Followers

Sunday, January 29, 2012

#36

forget is a part of forgive..

when u said u forgive someone..

u must forget what had he/she done before....

jangan mengungkit~


Wednesday, January 25, 2012

dear heart

dear heart..

Assalamualaikumm.apa khabar sayang.. masih diam dan tetapkah kamu di tempat kamu..jauh dari mulut tapi dekat dengan perut..hehe..jua jauh dari telinga dn mata..

dear heart,

begitu jauh tempat kamu dari mata dan telinga..mengapa terlampau sensitif dengan apa yang kamu lihat dan apa yang amu dengar? mengapa terlampau rapuh..? mengapa tidak kuat seperti Saidatina Maryam. Srikandi yang telah ayahanda dan bonda pilih untuk kamu..

dear heart..

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "



dear heart.


Masihkah ingat pada kisah saidatina Maryam..? kisah seorang perempuan yang di pilih Allah. untuk meletakkan di dalam rahimnya seorang rasul tanpa seorang lelaki..Tabah dia menelan pahit maung tuduhan orang-orang sekeliling.. lagi berat dari apa yang kamu pikul. Tapi mengapa kamu tak sekuat dia duhai hati..?


Dear heart,


Dia saudaramu..mengapa harus membenci.. Dia saudara seislam mu.. sepatutnya, jika orang melukakanya kamu harus membelanya, jika orang menyakitinya kamu harus cuba mengubatinya..mengapa membenci saudaramu sayang? duhai hati..ingatlah dirimu dari setitis air mani yang hina. Allah besarkan kamu menjadi khalifah di dunia..berpijaklah pada bumi yang nyata. Sedarlah langit yang kau junjung..



p/s: Ukhuwah fillah..Maaf sahabat =) saya sayang kamu hingga ke syurga <3



Tuesday, January 24, 2012

menunggu...

tiba-tiba tak tahu kenapa lagu ni menyanyi-nyanyi dalam kepala...


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Ulang [*][**]

Wo wo wo.. a a ai aishiteru

sumber: sini

Monday, January 23, 2012

...

4 hari cuti dah nak ahabis tanpa ada ape-ape aktiviti...........PEMALAS.

Wednesday, January 18, 2012

putus cinta..

lately..banyak tengok2 blog heart broken ni...

Dr. Muhaya pesan jangan dikelilingi aura negatif untuk berjaya..

aku tak payah buka blog kah..?? hehe

dear my lovely sisters out there...

life is not about u-your boyfriend-ex boyfriend-u-

tak..adik-adik..hidup ini indah..serius!

macam mana tak nak rasa sakit sangat bila putus cinta..?

Intailah hikmah di sebalik setiap kejadian..sebab tu dalam rukun iman ade percaya qada'dan qadar..
makna kata..Allah itu sebaik penentu..kan kita hanya merancang..

ya mulut ringan berkata-kata..

Hello~ I pon pernah frust, pernah men'dumb' n di 'dumb'..so what..?

he's not my world...not at all..dalam masa depan saya dia tidak tentukan apa-apa..see tanpa dia saya lebih berjaya dan lebih berpeluang menemui orang yang lebih baik..

nak salahkan siapa..?

mungkin ada yang tak putus-putus menyalahkan seseorang yang di panggil orang ke-3..kan..??

adik, jika betul kita memenuhi segenap hatinya..jika kita adalah pelengkapnya , tak mungkin dia akan jatuh cinta pada seseorang yang dia rasa lebih sesuai dengan dia cam tu..so makna kata kita bukan untuk dia..ada seseorang yang memenuhkan setiap kekurangan kita..macam cantuman puzzle..kalo tak same mana leh cantumkan..??

jadi salah diri sendiri la..??

tak juga..Tuhan itu maha berkuasa..perbaiki diri sendiri..ujian tuhan itu tarbiyyah terbaik untuk diri..

p/s: jangan toleh ke belakang..mengungkap kisah duka ibarat menggali kubur sendiri..MOVE ON! idup kene sentiasa ke depan..masa terus berputar..kenapa susah sangat nak bersangka baik dengan Allah..?
berpino uat proposal!!

surat untuk my other half..

