10 bulan yang lalu..
kita telah dipertemukan oleh takdir..
tak tahu mengapa..
saya bukanlah seperti gadis idaman awak..
cantik, bersopan, cantik malah amat cantik..
saya seorang gadis biasa..
yang ada hanyalah senyuman yang saya mampu lemparkan..
sebagai tanda perkenalan kita..
bermulanya kita sebagai sahabat..
sahabat sekerja di masa itu..
10 bulan yang lalu..
awak jua bukanlah putera yang saya idamkan..
tinggi lampai, berjuang demi agama, putera agama...
yang mampu membimbing saya..
yang mampu menenangkan hati saya..
tapi awak punyai senyuman yang manis untuk saya
awak punya telinga mendengar setiap masalah saya
dan awak jua punya penawar untuk setiap luka yang di toreh di sana..
5 bulan yang lalu..
kita di pisahkan sekali lagi oleh takdir..
kita hanya sempat bersama 5 bulan
tetapi terasa cukup untuk mengenali..
ah, tidak cukup sebenarnya..
jarak menguji kita..
menguji kesetiaan kita..
menguji sejauh mana kesungguhan kita..
kesungguhan awak dan saya..
2 bulan akan mendatang,,
menggenapkan 12 bulan perkenalan kita..
dan mungkin jua
bermulanya satu lagi ikatan baru..
dengan izin Allah..
mungkin awak punya masa silam..
saya jua begitu..
kehebatan bukan di bina dari kesempurnaan
tetapi dari pelajaran
yang dipelajari
dalam setiap kesilapan yang kita lakukan..
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
mungkin awak merasa awak sangat tidak sempurna untuk saya
dengarlah..
saya ini insan biasa..saya ini hamba Allah..
saya tak mengharapkan awak punyai segulung ijazah,
saya tak mengharapkan awak punya harta menggunung tinggi..
cukuplah awak punya semangat untuk terus belajar
mendekati Allah..
cukuplah awak sayang pada saya..
cukuplah dengan apa yang awak ada..
saya mahu seorang yang menerima ketidak sempurnaan saya
supaya saya sempurna..
jua saya jua mahu menyempurnakan hidup awak..
mungkin hari ini awak untuk saya..
mungkin esok tidak lagi..
saya terima takdir Allah..
seperti bersyukurnya saya tika Allah temukan saya dengan awak..
begitulah saya akan redha..
jika suatu hari nanti..
Allah pisahkan kita..
awak jua perlu begitu~
cc: Mr. MI
regards: miss MJ
No comments:
Post a Comment