Followers

Saturday, July 30, 2011

tiada tajuk yang sesuai untuk luahan hati ini

Assalamualaikum..


dear blog...
I've something to share with you...
but, since when I cant remember..I've lost my ability to share my feeling..but the most important things that I'm improve in lean my ear for someone else...

dear blog,

did u ever felt that u love someone..love him so much..and you know that the person that can make u smile and cry..but he have someone else that had been bury deep down in his heart..and of course that someone is not u..that u cant ever never be in that place..and when u let it go..with all the hardship and tears..one day he come and say that he cant even breath without u..

and the same time, u had someone else that stand beside you..that really love u..

which one will be ur choice..?

dear blog..

it's not easy to let someone new to live life in ur heart..

and it's not easy to let go someone that u still in love..

dear blog...

i'm waiting for this..

when the time come...when someone give me ring..when someone kindly ask my parent for me..when Allah sent the other half of me..

and why dont they understand..the relationship that i'm seeking right now..is the one that Allah told us..that Allah remind us..

p/s: owh kata kan aku psiko dan kuno..AAk..?=P

motif..? hehe

sumber gambo: google jek!

Saturday, July 23, 2011

#16

dear my Favorite friend..

i love u the most..and please don't go..
sorry for keep my self busy..

and please study hard.


love,
ur favorite friend too =)

Tuesday, July 19, 2011

#15

kaget,
bila ada yang berani meluahkan kata rindu
bukan apa
cuma bersalah
kerana rindu kamu
susah untukku balas
kerana hati ini
bukan milik siapa-siapa lagi

#14

entah mengapa..
ternampak cahaya yang amat terang
selepas ribut puas
menghempas pantai..

menanti..
entah apa yang menanti
pada penghidupan baru
selepas kaki melangkah pergi

sebenarnya..
ketidakpastian masih jelas..
sudah ligat otak memikir
=)

Friday, July 15, 2011

Wednesday, July 13, 2011

#13

bila kamu datang..
dan cuba melangkah pergi..
aku tidak menghalang..

bila dia cuba penuhi hati ini
bila pintu sudah mula terbuka
ada sesuatu pada dia
yang menghalang pintu hati ini terus dibuka..

tiba-tiba kamu datang lagi..
dan pintu itu terkatup rapat untuk dia kembali

kepastian yang tidak pasti

Assalamualaikum..selawat dan salam pada rasul junjungan serta sahabat perjuangan..

kepastian yang tidak pasti...pernah tidak kita terfikir tentang sesuatu yang pasti..sesuatu yang sudah dijanjikan..sepertinya mati..ya, mati itu suatu kepastian..cumanya ia adalah kepastian yang kita tidak pasti bila..hurmm bila bercakap tentang mati, makanya ia sama dengan berpisah, dan setiap perpisahan itu temannya adalah pertemuan.

pertemuan..

pertemuan, bagaimana ia bermula, bila ia bermula kebetulan ataupun suratan ewaahh..hehe..tapi tiada kebetulan dalam dunia. semua adalah takdir yang melukis corak hidup memainkan irama-irama lagu kesedihan jua kegembiraan serta mencorak peribadi seseorang.

jodoh, hurmmm (tarik nafas berat)

bukan takut membuka pintu hati cuma..telah ku katakan tadi..kepastian yang tidak pasti.. pasti dan aku percaya pada Allah yang telah menetapkan jodohku.cuma bagaimana imannya..bagaimana akhlaknya.bagaimana persediaannya untuk memimpin tangan kecilku melangkah bersama memasuki syurga..itu kerisauan utama.

perbezaan..ya, pasti sedikit sebanyak memainkan peranan. jika tidak mahukan wujud perkataan "sekufu". perbezaan bagaimana harus aku definasikan..hartanya,rupanya, umurnya, taraf pendidikan, tahap pemikiran, ukuran kematangan? bagaimana harus aku sendiri pastikan definasi perbezaan.

kita mulakan dengan harta..

apalah yang ada dengan harta. boleh dikumpul jua boleh di habiskan.. mungkin hari ini kamu kaya..kaya seperti Qarun yang akhirnya ditenggelamkan bumi kerana keangkuhan serta sombongnya pada pemberi rezeki.Lupanya Qarun pada masa susahnya..ataupun kaya seperti Abdul Rahman b Auf yang dengan bermurah hati memberi hartanya pada perjuangan islam. Ataupun seperti Saidatina Khadijah, seorang janda yang kaya raya sanggup mengahwini Muhammad s.a.w di kala itu hanya lah seorang hamba merdeka yang membantu nya berniaga dan mengembala. Jadi apa yang kamu pandang pada harta kawan..?

rupa..

