Followers

Thursday, October 17, 2013

hantaran (versi bloody hell)

sila jangan butthurt ataupun cemburu..

bila aku bagi tahu jumlah hantaran dan mas kahwin aku..

yang kau butthurt sangat nak tahu kenapa..?

dan kau dengan bangganya meletakkan nilai itu sebagai "murah"..asal kau dah kaya sangat menilai 8k sebagai 8 hinggit..??

dan kau bukan siapa-siapa nak persoalkan kenapa ayah aku cakap "bagilah berapa yang mampu...kami terima"

"kalau si dia letak 2 ringgit pun terima..?

mak cakap..kalau bagi sikit buat kenduri cara sikit...buat bihun goreng ke...

aku tak marah orang nak tanya aku. Aku tak pernah nak marah kalau orang memainkan aku..sebab aku tak pernah kisah..aku bangga bila ayah buat macam tu..RARE ok..ada ko berani nak cakap macam tu..?
ah, mesti la tak...kau takut mak cik gayah cakap
"eeiii hantaran murah mesti ada ape2"

xpun kau takot mak cik timah bandingkan kau dengan anak dara hujung kampung..

owh tak pun mesti kau takut maruah kau jatuh sebab hantaran rendah..

shit maruah kau=hantaran?

aku marah bila kau momokkan bakal suami aku..

kenapa..?

kau letakkan dia tak setaraf dengan aku..?

ko siapa nak nilai kami..?

kau klasifikasikan sebagai murah sebab..

aku ada ijazah..?
aku pegawai kerajaan..?
aku optometri..?

dia..

SPM..?
kerja biasa-biasa..?
gaji ..kau tahu gaji dia berapa..??

kau tahu tak..dia kerja siang malam...cari duit nak mendirikan masjid,.? kau tahu tak dia ikat perut sebab nak cari RM8,000 + RM 101 yang kau cakap murah.. tu baru untuk aku...dekat rumah dia.. kau nak aku tolong kirakan..?

kau perli-perli dia...

kau cakap dia sebenarnya tak pernah setaraf dengan aku..

kau cakap dia tak layak dengan aku...


cuba kau cakap dengan aku..cara kau nak kirakan hantran anak kau nanti...

p/s: memang hangin tol

No comments: