Followers

Wednesday, July 13, 2011

kepastian yang tidak pasti

Assalamualaikum..selawat dan salam pada rasul junjungan serta sahabat perjuangan..

kepastian yang tidak pasti...pernah tidak kita terfikir tentang sesuatu yang pasti..sesuatu yang sudah dijanjikan..sepertinya mati..ya, mati itu suatu kepastian..cumanya ia adalah kepastian yang kita tidak pasti bila..hurmm bila bercakap tentang mati, makanya ia sama dengan berpisah, dan setiap perpisahan itu temannya adalah pertemuan.

pertemuan..

pertemuan, bagaimana ia bermula, bila ia bermula kebetulan ataupun suratan ewaahh..hehe..tapi tiada kebetulan dalam dunia. semua adalah takdir yang melukis corak hidup memainkan irama-irama lagu kesedihan jua kegembiraan serta mencorak peribadi seseorang.

jodoh, hurmmm (tarik nafas berat)

bukan takut membuka pintu hati cuma..telah ku katakan tadi..kepastian yang tidak pasti.. pasti dan aku percaya pada Allah yang telah menetapkan jodohku.cuma bagaimana imannya..bagaimana akhlaknya.bagaimana persediaannya untuk memimpin tangan kecilku melangkah bersama memasuki syurga..itu kerisauan utama.

perbezaan..ya, pasti sedikit sebanyak memainkan peranan. jika tidak mahukan wujud perkataan "sekufu". perbezaan bagaimana harus aku definasikan..hartanya,rupanya, umurnya, taraf pendidikan, tahap pemikiran, ukuran kematangan? bagaimana harus aku sendiri pastikan definasi perbezaan.

kita mulakan dengan harta..

apalah yang ada dengan harta. boleh dikumpul jua boleh di habiskan.. mungkin hari ini kamu kaya..kaya seperti Qarun yang akhirnya ditenggelamkan bumi kerana keangkuhan serta sombongnya pada pemberi rezeki.Lupanya Qarun pada masa susahnya..ataupun kaya seperti Abdul Rahman b Auf yang dengan bermurah hati memberi hartanya pada perjuangan islam. Ataupun seperti Saidatina Khadijah, seorang janda yang kaya raya sanggup mengahwini Muhammad s.a.w di kala itu hanya lah seorang hamba merdeka yang membantu nya berniaga dan mengembala. Jadi apa yang kamu pandang pada harta kawan..?

rupa..

beauty is on the eyes of beholder..kan..jangan terlampau angkuh dengan kecantikan yang diberi Allah pada kamu. itu semua pinjaman. Hiasan buat kamu di dunia. Pandanglah setiap orang di sekekeliling kamu cantik dan hensem, nescaya orang akan memandang kamu dengan perasaan yang sama. bukankah manusia itu magnet yang paling kuat.

umur hanya sekadar angka =)

taraf pendidikan..

ya, ini adalah dilema paling besar buat kamu jua aku di luar sana. bagaimana ingin digandingkan seorang yang ada ijazan sarjana muda dengan pemegang sijil spm semata..? (maaf cakap pemikiran kolot) berapa ramai orang yang hanya berpegang dengan sijil spm mampu berjaya dan berapa ramai graduan yang lulus cemerlang menganggur..rezeki..ya, jangan di salahkan rezeki..sebenarnya usaha. jika pemikiran orang yang hanya memegang spm mampu menjangkau mereka yang berhempas pulas, tunggang terbalik semata mahu naik ke pentas memakai baju jubah konvo dan topi 4 segi tu..apalah gunanyakan..kasihanilah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran. sekurang-kurangnya telah Allah pujuk hati mereka dengan mengurniakan akal untuk mereka terus berfikir melangkah meneruskan saki-baki kehidupan dengan pelajaran paling beharga yang dipanggil pengalaman. bukankah sekolah kehidupan adalah sebaik-baik sekolah..?

tahap pemikiran serta ukuran kematangan..

sampai mana tahap pemikiran kamu.. berkahwin itu kerana apa..? hidup ini untuk apa.? kerja itu untuk siapa..?hurmm.. jawab sendiri dan pikirkan kamu di tahap mana. kadang-kadang saya pelik dengan mereka yang lebih berumur yang konon-konon makan garam lebih. tetapi cepat melatah jika masalah datang bertimpa. hurmm (mengeluh lagi) bagaimana ingin ku huraikan point di sini..ukuran kematangan itu amat susah..ukuran kebaikan itu jua susah..ukuran iman itu milik tuhan..

terlampau banyak perbezaan itu amat susah tetapi terlampau banyak persamaan terlampau membosankan. eyh yang mana satu kau mahu ni cik arm.? aku kan manusia. manusia yang tak pernah puas dengan setiap kurniaan yang tuhan beri. cuma aku mampu berdoa dan sedayanya belajar untuk bersyukur..

motif entry..
hehe terlampau banyak yang ingin ku fikirkan..pada umur 23 tahun (muda lagi kan) terlampau banyak yang belum di capai..terlampau banyak yang belum digapai..cita-cita melambung tinggi tapi langkah masih di sini..sesuatu yang pasti..yang telah di janji ada terbentang di depan mata.pilihan dan harapan masih terbuku didada..ingin terus rasa berlari menggapai serta memeluk erat setiap impian dan cita-cita agar tidak terlepas, tapi apakan daya tiada kejayaan yang manis tanpa parut-parut luka semalam. tiada manusia yang belajar berjalan tanpa terjatuh dahulu, tiada mereka yang ketawa tanpa tahu erti tangisan dan tiada mereka yang tidak sedar bahawa setiap yang hidup ini pasti akan mati.

1 comment:

Aleen Aiden said...

mule2 tadi pikir,klo dah bende 2 pasti mane xpasti plak.da pastila 2.skang paham.heeee