Followers

Saturday, April 30, 2011

The little mermaid


The Little Mermaid, ingat tak cerita ini? kisah cinta yang sia-sia. Si duyung ni memilih menjadi buih untuk bersama kekasihnya walau sementara. Bahagia sebentar, bersama sebentar walau tanpa bicara hanya senyuman penghubung jiwa. Akhirnya si duyung hilang dalam konflik jiwa.

Kisah Zainab puteri Rasullullah. Kisah cinta dua agama. Agama jadi pilihan, kekasih hati ditinggalkan walau jiwa menjerit mahu bersama. Perintah ayah, jua Allah menjadi utama. Walau tidak sempat bersama di dunia, walau keseorangan di tinggal keluarga, walau rindu pada si buah hati, hanya pada Allah hati dipautkan. Akhirnya bersatu dalam syurga. 

Cinta aku pada manusia. Pada Allah aku sandarkan. Ingin menjadi si mermaid aku tidak mahu. Hilang dalam cinta yang tiada penghujung, menjadi buih tanpa sempat mengutar cara, hanya mampu melihat si cinta tanpa kata bicara. Menjadi Zainab puteri Rasullullah aku tidak mampu. Iman ku bagai buih dilautan, hanyut di bawa ombak, kadang-kadang hilang, kadang-kadang wujud. Jangan di uji cinta aku begini Tuhan, kerana aku tahu aku tidak mampu.

Tuhan, bentukan cinta aku sesuci cinta Muti'ah. siapa Muti'ah? wanita pertama yang masuk syurga, yang memimpin tali kuda Fatimah r.a ke syurga. Mengapa dia? kerana ketaatannya pada suami dan Tuhan.

Ya, Rahman, kurniakan aku suami soleh, yang mampu membimbing aku dalam kesabaran, kerana aku tulang bengkok yang amat rapuh. Aku tidak mahu patah jua aku tidak mahu kekal bengkok.

=) 

p/s: i"ll be blogwalking kat page korang nanti eyh, ketidak cukupan masa..hee busy mengemas.

p/s: Pujukan hati ku yang sedang rawan. Kerana apabila dalam kesakitan, aku semakin diam, aku semkain pendam, akhirnya luka itu menjadi barah. Ada sesuatu yang kadang-kadang terasa macam nak share sangat, tapi x boleh. Why i'm always keep hurting myself like this.Poor my heart, I'm sorry

Thursday, April 28, 2011

sweet..

sejak minggu peperiksaan.
sebab hari-hari mengadap sahabat-sahabat yang bakal ditinggalkan
almaklumla 7 hari back to back ataupun orang melayu cakap belakang untuk belakang (yeke?) hahaha
maka aku terjadi sweet
pukul 615 pagi aku dah ajak kawan-kawan aku makan pagi
SMS lagi

"geng, jom kol 7 bekfas ok! aku lapo"


 ok aku terasa aku sweet

::sabar la::

Tuesday, April 26, 2011

wanita solehah

kenapa ya, tahu ilmu tetapi tidak di amalkan..?

kenapa ya, mahu semahu-mahunya menjadi wanita solehah, tetapi selalu terpedaya dengan pesona dunia..

kenapa ya, lemahnya iman..

kenapa aku menjadi begini..

sedih..

Allah, bentukkanlah hatiku kembali mendekati MU, supaya aku hanya mampu mencintai-MU, dan segalan-galanya bersandar pada MU~

sedih~


aku ingin jadi wanita solehah, aku ingin menjadi secantik hiasan dunia serta aku ingin menjadi bidadari yang menghiasi syurga

Sunday, April 24, 2011

bertenang dan masih perlu bertenang

assalamualaikum...

Aku masih mahu menulis, meluahkan rasa yang mencekam dada. Biarlah sibuk dihantui minggu peperiksaan yang menggila. Perperiksaan, ketakutan yang melanda, debaran yang terasa serta perasan dihantui dengan jawapan-jawapan bodoh ku masih terasa. Ah, tiba-tiba aku terasa kerdil, pada usaha yang aku lakukan dan pada rahmat Tuhan ku yang melimpah ruah.

"Allah melapangkan rezeki bagi orang yang dia kehendaki di antara hamba-hamba-NYA dan Dia pula membatasi baginya. Sungguh Allah yang maha mengetahui segala sesuatu." Al-`Ankabut;62


Percaya atau tidak usaha aku jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain amatlah minima, cuma aku berdoa, hee tipikal tipulah semata doa. Sungguh aku bersusaha kemudian bertwakkal tidak salahkan?

Ditemukankan dengan 2 orang examiner baik serta pesakit yang tidak mempunyai masalah yang besar adalah rahmat Allah yang sungguh mempermudahkan jalan ku. Cukup Allah tidak membekukan lidahku ketika ujian lisan serta memberiku ilham sungguh aku begitu bersyukur. Walau ada soalan yang dian tidak berjawab namun Allah menenangkan hati aku. Masih mampu tidur tanpa tangisan, masih mampu membaca ayat-ayat cinta yang Nabi ku tinggalkan. Ah, untung sungguh aku bernama muslim.

Tenang, ya perlu bertenang,

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui."Al-`Ankabut;41

Allah menenangkan aku, Allhamdulillah berjaya mengawal emosi walau jantung laju bergerak menjadi seolah-olah begitu tenang dan yakin sedangkan perasaan sedang bergolak hebat, bagai Tsunami melanda Jepun. Apa yang perlu aku takutkan, mereka juga manusia, juga hamba Tuhan ku serta Tuhan mereka. Aku meminta pada Tuhan ku, Ya Allah tenangkan lah aku, kerana aku hanya di uji oleh hamba-MU, yang hatinya dipegang oleh MU maka Engkau tenangkanlah hati mereka dan permudahkan lah urusan ku. Bukankah Tuhanku Allah itu maha memberi.

Dan izikan aku, berkongsi ayat penenang dengan kamu. Semoga apa jua keputusan selepas ini aku masih mampu bertenang

Al-Insyirah:-

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1. bukakah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad?).
2. dan Kami telahpun menurunkan beban dari mu.
3.yang memberatkan punggungmu.
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
8.dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


nota kecil: Subhanallah, sungguh banyak mentera penenang yang indah. Akan ku kongsikan di lain hari InsyaAllah =)

Friday, April 22, 2011

minggu yang tough

Assalamualaikum...=)

dan ingatkah kamu, pada kisah Nabi Sulaiman..? Raja paling kaya yang mempunyai kerajaan paling besar..dan masih tunduk dan patuh pada Tuhan-Nya..dan siapalah kita yang membelakangkan Tuhan kita saat hari-hari sibuk kita..kerajaan pon tidak ada..dan ingatlah..dunia hanya sementara..

dalam surah An-Naml..ade dikisahkah kisah nabi Sulaiman yang dikurniakan mukjizat memahami bicara binatang, maka saat Sulaiman dan tenteranya sedang mara bergerak, maka Nabi Sulaiman mendengar bicara sang semut yang mengarahkan sahabat-sahabatnya menyelamatkan diri kerana takut di pijak oleh tentera-tentera nabi Sulaiman..

maka Sulaiman tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa,

 "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang solehAn-Naml;19

ayat ni pengubat luka di hati..ya aku patut bersyukur..bersyukur kerana masih mampu bernafas, bersyukur kerana masih sihat melangkah...bersyukur kerana aku tabah dalam ujian ini...

ahh tough giler...memang mampu menitis kan air mata la..bila bukak buku kanski! oh no~ too much!!! den crying huhu..(owh am manjalitis!)..no its not manja..I'm just upset x sempat nak baca..poor am..but..everything going smoothly..kot* hehe be positive~ I've 5 more to go..go!go!go!

this is wut my kanski look like..It had 931 pages overall huhu

note: Remember..ape yang Allah beri..adalah yang paling baik buat kamu!

quote of d day =)

my dear friend gave it to me..


Dear my sweetest friend,


Trust your heart don't be afraid to reach out to something new.Go ahead get yor hopes up even if things turns out differently than you have imagined.You will have tried,you will have learned,you never have to live with regrets.It seems to me what wears us down the most in life aren't the chances we take but the ones we don't take,the dreams we put aside,the adventure we push away.So what ever you want in life go for it an always remember no-matter what trust your heart.

tenkiu..=) 

its hard..n its really hard for these few days...(T_T)