Followers

Sunday, January 8, 2012

=) kamu dan dia


kamu dan dia bermasam muka..
kerana hadirnya insan ke tiga..

insan yang tiada dalam monolog cinta
kerana kamu kurang percaya
pada si dia yang kamu kata 
dialah cinta, dialah segala..


kamu dan dia bermasam muka
kerana kurang rasa percaya

bukankah dalam cinta
percaya itu utama..?
mengapa kamu boleh terlupa
dan menyebabkan 2 hati menderita..



kamu dan dia bermasam muka
atas alasan kamu terlalu cinta..

tiada cinta yang merantai jiwa
menyekat pembebasan melihat dunia
kamu hitler dalam dunia cinta
menyekat segenap sukma dia dari warna
yang sepatutnya kamu lakar..



kamu dan dia bermasam muka
kerana kamu jauh dari cinta NYA

mengapa kamu masih ragu pada janji Nya
yang tak pernah akan kecewakan setiap hati hamba
melakar takdir terindah untuk insan bernyawa..
yang jatuh bangunnya mengharap redha si DIA


kamu dan dia,
cukuplah bermasam muka
bina kembali cinta yang hampir tiada
ikat kembali tali janji yang semakin dilupa
senyum saat pandangan di sapa
dan doa pada si DIA..
semoga kamu dan dia 
kembali bahagia...