Assalamualaikum..

dear my other half..

Hai, apa khabar sayang..? sihatkah awak di sana? bagaimana iman awak.? sudah solat asarkah..? bersediakah sayang untuk solat berjemaah maghrib di masjid? Sudahkah sayang membaca surat-surat cinta dari Allah untuk sayang..?ataupun sayang terlampau sibuk..cukuplah sayang mendengarkan alunan-alunan indah dari mereka yang  Tuhan anugerahkan suara emas untuk mendendangkan lagu indah dari puisi-puisi indah Tuhan.

dear my other half..

Awak di mana..? dekatkah dengan saya? atau jauh hingga tidak terjangkau akal saya mengintai rindu ini. atau awak sebenarnya tersangat dekat sehingga kita berselisih setiap hari tetapi kita tidak menyedari bahawa kita sebenarnya ibarat puzzle yang saling melengkapkan..

Sayang,

Saya rindukan awak. Rindukan saat bahagia yang Tuhan janjikan. Bertapa indahnya ikatan yang Tuhan janjikan sehingga kekasih Allah mengatakan bahawa berkahwin itu melengkapkan separuh agama.Subhanallah, tidak dapat saya bayangkan melayar bahtera perkahwinan kita nanti. Solat berjemaah, bertadabbur bersama, masak bersama dan kita saling melengkapi kerana kita berdua terlampau banyak kurangnya.

Dear my other half..

Saya ingin bercerita dengan sayang, baru-baru ini hati terasa sakit. Saya ingin sekali membenci dia yang menyakiti hati saya. Namun memikirkan sirah nabi, apa yang kekasih Allah ajarkan pada kita amat indah. Sayang tahu tak kisah nabi dan pengemis..? sayang lupa ye..? biar saya yang ingatkan..

Dahulukan sayang, ada seorang pengemis kafir yang buta. Dia amat bencikan nabi kita yang berusaha membawa ajaran Tuhan. Ada seorang hamba Tuhan ini, selalu memberi makan pengemis kafir ini. Setiap kali hamba Allah yang budiman itu datang, pengemis itu acap kali mencaci nabi kita. Sedangkan pengemis itu tidak pernah melihat, mengenali apatah lagi berbicara dengan Nabi kita itu. Saat Tuhan menjemput kekasih Nya kan sayang kan.. Nabi berpesan sesuatu kepada sahabat baiknya Saidina Abu Bakar. Maka keesokan harinya pergilah Saidina Abu Bakar ke tempat yang di amanahkan kekasih Allah itu. Sahabat baik itu memberi makan kepada pengemis kafir itu. Seperti biasa pengemis itu bercerita buruk tentang Nabi kita lagi. Di saat sahabat memberikan makanan kepada pengemis itu. Tiba-tiba pengemis itu menolak dan berkata,

 "kamu bukan orang yang selalu memberi makan kepada aku. Di mana orang itu?"

 saidina Abu Bakar menjadi hairan dan bertanya ,

"Bagaimana kamu tahu bahawa aku adalah orang yang lain?"

 maka pengemis itu menjawab..

" Orang itu sangat lemah lembut, dia suapkan roti pada aku, sebelum itu dia lembutkan roti itu dulu dan menyuap lembut tanpa berkata apa-apa. Sehingga aku kenyang dia berlalu pulang."

Maka menangis saidina Abu Bakar. Memberitahu bahwa orang itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. Pengemis itu bertambah-tambahlah menangis menyesali bahawa lembutnya Nabi kita melayan dia, sedangkan dia acap kali mengutuk Nabi saat kekasih Allah menyuap lembut makanan ke mulutnya. Maka pengemis itu memeluk islam..

sayang, mulianya Kekasih Allah. bagaimana saya ingin membenci orang yang menyakiti saya saat saya teringat kisah ini..? rendahnya iman saya sayang. Saya perlukan awak untuk menjadikan saya wanita syurga.