beauty is on the eyes of beholder..kan..jangan terlampau angkuh dengan kecantikan yang diberi Allah pada kamu. itu semua pinjaman. Hiasan buat kamu di dunia. Pandanglah setiap orang di sekekeliling kamu cantik dan hensem, nescaya orang akan memandang kamu dengan perasaan yang sama. bukankah manusia itu magnet yang paling kuat.

umur hanya sekadar angka =)

taraf pendidikan..

ya, ini adalah dilema paling besar buat kamu jua aku di luar sana. bagaimana ingin digandingkan seorang yang ada ijazan sarjana muda dengan pemegang sijil spm semata..? (maaf cakap pemikiran kolot) berapa ramai orang yang hanya berpegang dengan sijil spm mampu berjaya dan berapa ramai graduan yang lulus cemerlang menganggur..rezeki..ya, jangan di salahkan rezeki..sebenarnya usaha. jika pemikiran orang yang hanya memegang spm mampu menjangkau mereka yang berhempas pulas, tunggang terbalik semata mahu naik ke pentas memakai baju jubah konvo dan topi 4 segi tu..apalah gunanyakan..kasihanilah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran. sekurang-kurangnya telah Allah pujuk hati mereka dengan mengurniakan akal untuk mereka terus berfikir melangkah meneruskan saki-baki kehidupan dengan pelajaran paling beharga yang dipanggil pengalaman. bukankah sekolah kehidupan adalah sebaik-baik sekolah..?

tahap pemikiran serta ukuran kematangan..

sampai mana tahap pemikiran kamu.. berkahwin itu kerana apa..? hidup ini untuk apa.? kerja itu untuk siapa..?hurmm.. jawab sendiri dan pikirkan kamu di tahap mana. kadang-kadang saya pelik dengan mereka yang lebih berumur yang konon-konon makan garam lebih. tetapi cepat melatah jika masalah datang bertimpa. hurmm (mengeluh lagi) bagaimana ingin ku huraikan point di sini..ukuran kematangan itu amat susah..ukuran kebaikan itu jua susah..ukuran iman itu milik tuhan..

terlampau banyak perbezaan itu amat susah tetapi terlampau banyak persamaan terlampau membosankan. eyh yang mana satu kau mahu ni cik arm.? aku kan manusia. manusia yang tak pernah puas dengan setiap kurniaan yang tuhan beri. cuma aku mampu berdoa dan sedayanya belajar untuk bersyukur..

motif entry..
hehe terlampau banyak yang ingin ku fikirkan..pada umur 23 tahun (muda lagi kan) terlampau banyak yang belum di capai..terlampau banyak yang belum digapai..cita-cita melambung tinggi tapi langkah masih di sini..sesuatu yang pasti..yang telah di janji ada terbentang di depan mata.pilihan dan harapan masih terbuku didada..ingin terus rasa berlari menggapai serta memeluk erat setiap impian dan cita-cita agar tidak terlepas, tapi apakan daya tiada kejayaan yang manis tanpa parut-parut luka semalam. tiada manusia yang belajar berjalan tanpa terjatuh dahulu, tiada mereka yang ketawa tanpa tahu erti tangisan dan tiada mereka yang tidak sedar bahawa setiap yang hidup ini pasti akan mati.

mencari sesuatu yang hilang...

assalamualaikum...

hai..haiiicummm!! apekah..cis lama sungguh tak menjengah...ape bnyak labah2 ni..dush2x!! ok

hurmm (mengeluh jap)

mencari sesuatu yang hilang..ape yang hilang..konpiden diri..yeayy konpiden diri yang hilang..kenapa eyh..hurmm..memang la mistake teach us something..but..sometimes people around us buat rasa that mistake besaw gile...

owh x sdap hati..

sumpah x reti nak menulis dan meluah rasa lagi..ni ke dunia pekerjaan..?? ase nk belajar balik huhu

tapi ape yang best.. gaji tetiap bulan..tu mmg best la hehe..apekah ko cik arm..tp kalo belaja..owh tgh belajar jimat cermat..kamon2 am hehe..=) selamat berjaya !

Thursday, July 7, 2011

hurmm

=) masalah bertimpa-timpa..

tiba-tiba teringat tasbih yang nabi ajar kat saidatina Fatimah r.a..



Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa a. s. dan isterinya memiliki 
hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a. s. Itulah 
yang dibentang dan mereka tidur di atasnya. Takutlah kepada Allah s.w.t, hasilkanlah sifat 
takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah s.w.t dan sempurnakanlah tugas-
tugas rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah tiga puluh
 tiga kali, Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahuakbar tiga puluh empat kali. 
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba."
Hazrat Fatimah r.anha pun berkata, "Saya reda dengan Allah s.w.t dan rasulNya