Followers

Wednesday, January 18, 2012

surat untuk my other half..

Assalamualaikum..

dear my other half..

Hai, apa khabar sayang..? sihatkah awak di sana? bagaimana iman awak.? sudah solat asarkah..? bersediakah sayang untuk solat berjemaah maghrib di masjid? Sudahkah sayang membaca surat-surat cinta dari Allah untuk sayang..?ataupun sayang terlampau sibuk..cukuplah sayang mendengarkan alunan-alunan indah dari mereka yang  Tuhan anugerahkan suara emas untuk mendendangkan lagu indah dari puisi-puisi indah Tuhan.

dear my other half..

Awak di mana..? dekatkah dengan saya? atau jauh hingga tidak terjangkau akal saya mengintai rindu ini. atau awak sebenarnya tersangat dekat sehingga kita berselisih setiap hari tetapi kita tidak menyedari bahawa kita sebenarnya ibarat puzzle yang saling melengkapkan..

Sayang,

Saya rindukan awak. Rindukan saat bahagia yang Tuhan janjikan. Bertapa indahnya ikatan yang Tuhan janjikan sehingga kekasih Allah mengatakan bahawa berkahwin itu melengkapkan separuh agama.Subhanallah, tidak dapat saya bayangkan melayar bahtera perkahwinan kita nanti. Solat berjemaah, bertadabbur bersama, masak bersama dan kita saling melengkapi kerana kita berdua terlampau banyak kurangnya.

Dear my other half..

Saya ingin bercerita dengan sayang, baru-baru ini hati terasa sakit. Saya ingin sekali membenci dia yang menyakiti hati saya. Namun memikirkan sirah nabi, apa yang kekasih Allah ajarkan pada kita amat indah. Sayang tahu tak kisah nabi dan pengemis..? sayang lupa ye..? biar saya yang ingatkan..

Dahulukan sayang, ada seorang pengemis kafir yang buta. Dia amat bencikan nabi kita yang berusaha membawa ajaran Tuhan. Ada seorang hamba Tuhan ini, selalu memberi makan pengemis kafir ini. Setiap kali hamba Allah yang budiman itu datang, pengemis itu acap kali mencaci nabi kita. Sedangkan pengemis itu tidak pernah melihat, mengenali apatah lagi berbicara dengan Nabi kita itu. Saat Tuhan menjemput kekasih Nya kan sayang kan.. Nabi berpesan sesuatu kepada sahabat baiknya Saidina Abu Bakar. Maka keesokan harinya pergilah Saidina Abu Bakar ke tempat yang di amanahkan kekasih Allah itu. Sahabat baik itu memberi makan kepada pengemis kafir itu. Seperti biasa pengemis itu bercerita buruk tentang Nabi kita lagi. Di saat sahabat memberikan makanan kepada pengemis itu. Tiba-tiba pengemis itu menolak dan berkata,

 "kamu bukan orang yang selalu memberi makan kepada aku. Di mana orang itu?"

 saidina Abu Bakar menjadi hairan dan bertanya ,

"Bagaimana kamu tahu bahawa aku adalah orang yang lain?"

 maka pengemis itu menjawab..

" Orang itu sangat lemah lembut, dia suapkan roti pada aku, sebelum itu dia lembutkan roti itu dulu dan menyuap lembut tanpa berkata apa-apa. Sehingga aku kenyang dia berlalu pulang."

Maka menangis saidina Abu Bakar. Memberitahu bahwa orang itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. Pengemis itu bertambah-tambahlah menangis menyesali bahawa lembutnya Nabi kita melayan dia, sedangkan dia acap kali mengutuk Nabi saat kekasih Allah menyuap lembut makanan ke mulutnya. Maka pengemis itu memeluk islam..

sayang, mulianya Kekasih Allah. bagaimana saya ingin membenci orang yang menyakiti saya saat saya teringat kisah ini..? rendahnya iman saya sayang. Saya perlukan awak untuk menjadikan saya wanita syurga.

Dear my other half..

Sayang, currently saya jatuh cinta dengan seseorang. Saya tak tahu antara dia adalah awak atau tidak. Saya tidak tahu sama ada saya pemilik tulang rusuk dia atau tidak. Saya cuba memberikan yang terbaik untuk nya. Cuma saya hanya sayang dia 1/3 eyh tidak 1/5.. maaf sayang, sepatutnya saya menyimpan kasih saya hanya untuk sayang. Maafkan saya..Sayang, di mana awak..? selamatkan saya dari fitnah dunia..ikatlah saya dengan ikatan mulia dari Syurga..

Sayang,

Lindungilah saya dari yang datang menyakiti. Sayang, hiburkan hati ini saat berduka lara. Ubati saat saya kesakitan. Selamatkan saya tika saya kealpaan dan tegurlah setiap kesalahan saya.Sayang, impian saya menjadi ketua bidadari sayang di syurga. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Sayang saya sedang berusaha untuk menjadi baik. Saya berharap sayang jua begitu..moga cinta kita bersatu dalam syurga.

p/s: Untuk bakal suami yang tidak di ketahui namanya. Bakal pemilik sepenuhnya hati ini. moga dia datang dalam mimpi dan dalam jaga. moga ikatan ini dipermudahkan. Moga kami di temukan dalam iman.

1 comment:

Anonymous said...

=)...insyaAllah...