Dear my other half..

Sayang, currently saya jatuh cinta dengan seseorang. Saya tak tahu antara dia adalah awak atau tidak. Saya tidak tahu sama ada saya pemilik tulang rusuk dia atau tidak. Saya cuba memberikan yang terbaik untuk nya. Cuma saya hanya sayang dia 1/3 eyh tidak 1/5.. maaf sayang, sepatutnya saya menyimpan kasih saya hanya untuk sayang. Maafkan saya..Sayang, di mana awak..? selamatkan saya dari fitnah dunia..ikatlah saya dengan ikatan mulia dari Syurga..

Sayang,

Lindungilah saya dari yang datang menyakiti. Sayang, hiburkan hati ini saat berduka lara. Ubati saat saya kesakitan. Selamatkan saya tika saya kealpaan dan tegurlah setiap kesalahan saya.Sayang, impian saya menjadi ketua bidadari sayang di syurga. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Sayang saya sedang berusaha untuk menjadi baik. Saya berharap sayang jua begitu..moga cinta kita bersatu dalam syurga.

p/s: Untuk bakal suami yang tidak di ketahui namanya. Bakal pemilik sepenuhnya hati ini. moga dia datang dalam mimpi dan dalam jaga. moga ikatan ini dipermudahkan. Moga kami di temukan dalam iman.

Tuesday, January 17, 2012

# 35

Tahukah kamu..
apa yang ku pinta..
di setiap doa di speanjang hari..

Tuhan,
tolong aku..
Tolong jaga dia
Sungguh aku sayng dia..

bahkan bila aku mati..
aku berdoa pada Illahi
untuk satukan kamu..
di Syurga nanti

(wali band-doaku untukmu sayang)

p/s: jadikan aku wanita syurga =)

bukankah sabar itu indah..?

ehem! Assalamualaikum...

(sila noted bahawa I rajin menulis ini disebabkan stuck uat proposal) hehe

Satu hari di hospital..menjaga mesin HVF<--- (klik ni kalo x taw) tuh.. dari kol 8am -2pm bertapa I dalam bilik 21..waahh macam bilik berhantu pulop..dengan 14 orang patient (tapi tak boleh lawan is 15 patient) huhu..

dalam pukul 1 tuh..ada sorang pok cik ni masuk..marah-marah..saya dah datang dalam pukul 9.. saya ni pesara tau tak..??kenapa tak panggil nombor saya lagi..???

dan ada staff nurse yang tolong carikan nombor pok cik ni..dan staff nurse ni pon marah pok cik tuh..=_='

and sebab dah ada 2 orang yang marah-marah..malas nak layan..buat je keje..pak cik tunggu luar ye..saya ada patient lagi..lagi 2 orang saya panggil pak cik ye...lemah lembut kene maintain beb! I kan ayu..uhuk2!!

krukk..krukk..alamak lapo..kol 1 masa rehat..tapi sian patient ada 3 orang lagi huhu..

kemudian giliran pak cik sebelum pakcik marah-marah tu..

pakcik tu umur 82 tahun, atas wheel chair lagi..lepak je..x marah pon..malah siap pujuk I lagi..cakap, tak pe nak.pak cik paham..

dan mood kembali best..hilang rasa lapar jap..

thanks pakcik..!

kemudian giliran pak cik garang tu pulak..dia masuk, dan senyap je..tak nak bagi respons sangat..tapi I buat macam bese dah la..in the end akhirnya rajuk dia pon resolve..kan bagus sejuk lawan panas =)

dan akhirnya giliran aunty yang terakhir...she's so kind! asking me "Dr. U x pi lunch ke..??" den I tanya dia balik.."aunty da lunch?" belum..aunty tu jawab..den aunty after this kita dua boleh makan la..nanti if I pi makan dulu u kene tunggu lama...


