan!)


Naza. Kecik-kecik je orang nye. Comel dan baik.Budak sekolah agama dulu. Kalau nak sembang pasal ilmiah sikit-sikit boleh cari budak ni. Of course aku  jeles  dengan budak-budak yang kuat ilmu agama ni. (Jeles sebab ilmu takpe) budak ni, budak kedah. Alasan datang melaka sebab nak ambil lesen, sebab 2 kali ambil dekat kedah FAIL! Isk walaupun dengar tak logik datang melaka nak ambil leseen je. But itu reason dia jumpa saya. Thanks adik naza u help me a lot!

K.iera. Dah kahwin ada anak sorang dah akak ni. Umur baru 26 tahun. K.iera ni memang orang melaka. So faham-faham la kalau orang melaka cakap macam mana, semua keluar. Tapi k.iera baik. Tak kedekut ilmu, banyak pengalaman hidup yang k.iera kongsi. Jalan-jalan kat melaka ni, k.iera cakap kalau sesat call dia je! wahh cayalah k.iera. hee

Fynass ( Tak jumpa lagi sebab dia cuti semalam)

minta k.Iera ajar loghat melaka. Tiba-tiba Iskandar sampuk, ehh jangan am, x boleh. Dengar tak pe ikut jangan. Sebab, kawan cik Md. Nor (bos kitaorang) panggil Is macam ni "weyh jahananm, ko sini2" dengar macam kasar, tapi tuh la bahasa diaorang kan T.T

p/s: Ya Allah peliharalah aku dari apa yang buruk. Bina lah akhlak yang baik dari dalam hatiku. Semoga perkara-perkara baik sahaja keluar dari mulutku, dan semoga keburukan aku di bawah peliharaan MU
Semalam

Friday, June 3, 2011

officially gugur taraf

Assalamualaikum..

salam dari bumi Melaka, eceh! selamat sampai Melaka sudah, esok officially gugur taraf dari menjadi penganggur. Ah, terasa cepat sungguh masa berlalu. Belum puas bercuti dan honeymoon di rumah. Namun masa itu emas tak patut di sia-siakan.


1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

 Kenapa Melaka?

persoalan yang bertubi-tubi di tanya rakan-rakan lain. Bukankah banyk negeri lebih dekat? Pinjaman ayat dari Leha, di mana-mana pun masih bumi Allah betulkan? heee itu ayat selamat. 

jawapannya.

Entah, aku sendiri kekok untuk memberi jawapan. Allah menggerakkan hati dan tubuhku untukku ke sini. Hikmahnya. hee mari sama-sama kita tunggu dan lihat hikmahnya bersama.

Perasaan.

Hoi, hoi haruslah nerbes (nervous). Walaupun bukan pertama kali bekerja. Tetapi ini officially bekerja. Terasa bagai menari-nari rama-rama dalam perut menanti esok. fuuuh! (sambil lap peluh dekat dahi)

Esok saya bergelar optometrist.

InsyaAllah, saya mahu menjadi optometrist yang bertanggungjawab. Menjalankan amanah disamping mencari redha Allah. Saya tahu tidak mudah untuk menggapai redha Allah. Haruslah ada pelbagai rintangan namun kebahagiaan itu bukannya mudah bukan. InsyaAllah, biarlah yang sedikit itu berkat. Yang banyak itu mendatangkan syukur. 



Thursday, June 2, 2011

#10

satu hari nanti, saya akan tinggalkan awak juga.

(those words like a needle) sumber: klik

p/s: awak, bila that day arrive, the time that u are really sure that u'll leave me behind. Just imagine that I'm crying even worst that I'm crying on "that" day and, I want u to believe that, when I'm able crying hardly means I'm able to laugh fully because Allah wont let me down forever. So when that day comes, please enjoy your life fully, smile greatly because u have a beautiful smile ever, and please don't think of me.

even read it again make me sick. Dang, asal aku pi letak kat sini plak!