kesimpulan:

pak cik tuh memang la boleh nak marah-marah...tapi pakcik..patient ramai sangat dan test ni patient punya respons sangatlah penting..kalau patient bagi respons lambat saya x boleh nak uat ape..(aku cakap dalam hati la) i'm always cool and cold kan.. hahaha

akak nurse..kan elok kita cakap lembut-lembut ngan pakcik tu..sebab sian pakcik tu tunggu lama..biar la dia nak marah kita..tapi kalau terang lembut2 mesti dia pon x jadi marah..

aunty yang terakhir..terima kasih kerana membuat selera saya bertambah..

kan nabi pesan..

orang yang paling kuat adalah orang yang mampu tahan amarah dia...

Chills je friends.. U r paid to do this job..

dan sabar itu separuh dari iman..=)

p/s: tak tahu mengapa hari-hari yang meniti penuh bahagia..risau tiada ujian dari Tuhan..masihkan Tuhan memandang aku..? bersyukur kerana nikmat kebahagiaan yang dikurniakan..permudahkan urusan kami ya Allah, mendekatkan diri pada Mu..menggapai redha Mu, menjadi insan yang bersyukur pada setiap rahmat.kerana suka itu rahmat, duka itu jua rahmat...bukti kasih Allah pada hamba Nya

Sunday, January 8, 2012

=) kamu dan dia


kamu dan dia bermasam muka..
kerana hadirnya insan ke tiga..

insan yang tiada dalam monolog cinta
kerana kamu kurang percaya
pada si dia yang kamu kata 
dialah cinta, dialah segala..


kamu dan dia bermasam muka
kerana kurang rasa percaya

bukankah dalam cinta
percaya itu utama..?
mengapa kamu boleh terlupa
dan menyebabkan 2 hati menderita..



kamu dan dia bermasam muka
atas alasan kamu terlalu cinta..

tiada cinta yang merantai jiwa
menyekat pembebasan melihat dunia
kamu hitler dalam dunia cinta
menyekat segenap sukma dia dari warna
yang sepatutnya kamu lakar..



kamu dan dia bermasam muka
kerana kamu jauh dari cinta NYA

mengapa kamu masih ragu pada janji Nya
yang tak pernah akan kecewakan setiap hati hamba
melakar takdir terindah untuk insan bernyawa..
yang jatuh bangunnya mengharap redha si DIA


kamu dan dia,
cukuplah bermasam muka
bina kembali cinta yang hampir tiada
ikat kembali tali janji yang semakin dilupa
senyum saat pandangan di sapa
dan doa pada si DIA..
semoga kamu dan dia 
kembali bahagia...




saat lafaz sakinah-Far east


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Thursday, January 5, 2012

bersabarlah

bagaimana harus luahkan rasa di hati..
bagaimana mahu membuang rasa yang mencengkam..
sedang Allah mengingatkan..

dalam surah Ali-Imran; 134
(Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan). 

Ya Allah, beri aku kekuatan..
untuk menahan marah..
dan terus untuk memaafkan..

Tuesday, January 3, 2012

selamat hari lahir

selamat hari lahir..
pada empunya lesung pipit yang manis..
pada senyuman yang tak pernah lekang..
pada lesung pipit yang terlekuk indah..
pada empunya susunan gigi yang teratur..

selamat hari lahir..
saya sayang kamu..

Sunday, January 1, 2012

new obsession that need consideration.


cute kan..?? cute kan..???



please la Mr. n Mrs hedgehog..kenapa both of you sooo cute..

boleh mintak jadi hadiah birthday x..? 

dear santa,
since I've been a really good girl through this year,
I wish that a pair of hedgehog
tq, 


dearest,
arm

ok da melalut..sekarang ni mampu tengok gambar je la..budget takde lagi nak beli cutie ni..but can I think about their name first..? hehe psiko!

how about ...urmm...suggestion..? hehe

aaa comel!! sambil guling-guling kat lantai...!!


-xponmintakjadikhantaran- (ade yang kene sekeh ni x lama lagi)